ARTIKEL PANAS!!!

Jumaat, 5 April 2013

DIA BEREBUT LAGI DA....

Tolong... Kawan tengah konpius ni... Mana satu kawan nak percaya ni? Hari tu cerita lain, hari ni pulak keluar cerita lain... Tak habis-habis diorang ni keluar cerita berebut... Dah macam perangai budak-budak pulak...
Sumber : Keldai Daily 03/04/2013
Sumber : Sinar Hairan 05/04/2013

Korang tengok kat atas tu. Tiga hari lepas, sekutu rapat pemimpin anugerah Tuhan kata, parti keldai akan bertanding di Parlimen Labuan sebagai ganti kepada kerusi Parlimen Temerloh yang dilepaskan parti keldai untuk ditandingi oleh Ketua Pemuda Pas Pusat, Ustaz Nasarudin Hassan Tantawi.

Tup tup, hari ni, keluar pulak kenyataan yang Pas jugak akan meletakkan calon di Parlimen Labuan. Dah pulak... Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan ni keluar kenyataan, dah dapat "restu" pemimpin anugerah ke? Nanti sendiri yang malu kalau pemimpin anugerah tu VETO calon pilihan hati PAS ni.

Kawan pun naik heran tengok parti-parti dalam Pakatan Rongak ni... Masing-masing berlumba-lumba nak umumkan calon DUN dan Parlimen diorang. Tak ada koordinasi langsung. Sebab tu, berlaku cantas-mencantas macam yang berlaku di Parlimen Gelang Patah, DUN Johor Jaya, Parlimen Jempol (ada 2 calon dari parti yang sama termasuklah penyanyi Janji Kencing Manismu) dan yang terbaru di Parlimen Labuan ni.

Tahu apa sebabnya? Sebab, yang dihebohkan pakatan rakyat tu, bukannya parti politik yang sah seperti Barisan Nasional. Heboh dicanangkan kononnya ada majlis pimpinan PR tapi yang sebenarnya, setiap parti dalam PR bebas dengan pembawakan masing-masing. Itu yang timbul huru-hara tu.

Berbanding dengan BN yang sememangnya sebuah perikatan parti politik yang berdaftar dan punya struktur dan hirarki organisasi yang rasmi, semua perundingan dijalankan sesama parti gabungan dan cuma seorang sahaja yang akan membuat keputusan muktamad iaitu Pengerusi BN yang juga Perdana Menteri. Kalaupun presiden parti gabungan nak mengumumkan calon DUN dan Parlimennya sendiri, ia dilakukan setelah senarai calon diluluskan dan dimuktamadkan serta direstui oleh Pengerusi BN.

Jadi, anda buatlah perbandingan sendiri. Nak letak calon pun, dah bergaduh dan huru-hara, inikan lagi nanti nak perintah negara? Lama-lama, rakyat pun naik bingung, kata siapa yang nak diikut, parti keldai ke, parti terlebih Islam ke atau parti kaum mata sepet? Adakah anda masih ingin memilih perikatan yang huru-hara macam ni? Fikir-fikirkanlah....           

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...