ARTIKEL PANAS!!!

Khamis, 16 Jun 2011

DOSA UTUSAN ADAKAH SAMA DOSA NIK AZIZ?

Nik Aziz kata, karikatur bertajuk "Kekeliruan Kes Rogol" yang disiarkan Utusan Malaysia menjadikannya sebagai "Denmark Malaysia", merujuk kepada penyiaran karikatur yang didakwa Nabi Muhammad memakai serban berbentuk seperti bom.


Wah, bukan main lagi Nik Aziz ni menggelarkan Utusan Malaysia sebagai "Denmark Malaysia". Suka sedap mulut dia saja bagi gelaran kat Utusan Malaysia. Bukankah karikatur itu merujuk kepada perangai jahiliyah penganut Pas dan PR yang bertegas menolak bukti qarinah dalam kes video seks yang didakwa pelakonnya mirip Anwar Ibrahim? Bukankah penganut Pas dan PKR yang bertegas mahukan 4 orang saksi bagi mensabitkan tuduhan ke atas Anwar? Dan bukankah penganut Pas dan PR juga yang beria-ia hendak mengenakan tuduhan qazaf kepada trio Datuk T?

Pada kawan, berbanding karikatur Utusan Malaysia, Nik Aziz pernah membuat kesalahan yang lebih besar apabila membuat kenyataan "tidak salah berkawan dengan syaitan" bagi menghalalkan "perkahwinan haram" Pas dan DAP.
Dipetik dari laman Wikepedia : Nik Abdul Aziz Nik Mat
Ikuti peringatan Allah S.W.T. berkaitan syaitan sebagai musuh yang nyata kepada manusia dalam ayat-ayat Al-Quran di bawah :  


Bagi penganut Pas, tolong terangkan kepada kawan yang jahil ini, bagaimana Nik Aziz boleh mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa sedangkan Allah S.W.T melarang keras manusia mengikut jejak langkah, apatah lagi berkawan dengan syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi umat manusia.

Dan, kerana "fatwa" Nik Aziz itulah juga agaknya, Pas nampaknya semakin hari semakin jauh terpesong dari pegangan asalnya untuk menegakkan sebuah Daulah Islamiyah di Malaysia ini. Mana taknya, sejak berkawan dengan syaitan DAP, Pas cuma menjadi pak angguk dan pak sanggup kepada segala kemahuan DAP. Benarlah mafhum firman Allah S.W.T yang disertakan di atas.

Jadi, jangan asyik nak menyalahkan Utusan Malaysia sahaja, sedangkan seorang alim seperti Nik Aziz membuat kesilapan yang lebih besar apabila membuat kenyataan sesuka hati bagi menghalalkan segala perbuatan Pas.


               

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...