ARTIKEL PANAS!!!

Jumaat, 17 Jun 2011

ISU MURTAD : KENAPA SALAHKAN PERKASA?

Naib Ketua Pemuda Pas Pusat buat kenyataan mempersoalkan pendirian Perkasa dalam isu statistik 135 umat Islam yang murtad yang didedahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Parlimen baru-baru ini.


Hati kawan mendidih baca kenyataan Dr yang kononnya bijak pandai ni. Nampak sangat ketidakbijaksanaan Dr yang buat kenyataan ni.

Mahaguru Pas, Nik Aziz selalu berkata Umno dan Perkasa bukan perjuangkan Islam, sebaliknya perjuangan parti politik dan NGO ni berteraskan kepentingan bangsa Melayu. Jadi, kenapa nak salahkan Perkasa pulak dan marah bila Perkasa membisu?

Yang bersalah dan mesti memikul tanggungjawab dalam isu murtad ni ialah PAS!!! Kenapa? Sebab nama dia Partai Islam Se-Malaysia. Pas selalu mendakwa yang Islam yang dibawanya adalah Islam tulin dan Islam Umno dan Perkasa adalah Islam plastik dan kosmetik sahaja. Kalau dah begitu, tentunya kerja-kerja dakwah Pas mantap. Jadi kenapa banyak berlaku permohonan untuk keluar dari Islam di seluruh negara dengan pengecualian Kelantan sahaja?

Pas mendabik dada Kelantan bersih dan tak ada satu permohonan untuk murtad pun diterima. Oh rupa-rupanya, Islam Pas ni cuma di Kelantan saja. Di negeri-negeri lain, Pas tak berapa Islam. 

Kalau Pas mendakwa yang dia lebih Islam dari Umno dan Perkasa, ambillah tanggungjawab untuk berdakwah kepada umat Islam yang lemah akidahnya. Ini tidak, berdakwah pada Guaneng dan Komeng sampai boleh berdoa dalam khutbah untuk diberikan hidayah supaya memeluk Islam. Yang sorang lagi, sesuka hati memetik ayat Al-Quran dengan restu Mahaguru, bukan sangat pun nak kan hidayah untuk memeluk Islam, tapi nak memancing undi umat Islam.

Inilah padahnya kalau dah terlebih berpolitik, sampai terlupa bahawa dakwah bukan sahaja untuk bukan Islam, tapi juga kepada umat Islam sendiri supaya aqidah dan keimanan umat Islam bertambah padu dan tidak diganggu-gugat oleh anasir luar.

Tapi, kalau dah Pas sendiri bersekongkol membenarkan kalimah Allah digunakan oleh penganut agama Kristian, dan dalam masa yang sama, membisu apabila sekumpulan paderi Kristian berikrar untuk menukar agama rasmi negara kepada Kristian dalam majlis yang dianjurkan oleh "isteri haram" dan "queen control" Pas, apakah harapan yang boleh disandarkan kepada Pas untuk menjamin kedudukan agama Islam akan diperteguhkan di negara ini jika Pas dan PR memerintah?

Kawan nak bagi kata dua kepada Pas, tolong cermin diri sendiri dulu sebelum sesuka hati menghalakan jari telunjuk kepada orang lain!!!!  

1 ulasan:

  1. Belasah je PAS & PKR tu. Pastikan perhimpunan Bersih 2.0 tu, kita belasah sampai lumat juak-juak Pakatan Haram tu. Mereka pun patut pikul tanggung jawap bersama dalam isu murtad ni, dan bukannya menuding jari pada sesiapa.... Hapuskan bersih 2.0

    BalasPadam

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...