Malaysian Insider menyiarkan kenyataan yang penjilat-penjilat Kotor 2 tetap tidak berganjak dari pendirian mereka untuk mengadakan perhimpunan berkenaan di Stadium Merdeka di sebalik keputusan kabinet yang tidak membenarkan perhimpunan itu diadakan di stadium berkenaan.
Kawan dah kata dah sebelum ni (klik sini dan sini), yang puak-puak penjilat juara murtad ni akan menggunakan kemurahan hati PM membenarkan perhimpunan diadakan di stadium, sebagai senjata untuk menikam semula PM dan kerajaan.
Buktinya, bila Datuk Seri Rais Yatim mengumumkan keputusan kabinet yang tidak membenarkan penggunaan Stadium Merdeka bagi perhimpunan itu, PM terus dikutuk sebagai orang yang tidak berpegang kepada janji. Begitu juga PM dikutuk apabila polis memutuskan untuk terus mengadakan operasi menahan aktivis yang mengedarkan barangan Kotor 2. Mereka pertikaikan kenapa polis masih bertindak terhadap aktivis Kotor 2 sedangkan PM sudah memberikan kebenaran kepada mereka.
Sebab tu, dari awal lagi kawan dah kata kawan tak setuju dengan kemurahan hati PM. Puak penjilat India Juara Murtad ni bukan boleh dibuat baik, habis kepala orang semua dipijaknya. Kini, kerajaan sendiri bermasalah untuk menangani pelbagai permintaan puak tak sedar diri ni.
Kawan percaya, kalau penjilat India Juara Murtad bebal ni tak dapat jugak gunakan Stadium Merdeka lusa ni, mereka ni akan turun mengamuk di jalanan. Ketika itu, kemurahan hati PM ke mana, titah khas Tuanku YDP Agong pun entah ke mana dicampakkan puak tak reti bahasa ni. Yang dia tahu dan mahu ialah, semua orang kena ikut cakap dan kemahuan dia.
Seperti yang kawan dah sentuh sebelum ni, agenda diorang ni, bukannya kisah sangat pun nak serah memorandum 8 perkara berkenaan pilhanraya kepada Tuanku YDP Agong. Maksud sebenar mereka adalah untuk membuat huru-hara di tengah ibukota. Kalau tak, takkanlah mereka ni beria-ia sangat nak jadikan Stadium Merdeka sebagai venue perhimpunan mereka sedangkan semua orang tahu kapasiti stadium bersejarah itu tidak cukup untuk menampung jangkaan 300,000 peserta perhimpunan tu.
Sebab itu juga, puak bebal ni tak ada sedikitpun bercadang nak menerima pelawaan MB Selangor supaya menggunakan Stadium Shah Alam yang berkapasiti jauh lebih besar berbanding Stadium Merdeka disebabkan kedudukannya yang tidak strategik untuk membuat huru-hara.
Kawan menggesa PM supaya menarik balik kebenaran berhimpun di stadium yang diberikan kepada puak Kotor ini dan polis diberikan kuasa penuh untuk mengambil tindakan tegas terhadap pengkhianat negara ini.
Untuk itu, apa kata jika rakan blogger seperti GAP buat satu poll bagi mendesak PM menarik semula kebenaran yang diberikan kepada Kotor 2 untuk berhimpun? Keputusannya nanti, kita masukkan ke laman Facebook DS Najib. Kita tengok berapa ramai suara majoriti senyap yang tak ingin melihat Kotor 2 ni diteruskan....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.