ARTIKEL PANAS!!!

Sabtu, 28 Mei 2011

ANWAR IBRAHIM MEMANG ANUGERAH TERISTIMEWA

Berita Harian hari ini menyiarkan berita yang seorang warga Britain gagal dalam rayuannya dari dihukum penjara 6 minggu dan didenda SG$20,000 kerana menghina sistem kehakiman Singapura melalui sebuah buku yang ditulisnya.


Bekas Pengarah Urusan IMF, Dominique Strauss Kahn pun langsung tak diberi muka oleh sistem kehakiman US bila terus didakwa di mahkamah kerana membuat serangan seksual ke atas seorang pekerja hotel di New York.

Malang sungguh nasib penulis bernama Alan Shadrake dan juga si Strauss Kahn itu. Ini kerana, mamat berdua ni bukannya "anugerah tuhan" sepertimana Anwar Ibrahim. Kalau mereka ni anugerah seperti Anwar, pasti dia akan terlepas dari tuduhan itu, malahan ada kemungkinan dia tidak akan didakwa langsung.

Lihatlah keistimewaan anugerah, baru saja hakim memerintahkan dia membela diri kerana tuduhan liwat ke atas Saiful Bukhari Azlan, Anwar sudahpun membuat kenyataan yang segera tersebar ke seluruh dunia, "ia bukan sesuatu yang mengejutkan, tetapi apa yang mengejutkan ialah beliau (hakim) telah membuat pengadilan terlebih dahulu dalam kes ini dan menjangkau kes prima facie".

Kenyataan Anwar yang prejudis terhadap keputusan hakim bukankah satu bentuk penghinaan kepada mahkamah? Tak usahkan hendak ditegur, dibicarakan pun tidak, apalagi untuk dihukum penjara dan denda seperti yang dikenakan terhadap si Shadrake dan Strauss Kahn tu, lagilah tipis kemungkinannya.

Itupun Anwar duduk pukul canang membelasah sistem kehakiman Malaysia, kononnya semuanya tak betul. Agaknya, kalau si Anwar ni kena bicara kat Singapura atau Amerika, memang tak ada peluang langsung dia keluar dari penjara sebab terlampau kerap mengeluarkan kenyataan menghina sistem kehakiman dan dituduh atas kesalahan salahlaku seks.

Kawan ingin beri cadangan kepada mahkamah Malaysia, ikutilah contoh mahkamah Singapura yang langsung tak bagi peluang untuk sesiapa "menyentuh" mereka. Begitu juga dengan langkah kerajaan Singapura yang menyaman pembangkang sampai bankrap kerana memfitnah kerajaan, langkah yang sama mesti diambil oleh kerajaan Malaysia terhadap Anwar dan konco-konconya.

Ataupun, buat macam mahkamah Amerika kenakan tahanan rumah kepada Strauss Kahn walaupun belum dibuktikan bersalah, kenakan jugak kepada Anwar. Jangan bagi peluang langsung si Anwar ni keluar "mengganas" kat luar rumah.  

Anwar sudah tentu tak boleh kata apa kalau Malaysia mengambil tindakan serupa dengan Singapura dan Amerika pasal dua negara ini merupakan kiblat politik Anwar. Anwar suka sangat menjadikan Singapura sebagai contoh perbandingan ketika membelasah kerajaan Malaysia, manakala Amerika pula tempat mengadu Anwar. Jadi, tentu tak salahkan kalau kita meniru "yang baik-baik" dari Singapura dan Amerika?

Cumanya, setakat ini, mahkamah Malaysia belum mampu lagi mengambil tindakan serupa Singapura dan Amerika sebab, Anwar Ibrahim adalah "anugerah teristimewa" yang tak boleh disentuh oleh sesiapa pun....  

1 ulasan:

  1. hanya Allah s.w.t yg Maha Mngetahui..Ayuh GAP(Gang Atas Pagar)..

    BalasPadam

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...