ARTIKEL PANAS!!!

Selasa, 2 April 2013

MULUT CHANDRA MUZAFFAR NI TAKDE INSURANS KE?

Si Chandra Muzaffar ni memang nak cari pasal!!! Memang tak sayang mulut!!! Memang saja nak cari masalah!!! Tak patut betul dia mengguris hati dan perasaan ramai umat manusia yang telah mengimpikan untuk mendapat seorang Perdana Menteri baru...Ada ke patut dia kata takde sorang pun pemimpin PR layak jadi PM? Dah melampau betul si Chandra Muzaffar ni!!!


Tersedak bekas bos dia yang tengah sibuk makan buah berangan tu... Habis punah segala angan-angan pemimpin anugerah bila kredibiliti dia sebagai bakal PM dilanyak oleh bekas orang nombor dua parti keldai dia. Tak patut betul Chandra Muzaffar kata bekas bos dia tak layak jadi PM sebab latarbelakang dia yang terlalu bermasalah (excess bagage). 
Sumber : FMT 02/04/2013

Masa jadi Menteri Kewangan, Chandra kata, Anwar adalah orang yang menimbulkan huru-hara terhadap ekonomi Malaysia masa krisis kewangan Asia 1997 apabila membuat polisi yang menyebabkan kerugian besar dan penutupan banyak perniagaan. Masa jadi Menteri Pelajaran pulak, Anwar adalah orang yang bertanggungjawab menukar subjek Bahasa Malaysia kepada Bahasa Melayu hingga menyebabkan ketegangan kaum. Anwar juga dikatakan menjalin hubungan rapat dengan pelobi antarabangsa yang mungkin mempunyai agenda tersendiri terhadap negara ini dan boleh membahayakan negara.

Kalau dah Anwar tak layak, siapa pulak yang layak? Lim Kit Siang? Pun si Chandra Muzaffar ni kata tak layak jugak... Dia kata, disebabkan identiti kaum Kit Siang yang bukannya dari kaum majoriti, pastinya pemilihan Kit Siang adalah suatu yang tak digemari dalam sebuah negara yang majoriti penduduknya adalah Melayu.

Kalau Kit Siang pun tak layak, bagaimana pulak dengan presiden parti paling Islam dalam Malaysia ni? Haji Hadi pun Chandra Muzaffar kata tak layak pasal dia kena lebih memahami permasalahan ekonomi sedunia dan perkara yang berkaitan dengan abad ke 21. Kesian pulak kat Hj Hadi dikategorikan sebegitu rupa oleh si Chandra Muzaffar ni.

Memang tepat analisis yang dibuat oleh Chandra Muzaffar ni. Negara ni akan huru-hara jika pakatan haram ni memperoleh kuasa. Sebabnya, setiap parti dalam pakatan haram ni masing-masing punya agenda tersendiri. Parti keldai takde matlamat lain selain menjadikan manusia paling hebat dari segi perekonomian (takde hebat mana pun) sebagai PM dan kemudiannya menggunakan kuasa yang ada untuk membalas balik jasa yang telah terhutang dari penyumbang kewangannya. Parti Cina sepet pula yang berselindung di sebalik agenda nak membersihkan Malaysia ni dari rasuah, nepotisme, kronisme dan bermacam isme yang lain, sebenarnya bermatlamatkan mahu penguasaan mutlak dalam bidang politik bagi kaum mata sepet. Yang akan menjadi mangsa adalah parti Islam di Malaysia ni. Selalunya yang akan jadi bahan tendang-terajang adalah parti Hj Hadi ni. Semua yang parti ni buat, habis kena veto dengan dua parti teman tidur sebantalnya.

Kalau dah semua pemimpin pakatan tak layak, apa yang harus kita buat? Jawabnya, mari kita berikan sokongan yang tak berbelah-bagi kepada PM Datuk Seri Najib dan BN supaya beliau boleh meneruskan agenda transformasinya bagi mensejahterakan kehidupan rakyat di negara ini. Ingat saudara semua, jangan gadaikan apa yang kita miliki sekian lama kepada tangan-tangan yang punya agenda kotor dari PR sebagaimana terbukti di negeri-negeri yang dikuasai mereka. Kita ingin hidup dalam kesejahteraan dan keamanan yang berterusan buat anak cucu kita dan hanya BN yang mampu meneruskan apa yang telah dan sedang kita nikmati di masa depan...  

1 ulasan:

  1. Keldai yang ramai orang nampak ialah Chandra sendiri.

    BalasPadam

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...