ARTIKEL PANAS!!!

Ahad, 17 Julai 2011

MAHFUZ OMAR MELAWAK LAGI...

Patut la ramai rakan-rakan blogger menggelarkan dia ni Mahfuz Bean. Tak henti-henti dia ni buat lawak. Kalau lawak dia buat orang gelak tak apa juga, ni lawak yang buat orang muntah. 

Lawak dia kali ni ialah :

Ohhh, dia nakkan liputan media yang adil dan bebas rupanya... Zalim sungguh kerajaan BN menafikan kebebasan media ya! Ni kawan nak tanya, Harakah tu, kalau ikutkan permit yang diberi kerajaan, cuma untuk edaran kepada ahli Pas saja kan? Dan ianya cuma boleh dijual di markas parti saja, betul tak? Tapi kawan tengok, Harakah berleluasa dijual dikedai-kedai suratkhabar seluruh negara, apa kes? Ada ke penjual suratkhabar ni tanya dulu kepada pembeli, awak ni ahli Pas ke, bila menjual Harakah tu? Jawabnya, dah tentu tak ada!

Itupun, kerajaan tak bagi kebebasan media lagi? Bagaimana pulak dengan keujudan blog-blog yang ditaja Pas, PKR dan DAP? Adakah blog-blog ini disekat oleh SKMM sedangkan kebanyakan isi blog-blog berkenaan adalah fitnah semata-mata seperti isu cincin berlian USD24 juta yang dikatakan dibeli DS Rosmah baru-baru ini. Begitu juga dengan kes kematian seorang peserta Bersih baru-baru ini. Blog pembohong pro PR banyak menyiarkan "lakonan kematian" seorang hamba Allah lain yang rupanya masih hidup sampai hari ini.

Itu belum lagi dengan mewar-warkan betapa seriusnya kecederaan Bapak Penipu Malaysia akibat kekejaman Polis sedangkan hakikatnya, bertembung dengan Polis pun tidak pada 9 Julai itu. Tapi, lakonan yang dihebahkan oleh blog-blog pembohong ni mengalahkan si penipu tu nyawanya dah sampai paras hidung. Tinggal tunggu nak dibacakan talkin saja...

Buat Naib Presiden Pas ni, belajar-belajarlah berhenti buat kenyataan lawak macam ni. Kalau tak cukup ilmu tu, pergi belajar lagi. Tak ada apa yang nak dimalukan. Bukankah kewajipan belajar tu sampai masuk ke liang lahad? Cukup-cukuplah beri kenyataan yang tak cerdik macam ni. Kesian kawan tengok awak ni Mahfuz....            

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...