ARTIKEL PANAS!!!

Jumaat, 17 Jun 2011

MENJUNJUNG KASIH KE ATAS DYMM SPB YDP AGONG TUANKU MIZAN

Kawan sebagai rakyat kecil di negara tercinta ini ingin menjunjung kasih dan merakamkan setinggi penghargaan kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Mizan kerana tidak memberikan perkenan baginda kepada kerajaan Pulau Pinang untuk mengadakan pilihanraya pemilihan jawatankuasa masjid kariah di negeri berkenaan. 

Tuanku Mizan diberitakan telah mengarahkan supaya pilihanraya masjid berkenaan yang dijadualkan diadakan esok dan lusa, ditangguhkan buat sementara waktu.

Kawan sebagai rakyat biasa juga ingin merafak sembah kepada Duli Tuanku supaya menggunakan kuasa Tuanku sebagai ketua agama Islam Pulau Pinang, mengarahkan supaya pilihanraya berkenaan dibatalkan terus bagi membendung institusi masjid dari menjadi medan pergolakan politik.

Maka benarlah kata orang tua-tua bahawa raja-raja itu adalah payung mahkota yang melindungi rakyat jelata. Kepada Tuanku YDP Agong dan Sultan-Sultan dan Raja-Raja Melayu lah tempat rakyat bergantung belas bagi melindungi kepentingan umat Islam dan Melayu yang semakin tertekan dengan permainan politik segelintir durjana yang mengaku rakyat negara ini.

Kawan juga berharap, keengganan Tuanku Mizan untuk memberi perkenan baginda menjadi satu pengajaran pahit buat kerajaan Pulau Pinang, terutamanya boneka yang menduduki kerusi Exco Agama Islam, supaya menghormati kedudukan Tuanku sebagai Ketua Agama Islam negeri dan tidak membuat sesuatu tindakan tanpa merujuk kepada perkenan Tuanku terlebih dahulu.

Ingat! Bumi Malaysia ini masih mempunyai Raja yang berdaulat dan kedudukan Baginda termaktub di dalam perlembagaan. Cubaan DAP Pulau Pinang untuk menguasai masjid melalui pilihanraya masjid ini merupakan satu tindakan biadap yang tidak boleh dimaafkan oleh umat Islam dan bangsa Melayu seluruhnya!!!!   

       

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...