Veteran Pas, Hj Subky Latif suruh bekas pemimpin Pas dan PKR yang meninggalkan parti itu supaya mencontohi Lee Lam Thye yang tak pernah pun memburukkan bekas partinya, DAP selepas keluar dari parti berkenaan. Anda boleh ikuti artikel penuhnya yang disiarkan Malaysian Insider di sini.
Aduh, apa nak kawan kategorikan "nasihat" Hj Subky ni? Cuma satu perkataan yang sesuai : MENGARUT! Larangan Hj Subky ni seolah-olah menampakkan Pas dan PKR ni parti yang sempurna. Macam tak ada cacat-cela. Semuanya baik belaka kat dalam Pas dan PKR tu. Sebab tu, bekas pemimpin yang meninggalkan Pas dan PKR tak boleh jentik apatah lagi kutuk Pas dan PKR.
Kawan nak tanya pula kepada Hj Subky, yang bekas pemimpin Umno, MCA, MIC dan Gerakan yang menyertai Pas dan PKR, bagaimana pulak? Adakah mereka ni pun tertakluk sama kepada "larangan" Pak Hj? Kalau ya, Pak Hj kena lah nasihatkan Anwar Ibrahim tu dulu. Dia bukannya calang-calang orang. Bekas Timbalan Perdana Menteri tu...
Pak Hj kata, bekas pemimpin yang meninggalkan Anwar Ibrahim banyak dapat rezeki dari Anwar. Bukankah rezeki datang dari Allah S.W.T? Takkan itu pun Pak Hj tak tahu? Kalau begitu, berapa banyak pula rezeki yang Anwar Ibrahim dan gerombolannya dapat masa duduk dalam kerajaan dulu? Jika itu jadi perbandingannya, Anwar langsung tak layak kutuk kerajaan yang dulu dia pernah dapat banyak nikmat dan rezeki darinya.
Sekali lagi, inilah mentaliti Pakatan Songsang ni. Kalau bab dia, semua kena cakap yang baik-baik saja. Bab orang yang tak sebulu dengan dia, boleh kutuk dan maki habis-habisan. Kalau begini, mana datangnya keadilan yang sering diperjuangkan oleh Pakatan Songsang ni?
Bekas pemimpin yang keluar dari Pas dan PKR tu, tinggalkan Pakatan Songsang kerana melihat pakatan itu seperti kayu yang dimakan bubuk. Luarnya kelihatan mantap dan teguh, tetapi di dalamnya penuh berlubang di sana-sini. Tak payah kerajaan BN nak rasuah mereka ni supaya meninggalkan pakatan songsang, mereka sendiri nampak kehaprakan parti yang mendewakan diri mereka sebagai telus, adil, bersih dan pelbagai retorik lain.
Dan Pak Hj tuduh bekas pemimpin ni terima habuan untuk tinggalkan pakatan songsang, Pak Hj ada bukti kukuh ke? Kalau tak ada bukti, itu namanya fitnah. Pak Hj tak nak ke mintak Presiden Pas nasihatkan Pak Hj pasal hukum memfitnah? Oppsss lupa, Pas dah ada Timbalan Presiden baru yang ada lesen besar untuk belasah orang. Pak Hj pun tumpang sekaki la juga ya...
Orang buat kat dia tak bolih,dia buat orang lain bolih kan !
BalasPadamTahniah atas ulasan tepat padat dan bernas.Saya amat teruja membaca rangkai kata dan hujah anda.
Syabas.
arjuna waspada.
changkat lobak.