ARTIKEL PANAS!!!

Isnin, 1 April 2013

ALAHAI... BILA MAHFUZ TUNJUK CERDIK...

Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar, hari ni keluar kenyataan, belasah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang dikatakan sebagai badan yang tidak cekap. Puncanya, pasal SPR masih belum mengumumkan tarikh pilhanraya sedangkan DUN Negeri Sembilan sudahpun terbubar secara automatik minggu lepas.

Sumber : Malaysiakini 01/04/2013 

Kawan kasihan betul kat Mahfuz ni. Patutlah dia diberi pelbagai gelaran oleh ramai rakan-rakan blogger yang pro BN. Tak sampai hati kawan nak menyebutnya di sini. Tapi, kenyataan Mahfuz hanya menyerlahkan lagi "kecerdikan" beliau yang dikatakan mengidam untuk menduduki kerusi MB Kedah selepas PRU13 nanti.

Pertamanya, SPR tak perlu tergesa-gesa kerana diperuntukkan dalam perlembagaan bahawa pilihanraya semula mesti diadakan dalam tempoh 60 hari pembubaran DUN. Kawan ulang sekali lagi, 60 hari!!! Jadi, SPR masih ada banyak masa lagi untuk mengadakan pilihanraya DUN Negeri Sembilan. 

Yang kedua, dah berbuih mulut Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof beritahu, SPR nak mengadakan pilihanraya semua DUN negeri serentak dengan Parlimen. Ini bertujuan untuk menjimatkan kos, masa dan tenaga. Kalau 12 negeri di Malaysia ni semuanya buat pilihanraya DUN berasingan mengikut tarikh DUN dibubarkan secara automatik seperti di sebelah, kawan rasa, mahu pengsan kakitangan SPR dan semua pihak yang berkaitan bekerja untuk menguruskan pilihanraya DUN ni. Itu belum masuk lagi pilihanraya Parlimen. Apa salahnya menunggu sehingga Parlimen dibubarkan dan diadakan pilihanraya Parlimen dan semua negeri kecuali Sarawak secara serentak. Masa masih panjang apa...

Mahfuz nak membandingkan ketangkasan SPR mengadakan pilihanraya kecil apabila berlaku kekosongan kerusi sepanjang tempoh 2008 hingga 2012. Takkanlah itu pun Mahfuz tak boleh fikir? Pilihanraya kecil memanglah perlu diadakan segera kerana kekosongan itu berlaku sewaktu sidang DUN dan Parlimen sedang berjalan. Sekiranya kekosongan sesuatu kerusi dibiarkan terlalu lama, apa akan terjadi kepada kebajikan pengundi di kawasan yang berlaku kekosongan itu? Siapa yang akan menyuarakan masalah pengundi berkenaan jika mereka tidak diwakili? Memang benar, ada parti yang memperuntukkan wakil rakyat dari kawasan bersebelahan menjadi wakil rakyat angkat bagi kawasan yang berlaku kekosongan, tetapi adakah wakil rakyat berkenaan mampu untuk menggalas tugas menjaga beberapa kawasan secara serentak? Lainlah seperti wakil rakyat PR yang memang suka bertanding serentak di kedua-dua kerusi DUN dan Parlimen macam Cina tokong Pulau Pinang dan bekas MB boneka yang pegang lilin tu. Glamer u, menang di dua kerusi DUN dan Parlimen. Pasal tanggungjawab kepada pengundi tu, tolak tepi dulu.

Satu lagi yang Mahfuz ni terlalu cerdik untuk faham ialah apabila dia mengatakan bahawa Zimbabwe lebih baik dari Malaysia sebab negara Afrika tu dah umumkan tarikh pilihanraya dua bulan sebelumnya. Kalau dah Zimbabwe bagus sangat, kenapa Mahfuz tak berhijrah saja ke sana dan tukar kerakyatan sekali? Nak tengok juga berapa lama Mahfuz mampu bertahan hidup di Zimbabwe tu? Dah keputusan membubarkan Parlimen adalah prerogatif Perdana Menteri, suka hati PM lah bila dia nak bubarkan Parlimen. Lagipun, Parlimen Malaysia masih sah tempohnya hingga 28 April nanti. Apa yang Mahfuz nak sibuk pulak?

Ataupun Mahfuz ni dah tak sabar sangat nak jadi MB ataupun menteri di peringkat pusat? Itu sebabnya dia dan teman sebantalnya serta pengikut totok dia dalam parti keldai, parti  Islam yang sanggup buang semua dasar ke tepi dan parti khusus untuk kaum mata sepet (walaupun dicanangkan parti untuk semua kaum)  asyik meroyan menghitung hari bilalah PM nak bubarkan Parlimen? Kalau menang, cepatlah sikit Mahfuz dan gerombolannya bergelar menteri, MB dan exco... Dah lama benar diorang ni mengidam jawatan ni....

Kepada Mahfuz, kalau ya pun nak berkata-kata, tolonglah tunjuk kecerdikan yang betul dan menggambarkan daya intelektual yang tinggi. Bila keluar kenyataan sebegini, membuatkan orang hilang hormat pada kedudukan dia sebagai naib presiden sebuah parti politik... Alahai Mahfuz...   

    


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...