Artikel ini adalah lanjutan dari artikel " Siapa Tak Faham Istilah Inflasi" yang kawan tulis 2 hari lepas.
Ada antara komen yang menyebut, peningkatan gaji merupakan antara faktor tolakan inflasi. Memang benar, bila kita lihat dalam skop yang lebih luas, kita sebenarnya mempunyai "saham" yang besar dalam peningkatan inflasi.
Senarionya begini : anda baru memasuki alam pekerjaan. Katakan gaji permulaan anda RM1,000 sebulan. Dengan gaji yang sedemikian, anda membuat bajet perbelanjaan bulanan anda. Disebabkan anda rasa ada lebihan gaji, anda membuat keputusan untuk membeli sebuah motosikal bagi memudahkan anda berulang-alik ke tempat kerja.
Kemudian, anda ditawarkan bekerja di tempat lain yang menawarkan gaji RM1,500 sebulan. Wah, ada tambahan pendapatan bulanan RM500 lagi ni, anda membuat keputusan untuk membeli sebuah Perodua Viva atas alasan, tak tahan berhujan berpanas di atas motosikal.
Selepas 5 tahun bekerja, anda mendapat tawaran pekerjaan lain yang memberikan gaji RM3,000 sebulan. Anda mula merasai, Perodua Viva dah terlampau kecil untuk anda. Anda pun membuat keputusan untuk membeli sebuah Proton Inspira. Barulah selesa sedikit memandu, dan bergayalah sikit.
Cuba anda hitungkan semula, keperluan penggunaan petrol dari zaman anda menggunakan motosikal, Perodua Viva seterusnya kepada Proton Inspira. Tidakkah anda menyumbang kepada peningkatan penggunaan petrol? Bagaimana pula jika anda menggunakan kenderaan mewah seperti Mercedes, BMW dan lain-lain yang dikategorikan sebagai "pelahap" petrol? Itu baru anda seorang. Bayangkan ada berapa juta kenderaan yang menggunakan petrol di atas jalanraya setiap hari. Dan angka ini, makin bertambah setiap tahun.
Permintaan terhadap bekalan petrol semakin bertambah setiap tahun, sedangkan kita ketahui sumber bekalan minyak semakin lama semakin berkurangan. Syarikat minyak pula terpaksa berbelanja berbilion dolar untuk meneroka lapangan minyak baru bagi memenuhi permintaan seluruh dunia.
Jadi, tolong beritahu, bagaimana kerajaan boleh mempertahankan harga petrol sepanjang masa? Berapa banyakkah subsidi minyak yang harus kerajaan tanggung?
Itu baru bercerita pasal petrol, belum lagi kita berbicara tentang bahan makanan, pakaian, rumah dan lain-lain. Kesimpulannya, PR tak boleh menuding jari kononnya kerajaan tak prihatin kepada kesusahan rakyat dengan mengurangkan subsidi kerana, sebagai individu, kawan dah buktikan, setiap orang termasuk pemimpin PR turut sama menyumbang kepada peningkatan inflasi. Entah gaya, cara hidup mewah sesetengah pemimpin PR, menyebabkan kita yang hidup biasa-biasa ni, menanggung akibat perbelanjaan mewah mereka.
Jadi, faham-fahamkanlah bebanan kerajaan sebelum pukul canang menjaja keburukan kerajaan. Kata orang tua-tua, "berat sama dipikul, ringan sama dijinjing". Barulah hidup kita aman sentosa....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.