ARTIKEL PANAS!!!

Sabtu, 28 Mei 2011

EKSKLUSIF!!! USTAZ KAZIM DIGELAR ULAMA GILA

ustaz kazim
Lantaran sebuah video ceramah bertajuk "Ketuanan Melayu" yang disiarkan di Youtube, Ustaz Mohammad Kazim bin Elias kini digelarkan sebagai ulama gila yang menyebarkan kebencian antara kaum. 

Yang menyedihkan, penulis yang membuat laporan berkenaan adalah seorang Melayu yang bernama Mariam Mokhtar (yang semestinya beragama Islam) dan artikelnya disiarkan di laman web Malaysia Today.






Mariam ni membuat komen bahawa orang seperti Ustaz Kazim akan mengundang tindakbalas perkauman dari bangsa lain seperti Namewee yang mungkin membuat lebih banyak video berbaur perkauman.

Apa yang disentuh oleh Ustaz Kazim itu adalah merupakan hakikat pahit yang mesti diakui oleh semua rakyat Malaysia. Sememangnya orang Melayu lebih merupakan hamba, bukannya tuan kepada bangsa lain. Jika tiada kuasa politik yang dipegang oleh BN yang mana UMNO adalah parti tulang-belakang terbesarnya, lebih teruk lagilah orang Melayu merempat.

Tak payah pergi jauh. Apa yang berlaku di Pulau Pinang di mana ramai peniaga Melayu semakin sukar mencari rezeki lantaran pelbagai kerenah ditimbulkan oleh pemerintah rasis DAP. Memang itulah yang menjadi matlamat puak DAP, penguasaan total dalam bidang ekonomi dan kuasa politik.


Kalau Melayu dah tak boleh bercakap tentang kedudukan bangsanya, apa nak jadi dengan negara ini? Pada masa yang sama, apa juga tuntutan melampau kaum lain terutama Cina DAP mesti ditunaikan. Kalau tidak, kerajaan BN diugut untuk ditendang keluar dari Putrajaya. Ini adalah perangai manusia yang tak kenal dek untung!!!

Orang seperti Mariam inilah Melayu yang lupa asal-usul keturunannya. Mariam ini lupa agaknya, tanpa dasar yang mementingkan pembangunan sosio-ekonomi orang Melayu yang diamalkan kerajaan selepas peristiwa 13 Mei 1969, orang Melayu seperti Mariam tidak akan berada di tempatnya sekarang. Entah-entah, Mariam juga mungkin merempat menjadi pencuci tandas seperti yang diperkatakan oleh Ustaz Kazim dalam video di atas.

Inilah Melayu yang pentingkan diri sendiri. Puas mengecapi nikmat yang disalurkan kepadanya oleh kerajaan selama ini, dia sendiri yang berpaling menuntut keistimewaan itu diberikan pula kepada bangsa lain. Dia lupa, mungkin dia sudah hidup senang-lenang dan selesa sekarang tetapi, masih ramai lagi umat Melayu di luar sana yang masih perlukan bantuan kerajaan untuk melanjutkan pelajaran, berniaga dan sebagainya.

Orang seperti Mariam Mokhtar ini, bersama dengan Anwar Ibrahim, Nik Aziz, Khalid Samad, Nizar Jamaludin dan Raja Petra Kamarudin mesti menyerahkan kerakyatan Malaysia yang dipegang mereka dan berhijrah ke negara "sempurna" impian mereka seperti Singapura, Australia ataupun Amerika.

Kawan merasa teramat malu kerana Malaysia mempunyai Melayu yang sebegini.....   

      

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...