ARTIKEL PANAS!!!

Rabu, 15 Jun 2011

ADAKAH SAMA BILA TONY BLAIR & KOMENG BACA AL-QURAN?

Harakahdaily (klik sini) mengeluarkan satu artikel bertajuk "Kalaulah Tony Blair Pemimpin DAP" yang menyentuh tentang bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair membaca Al-Quran setiap hari dan menyifatkan Al-Quran sebagai sumber rujukan.


Yang malangnya, penulis artikel ini, Mohd Nasir Awang menggunakan peluang ini untuk membela tindakan Nga Komeng yang membaca sepotong ayat Al-Quran ketika berceramah politik semasa kempen pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang pada 2009.



Inilah bukti betapa dangkalnya pemikiran penganut Pas. Adakah sama mengkaji kandungan Al-Quran untuk memahami permasalahan dunia dengan menggunakan ayat Al-Quran untuk kepentingan politik apatah lagi oleh seorang bukan Islam?




Memang bukan Islam digalakkan membaca Al-Quran bagi mengkaji kesyumulan Islam sebagai ad-din dan seterusnya dapat membuka pintu hidayah buat mereka memeluk Islam. Tapi, dalam kes si Komeng ini, apakah hidayah yang terpancar padanya sejak dia membaca 3 potong ayat Al-Quran seperti dalam 2 video di atas? 

Si Komeng ni cuma memperalatkan ayat Al-Quran untuk mendapatkan sokongan politik seterusnya "membeli jiwa" orang Islam di negara ini untuk mengundi pakatan rebah yang bakal menjahanamkan masa depan umat Islam di negara ini.

Yang lebih sedih lagi, Nik Aziz yang ada dalam video kedua berkenaan sedikitpun tidak bersuara menyanggah perlakuan si Komeng ini. Manakan tidak, Nik Aziz jugalah orangnya yang mengeluarkan fatwa bahawa umat Islam boleh berkawan dengan syaitan. Jadi, Nik Aziz kenalah memekakkan telinga bila syaitan DAP menggunakan ayat Al-Quran untuk membeli undi.

Kawan benar-benar terkilan dengan penganut Pas sekarang ini. Apa saja perbuatan sekutu mereka dihalalkan Pas semata-mata kerana terlalu ingin berkuasa. Hatta, sehingga ayat Al-Quran dipersendakan pun, mereka masih boleh ketawa dan bertepuk tangan. 

Kawan berpendapat, yang perlu didoakan supaya mendapat hidayah bukannya Cina sepet Komeng dan Guaneng, sebaliknya, penganut Pas yang perlu didoakan semoga mereka ini kembali ke jalan yang lurus dan benar seperti ayat ke 6 dan ke 7, Surah Al-Fatihah yang maksudnya, "Tunjukkanlah kami jalan yang lurus dan benar. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau berikan nikmat, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan jalan orang-orang yang sesat".         

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...