India Juara Murtad tu kata, dia nak menghadap YDP Agong. Keputusan samada perarakan Bersih 2 pada 9 Julai nanti akan diteruskan atau tidak bergantung kepada nasihat yang diberikan Baginda Tuanku dalam pertemuan yang sedang diaturkan itu.
Sumber : Utusan Online 04/07/2011 |
India Juara Murtad bebal ni tak faham bahasa ke? Dalam titah SPB YDP Agong yang disiarkan semalam, Baginda Tuanku dah beritau bahawa demonstrasi jalanan lebih banyak membawa keburukan dari kebaikan. Baginda juga menyeru supaya sebarang masalah hendaklah diselesaikan secara rundingan, kerana itu adalah budaya masyarakat bertamadun.
Petikan titah SPB YDP Agong pada malam 03/07/2011 |
Nampak benar Juara Murtad ni tak faham Bahasa Melayu dan cakap berlapik. Bila Baginda Tuanku bertitah sedemikian, maksudnya, Baginda Tuanku tidak berkenan dengan demonstrasi jalanan. Oleh itu, Ambiga bebal ni mesti membatalkan perarakan Bersih 2 tu. Jadi, apa perlunya si bebal ni nak berjumpa lagi dengan Tuanku. Apa lagi yang nak dirundingkan dengan Tuanku? Apalagi yang nak minta nasihat dari Tuanku. Titah sudah dikeluarkan, patuh sajalah kalau betul dia rakyat yang setia dan mematuhi rukunegara kedua iaitu "Kesetiaan kepada Raja dan negara".
Ada pulak malaun yang sifatkan titah tuanku malam tadi sebagai kekalahan kepada Najib. Kata mereka, Najib dah tewas kepada kehendak rakyat teramai dan terpaksa meminta perlindungan Tuanku. Kononnya, titah Tuanku itu disediakan oleh Najib. Pada kawan, hujah puak bangang ni semuanya hendak merendahkan kewibawaan Tuanku seolah-olah Tuanku tidak boleh bertindak sendiri sebagai kuasa teratas di negara ini. Semuanya perlu dinasihatkan oleh kerajaan.
Tuanku YDP Agong sebagai Raja Berperlembagaan mempunyai kedudukan tertinggi di negara ini dan Baginda boleh membuat keputusan sendiri apabila diperlukan dan tidak semestinya tertakluk untuk mengikut nasihat Perdana Menteri sepanjang masa.
Pelantikan Pengerusi SPR itu sendiri adalah hak mutlak Tuanku dan Baginda mempunyai kata pemutus dalam urusan pelantikan itu. Baginda berhak menolak calon yang dikemukakan oleh Perdana Menteri, sama juga seperti dalam pelantikan beberapa jawatan penting lain seperti Ketua Hakim Negara dan Panglima Angkatan Tentera.
Kawan sekali lagi ingin menyeru kepada pihak berkuasa seperti SKMM dan PDRM serta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan serta Menteri Dalam Negeri supaya mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menganggap diri mereka lebih besar, lebih betul dan semuanya lebih dari orang lain sehingga sanggup merendahkan kewibawaan DYMM YDP Agong selaku ketua negara. Pada kawan, golongan yang semuanya lebih ini cuma layak dikategorikan sebagai satu saja, "LEBIH BEBAL, DUNGU, BAHALOL" dari orang lain.
Nampak sangat bahawa demonstrasi Bersih ni dirancang untuk buat onar. Kalau betul2 nak cari jalan penyelesaian, langkah mengadap SPB Agong adalah langkah pertama...., sementara demonstrasi adalah langkah terakhir..!
BalasPadamIni terbalik kot...!
Jahat, tapi bodoo...!!