Ni betul-betul buat kawan naik hangin! Jersi biru yang dipakai oleh Harimau Malaya ketika menentang Liverpool petang semalam pun boleh dijadikan isu. Kononnya, Harimau Malaya tak pakai jersi belang kuning hitam atas sebab jurulatih Datuk K Rajagopal tunduk kepada tekanan kerajaan BN. Kononnya, kerajaan BN begitu paranoid dengan warna kuning hingga Harimau Malaya tidak memakai jersi rasmi pasukan tuanrumah.
Apa la punya bijaksana penjilat2 PR Kotor ni? Sekarang ni, apa saja yang berwarna kuning, nampaknya simbol sokongan terhadap Kotor. Sampaikan Queen Elizabeth pakai baju kuning ketika PM menghadap dia pun, dikatakan Ratu England tu menyokong Kotor? Kalau begitu, semua Sultan dan Raja di Malaysia ni pun penyokong Kotor lah sebab kuning adalah warna adat-istiadat diraja?
Dan apa pula salahnya Harimau Malaya pakai jersi biru? Bukankah biru itu juga warna bendera kebangsaan, malahan warna biru pada Jalur Gemilang lebih signifikan sebagai latarbelakang kepada bulan dan bintang yang berwarna kuning.
Baik jugalah ada peminat bolasepak Malaysia seperti Dzof Azmi di atas ni yang lebih rasional. Tulah payahnya kalau manusia yang perasan dan tak sedar diri ni ingat yang dia dah dapat sokongan majoriti rakyat negara ni menyokong agenda Kotor tu.
Kalau begitu, Patriot nyata patut lebih berbangga kerana lebih tiga suku kapasiti Stadium Nasional Bukit Jalil semalam diisi oleh baju merah ala Patriot. Tapi tak ada pulak dengar penyokong Patriot ambil kredit dari sokongan peminat The Reds tu. Sebab apa? Penyokong Liverpool yang membanjiri stadium petang semalam tu terdiri dari pelbagai latarbelakang. Tak semestinya mereka pakai jersi merah Liverpool menunjukkan mereka sokong Patriot.
Kalau dah kemaruk kuasa, inilah jadinya. Profesor universiti pun boleh bercakap macam budak pra-sekolah. Satu saja kesimpulan kawan, puak-puak Kotor ni dah mabuk kuning. Lepas ni nanti, dia orang akan jadikan buah durian sebagai lambang rasmi Kotor pasal isinya warna kuning (walaupun kulitnya warna hijau - warna Pas tu....). Goblok....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.