ARTIKEL PANAS!!!

Rabu, 25 Mei 2011

IDRIS JALA MERAJUK???

Mesyuarat Menteri Kabinet hari ini membuat keputusan untuk menangguhkan rasionalisasi subsidi petrol RON95. Tiada jangkamasa tertentu penangguhan ini ditetapkan oleh kabinet.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasian dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa Kabinet menyedari kesusahan dan beban yang ditanggung rakyat jika rancangan pemotongan subsidi ini diteruskan. 

Bagaimanapun, keputusan penangguhan ini telah menimbulkan perbezaan pendapat di kalangan menteri kabinet antara yang menyokong pemotongan subsidi ini dan yang menentangnya. 

Menteri yang paling kuat menyokong pemotongan subsidi ini sudah tentunya Datuk Seri Idris Jala. Ini kerana, cadangan pemotongan subsidi ini datangnya dari Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (Pemandu), unit di bawah kendalian Idris di Jabatan Perdana Menteri.

Sebelum ini, Idris menimbulkan kegemparan apabila mengumumkan bahawa negara akan bankrap pada 2019 jika rasionalisasi subsidi yang dinikmati rakyat sekarang tidak ditarik balik secara berperingkat.

Disebabkan isu yang ditimbulkannya semuanya mendapat kutukan dan menimbulkan kontroversi, kawan rasa tak mustahil Idris Jala akan merajuk dan berjauh hati dengan Menteri Kabinet lain dalam masa tak berapa lama lagi.

Dan kawan juga rasa tak mustahil Idris akan membawa diri seperti Zaid Ibrahim yang dibawa masuk oleh Pak Lah ke Kabinet untuk membuat reformasi sistem kehakiman, tetapi akhirnya membawa hati duka apabila pembaharuan yang cuba dilakukannya kurang mendapat sambutan dan sokongan dari ahli Kabinet yang lain.

Kawan juga rasakan, inilah masalahnya apabila membawa masuk tokoh korporat ke dalam Kabinet. Pandangan golongan korporat lebih kepada mikro ekonomi, menjurus kepada penyelesaian masalah dengan perincian strategi yang mengambilkira ringgit dan sen.

Dalam hal pentadbiran negeri dan negara, makro ekonomi yang perlu diberi pertimbangan samarata kerana dalam hal kerajaan, ia berdepan dengan kehendak rakyat jelata. Kerana itu agaknya, orang seperti Idris, Zaid dan juga Khalid Ibrahim (MB Selangor) kurang memahami kesukaran rakyat.

Walau apapun, kawan mengucapkan terima kasih kerana kerajaan masih sudi mendengar rintihan rakyat marhaen walaupun kawan tak boleh menolak hakikat bahawa, rasionalisasi subsidi ini tetap akan berlaku, cuma mungkin bukan sekarang.             

2 ulasan:

  1. penarikan subsidi boleh ditangguhkan tetapi alternatif pendapatan untuk menampung kenaikan harga barang keperluan harian juga perlu dicari. DS Idris Jala tak mungkin merajuk kerana beliau pasti tahu bagaimana mencari alternatif.

    http://tendangterajang.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. Terima kasih tuan kerana melawat blog kawan.

    Mari kita sama-sama berdoa semoga dari sekarang hingga hujung tahun ni, harga minyak mentah di pasaran dunia turun dan stabil di sekitar USD80-90 setong.

    Jika ini berlaku, kerajaan tak perlu naikkan harga petrol dan perbelanjaan subsidi petrol kerajaan juga akan menurun. Rakyat pun senang hati....

    BalasPadam

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...