Malaysian Insider memetik kenyataan Anwar Ibrahim yang menyifatkan bahawa orang Melayu adalah mangsa taktik momokan yang digunakan oleh media berbahasa Melayu kononnya untuk faedah Bumiputra. Kerana itu, orang Melayu dipengaruhi oleh media berbahasa Melayu yang melemparkan janji-janji palsu kepada mereka.
Anwar juga membelasah kerajaan BN kononnya nikmat kemajuan ekonomi tidak dapat dikecapi bersama oleh rakyat biasa. Dia juga menyentuh tentang cuma sebahagian kecil kaum Bumiputra yang menikmati kejayaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sambil membangkitkan ke mana perginya peruntukan ekuiti untuk Bumiputra sebanyak RM5.4 bilion kalau bukan masuk ke poket syarikat kroni dan ahli keluarga ahli politik.
Nampaknya, Anwar terlupa bahawa dia pernah duduk dalam kerajaan, memegang portfolio Menteri Kewangan dan menjawat jawatan tinggi sebagai Timbalan Perdana Menteri. Dakwaan Anwar tentang projek dan saham untuk kroni dan ahli keluarga, hanya membuka pekong yang disembunyikan rapi oleh Anwar.
Tolong beritahu, dari tahun 1991 hingga 1998 ketika menjadi Menteri Kewangan, Anwar langsung tak pernah memberikan saham, projek atau tender kepada golongan "inner circle"nya? Habis, yang ini apa? (Sumber : Utusan Malaysia, 20/06/1999)
Dalam salah satu kempen pilihanraya kecil sebelum ini, Anwar mendakwa dia orang miskin. Kereta yang digunakan untuk pergi berkempen pun ditaja oleh bapanya. Ya, miskin sangat, kereta isterinya yang didakwa disabotaj baru-baru ini pun cuma Mercedes S350 saja. Kalau guna Mercedes S350 tu disifatkan sebagai miskin, maka kadar kemiskinan di Malaysia ni, mestinya pada tahap 90% sebab ramai yang guna kereta Proton, Perodua dan kereta-kereta nyamuk jenama Jepun dan Korea.
Kita nak juga tanya Anwar, kalau dia tak kaya, bagaimana boleh menginap di banglo mewah yang khabarnya berharga jutaan ringgit. Kalau dia tak kaya, bagaimana dia membayar tambang kapalterbang dan penginapan lawatannya ke luarnegeri yang begitu kerap seolah-olah seperti orang berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Tanjung Malim sahaja? Tak tahulah kalau partinya ada memberikan elaun perjalanan kepadanya.
Itu belum lagi bercerita pasal sumbangan yang diterimanya dari pelbagai pertubuhan luarnegara, kononnya atas dasar menyuburkan demokrasi sedangkan hakikat sebenarnya, sumbangan itu beserta dengan pelbagai agenda tersembunyi yang hanya Anwar dan suku-sakatnya sahaja yang tahu.
Kalaulah Anwar tak mengkayakan kroninya, bagaimana proksinya di Jakarta boleh membekalkan RM30 juta kepada Wan Azizah? Tak percaya, tengok video di bawah ini :
Itulah sifat seorang munafik. Melemparkan pelbagai tuduhan kepada orang lain sedangkan apa yang dituduhnya, semuanya pernah dilakukan olehnya. Kata orang tua-tua, "paku dulang paku serpih, mengata orang rupanya dia yang berlebih-lebih".
Kesimpulannya, yang memomokkan orang Melayu bukannya media perdana berbahasa Melayu, tetapi adalah Anwar sendiri. Konon berjuang untuk keadilan rakyat, sedangkan realitinya, poket sendiri dan kroni yang diadili terlebih dahulu...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.