Darah kawan tengah mendidih ni!!! Ada makhluk biadap yang buat komen dalam salah satu artikel Free Malaysia Today yang menyatakan bahawa Umno diketuai oleh seorang yang bergelar ALLAH MELAYU!!!
Ni bukan lagi pasal perseteruan politik, tapi sebaliknya dah mempermainkan Allah S.W.T yang disamakan dengan makhluk ciptaan-Nya.
Kalau benar pun si puaka ni marah dengan artikel yang memetik bekas Ketua Wira Perkasa, Arman Azha Abu Hanifah yang memanggil MB Selangor pelacur kerana bercadang membangunkan apartment kediaman pekerja asing di Petaling Jaya, bukannya dengan sesuka hati membuat komen yang boleh menimbulkan kemarahan umat Islam.
Pada kawan, lakhnat macam ni, wajib di ISA kan saja. Bagi dia sain kontrak duduk sampai mati kat Kamunting tu. Kalau tak pun, mohon DYMM SPB YDP Agong selaku Ketua Agama Islam di negara ini, buang negeri si terkutuk ni dan perintahkan Jabatan Imigresen senaraihitamkan nama dia dari memasuki wilayah Malaysia selama-lamanya.
Kawan juga menyeru supaya SKMM, KDN dan PDRM mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang berani mempermainkan agama Islam, dengan menyeret mereka ke muka pengadilan. Ini tidak, beratus malahan beribu laporan polis dibuat tapi yang diambil tindakan boleh dikira dengan jari. Cabaran kepada 3 pihak berkuasa ini, JANGAN JADI BACUL!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.