Tian Chua kata dia akan memfailkan saman jika keahliannya sebagai Ahli Parlimen (MP) Batu dilucutkan oleh Dewan Rakyat. Dia jadi meroyan sebab Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan hukuman denda RM2,000 atas kesalahan menggigit seorang anggota polis di jalan masuk ke Bangunan Parlimen pada 11 Disember 2007.
Mahkamah Rayuan menolak rayuannya atas dasar teknikal berikutan bantahan yang dikemukakan oleh Pendakwaraya bahawa Tian Chua memfailkan notis rayuannya lebih dari tempoh 14 hari yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi. Tempoh rayuan kes si sepet ni berakhir pada 30 Ogos 2010 sedangkan rayuannya diterima mahkamah 8 hari selepas tempoh rayuan itu berakhir.
Tian Chua mengatakan dia tak layak dilucutkan kelayakan sebagai MP Batu kerana kesnya ditolak atas alasan teknikal dan bukannya kerana dia didapati bersalah. Dia juga mendakwa keputusan Mahkamah Rayuan itu menyebabkan dia kehilangan peluang untuk membuktikan bahawa dia menggigit anggota polis berkenaan.
Kawan tergelak berguling-guling baca kenyataan si sepet tak sunat ni. Dia pertikaikan dia masih lagi MP kerana kesnya ditolak atas alasan lewat memfailkan rayuan. Tak ke alasan bodoh namanya tu? Yang dia dan peguam dia jadi lembab mengalahkan kura-kura failkan rayuan selepas tempoh rayuan tamat tu, siapa suruh? UMNO? Najib? BN? Kalau Tian Chua ni serius nak saman, patutnya dia saman peguam dia yang "hari-hari makan keledek, asyik terkedek-kedek" dan lembab buat kerja sampai boleh terlepas tarikh akhir rayuan.
Si Tian Chua ni dan peguam dia ingat, pangkat dia besar sangat sampai mahkamah kena tunggu dia dan bentang permaidani merah bila dia datang failkan rayuan kes dia? Hoi, mahkamah ada banyak kes lain yang nak dibicarakan lah!!! Bukan nak tunggu kau sorang saja....
Dia kata kehilangan peluang nak buktikan bukan dia yang menggigit? Berapa banyak peluang yang dia nak? Kes dia dah dibicarakan di Mahkamah Majistret. Kemudian dirayu ke Mahkamah Tinggi. Kali ni dibawa ke Mahkamah Rayuan. Dah 3 peringkat mahkamah pun masih tak boleh pertahankan diri dari dakwaan menggigit tu? Apa yang peguam dia buat? Nampak sangatlah diorang ni perasan tahap gaban... Mahkamah dah tak ada kerja lain lagi selain dengar kau merayu ikut suka hati kau!!!
MP, menteri dan kerajaan BN kena siap-sedia diserang selepas ni. Si sepet tak sunat ni akan kata ini semua konspirasi UMNO dan BN nak jatuhkan dia. Macam pernah dengar saja ayat tu... Memang la, kan dia belajar dari pemimpin "anugerah" dia yang bernilai cuma RM1 saja tu...
Kawan nak nasihatkan si Tian Chua ni, berhentikanlah buat lawak jenaka. Kalau serius nak berlawak, pergi masuk Maharaja Lawak Astro tu. Barulah ada kelas!!! Ha ha ha....
Biar dia pergi mampus je , ada pun tak menambah tiada pun tak berkurang...
BalasPadam