ARTIKEL PANAS!!!

Selasa, 5 Julai 2011

LANGKAH MAKAN DIRI DS NAJIB

Puak penjilat Ambiga India Juara Murtad merayakan "kemenangan" mereka apabila dibenarkan menghadap DYMM SPB YDP Agong dan PM Datuk Seri Najib bersetuju menawarkan stadium untuk Juara Murtad mengadakan perhimpunan Bersih 2. Ikuti artikel penuh Malaysian Insider di sini.   


Kawan faham DS Najib mengambil keputusan itu setelah membuat pertimbangan untuk memberi keadilan kepada rakyat. Malangnya, keputusan beliau itu seolah-olah telah "menghalalkan" Bersih 2 yang diisytiharkan pertubuhan haram sebelum ini. Tindakan DS Najib juga meletakkan   tekanan kepada PDRM yang telah bertindak menangkap beratus orang penganut Bersih 2 dan merampas barangan yang berkaitan dengan Bersih 2 seperti t-shirt, risalah, sepanduk dan lain-lain lagi.

PDRM kini mungkin terpaksa membebaskan tahanan Bersih 2, berikutan sudah ketiadaan alasan kukuh untuk mendakwa mereka dan berkemungkinan pula berdepan dengan tindakan saman oleh kumpulan tahanan berkenaan.

Penemuan bahan letupan dan senjata sebagaimana yang dilaporkan oleh polis hari ini cuma mengesahkan yang memang ada anasir subversif yang merancang untuk membuat kacau pada hari perhimpunan berkenaan. Tak kira samada perhimpunan itu berlangsung di jalanan mahupun di stadium, kemungkinan untuk berlaku huru-hara masih amat tinggi. Kelak, jika terjadi, PDRM juga yang akan disalahkan kerana gagal menjaga keselamatan peserta perhimpunan sedangkan ianya boleh dielakkan jika perhimpunan berkenaan tidak dilangsungkan.

Keputusan DS Najib ternyata berlawanan dengan kehendak Tuanku YDP Agong yang lebih berkenan jika semua masalah termasuk Bersih 2 diselesaikan di meja rundingan. Keputusan beliau juga seolah-olah memberikan "peluru" kepada penjilat Ambiga India Juara Murtad menembak KDN, polis, Pendaftar Pertubuhan dan kerajaan dengan mempersendakan dasar "flip-flop" kerajaan. Hinggakan ada antara penjilat ini ingin menabalkan Ambiga Bebal itu menjadi Perdana Menteri dengan mendakwa Ambiga lebih berkarisma dari DS Najib. 

Yang lebih penting, usaha semua pihak yang menentang Bersih 2 termasuk blogger pro BN seolah-olah menjadi usaha yang sia-sia. Kawan tak nampak apa perlunya perhimpunan itu diadakan setelah pelbagai pihak terutamanya polis berusaha keras untuk membendung pengaruh Bersih 2 hitam yang telah diputihkan kembali itu dari menular ke segenap lapisan rakyat.

Cuma satu saja yang boleh kawan simpulkan, KASIHAN kepada polis, ROS, SPR, ulama yang mengharamkan Bersih 2 dan para blogger yang telah berjuang hebat sejak isu Bersih 2 ini diketengahkan. Apa nak buat, nasi jadi bubur...    

4 ulasan:

  1. perhimpunan ini walau diadakan juga di stadium masih tertakluk kepada undang-undang,permohonan
    dan permit...jika pertubuhan haram yg telah diistiharkan haram ini hendak adakan perhimpunan
    haruslah mendaftarkan dulu kepada ROS agar
    pertubuhan BERSIH betul-betul bersih...mengikut
    akta pertubuhan...harap maklum..

    BalasPadam
  2. Ds Najib cuma memberi cadangan namun kebenaran polis perlu diperolehi juga walaupun untuk dibuat distadium, itu hakikatnya...setelah pertemuan dengan agong. yang ditangkap tu semuanya adalah kes lain yang berkaitan dengan edeologi komunis ianya berbeza dengan Bersih.2,. yang ditahan berkaitan dengan Bersih.2 cuma diambil keterangan dan dibebaskan dengan jaminan polis...yang komunis ditahan di akta darurat..jadi betullah tindakan DS Najib tu sebab sebelum ini pun tawaran tempat tertutup telah dicadangkan kepada Bersih.2, ni...ok

    BalasPadam
  3. kalau dah dikata demo bersih tu haram...(nak kata pertubuhan...belum daftarpun jadi pertubuhan) jadinya tuntutan,perbincangan
    dan layanan istimewapun tak patut dilayan..
    akan tetapi kerajaan waima raja masih toleransi
    juga kepada pemimpin BERSIH nie..kalau di negara lain tak dapat seperti itu.....

    mungkin DYMM TUANKU titahkan ambiga
    daftarkan BERSIH tu dulu...

    jika dah daftar bolehlah mereka boleh mmbuat
    apa-apa program yg masuk akal...kalau tak..
    senang kerajaan buat tindakan yg bersesuian.
    contoh haramkan pertubuhan yg tak betul...

    BalasPadam
  4. Terima kasih atas komen-komen anda. Apabila PM sudah membenarkan Bersih 2 mengadakan perhimpunan di stadium, maka mahu tak mahu, polis terpaksa memberikan permit kepada puak tak sedar diuntung ni.

    Jika polis tidak mengeluarkan permit, DS Najib akan dituduh tidak mengotakan janji dan membuat dasar flip-flop seperti di zaman Pak Lah, sekejap boleh, sekejap tak boleh, kemudian boleh semula.

    Seperti yang kawan katakan di atas, keputusan ini meletakkan semua pihak berada dalam keadaan tertekan lebih-lebih lagi polis dan KDN.

    BalasPadam

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...