Akhirnya, cerita sebenar di sebalik isu cincin RM24 juta yang dikatakan dibeli oleh isteri PM, Datin Seri Rosmah Mansur, terjawab jua... Malaysiakini hari ini menyiarkan kenyataan syarikat pembuat cincin itu yang mengesahkan penjelasan Rosmah bahawa cincin itu dibawa masuk untuk dipertontonkan kepada bakal besannya, Maira Nazarbayev.
Sumber : Malaysiakini 06/04/2013 |
Setelah bertimbun-timbun Rosmah menerima cercaan dan makian, sekarang apalagi yang nak dikatakan oleh penyokong totok PR yang mempercayai bulat-bulat tohmahan ke atas Rosmah itu? Masih lagi tak percaya penafian ini? Penafian ini dibuat bukan dalam akhbar pembelit nombor satu di Malaysia (Utusan Malaysia), sebaliknya oleh portal berita paling suci dan adil di Malaysia ini, Malaysiakini yang jadi pujaan hati penyokong PR tu.
Dan, kawan nak tanya pada makhluk yang pertama menyebarkan fitnah ini, adakah dia punya maruah untuk meminta maaf kepada Rosmah? Adakah dia sanggup menanggung dosa sekian ramai pengikut totok PR dan orang awam yang mempercayai tohmahan yang dilemparkannya kepada Rosmah? Bagaimana pula dengan yang mencaci, memaki dan memanggil Rosmah dengan pelbagai gelaran, adakah mereka juga sanggup meminta maaf daripada Rosmah?
Kawan berani cakap, penafian yang dikeluarkan oleh Jacob & Co ini, akan disambut dengan pelbagai kutukan oleh pengikut totok PR. Mesti akan keluar pelbagai teori yang antaranya akan mengatakan firma berlian ini dibayar berjuta dolar untuk membuat kenyataan ini. Yang peliknya, bila bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim buat kenyataan bahawa anaknya dipergunakan oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim, terus diorang ni percaya 500%. Terus Azlan dijulang sebagai pembela kebenaran sedangkan kalau nak dikira motif kenyataan "u-turn" itu, terlalu banyak persoalan yang perlu dijawab oleh Azlan.
Kepada makhluk yang menggelarkan dirinya itu sebagai "che'gu", anda langsung tidak layak menggunakan gelaran itu. Anda cuma menjatuhkan maruah profesion perguruan apabila dengan sewenang-wenangnya membuat tuduhan yang telah dibuktikan kepalsuannya. Dan kawan percaya, ramai rakyat di Malaysia ini sedang menunggu samada makhluk ini adalah cukup jantan untuk mengakui kesilapannya dan memohon maaf dari Rosmah. Jika dia gagal berbuat demikian, maka dia juga akan menjadi penyumbang kepada keruntuhan dan kepupusan PR pasca PRU13 nanti. Kita tengoklah nanti...
malaysiakini saja jer kluarkan artikle tu. perlu diingat sekarang musim pru. pepernang bukan saja dengan musuh sebenar, musuh dari kem yg sama perlu dihapuskan dulu.....chegu bard dah ada tempat ker dalam pru n? saja tanya.....
BalasPadam