ARTIKEL PANAS!!!

Rabu, 1 Jun 2011

DULU KUTUK TUN DR MAHATHIR...

Hari ni, 1 Jun 2011, dengan rasminya, tarif elektrik dinaikkan seperti yang diumumkan pada minggu lepas. Kenaikan adalah disebabkan TNB dah tak larat nak menampung kenaikan kos arangbatu dan gas yang menjadi sumber utama penjanaan elektrik mereka.

Maka, ramailah yang mengutuk kerajaan kerana kurang prihatin terhadap kesusahan rakyat (termasuklah kawan juga). Yalah, tauke-tauke kilang bangsa sepet tu, tunggu masa saja nak pindahkan beban kenaikan tarif elektrik kepada pengguna macam kita semua ni dengan menaikkan harga barang keluaran mereka.


Bila dah jadi macam ni, ada pulak member yang   memang kawan kenali sebagai penyokong kuat PKR mengeluh, kan bagus kalau EMPANGAN BAKUN dah siap. Tak ada lah TNB nak naikkan tarif elektrik pasal bila guna empangan hidro, kos penjanaan elektrik jadi lebih murah. Tak payah nak impot arang batu, tak payah guna gas lagi. TNB pun tak payah lagi beli elektrik dari IPP yang subsidinya dipertikaikan PR. Dalam ertikata lain, kerajaan jimat duit tak payah tanggung subsidi dan TNB pun jimat duit kerana tak terdedah dengan kenaikan harga arangbatu dan gas. Tenaga yang dijana dari Bakun pun katanya, cukup untuk menampung permintaan tenaga elektrik seluruh Malaysia.
Mak ai... Dulu, member ni lah yang kutuk Tun Dr Mahathir kononnya membazir buat Empangan Bakun tu. Kononnya, projek Bakun tu untuk mengkayakan kroni Tun M. Lepas tu kata, memusnahkan flora dan fauna di kawasan beribu hektar hutan simpan, menyusahkan kehidupan masyarakat Dayak yang kehilangan tempat tinggal dan tempat mencari rezeki turun-temurun dari nenek-moyang mereka dan Sime Darby rugi pasal "cost over-run".

La ni, dia pulak yang tak sabar-sabar menunggu bila Empangan Bakun nak mula operasi.

Tu la, yang dulu pergi kutuk Tun M macam-macam, buat apa! Member ni dan pemimpin PR boleh kata macam-macam pada Tun M, tapi sekarang, baru mereka nampak wawasan Tun M yang memandang jauh keperluan negara pada masa depan. Patutnya, orang macam mereka ni bersyukur kepada Allah S.W.T kerana mengurniakan seorang pemimpin yang mengutamakan kepentingan masa depan negara. Dan mereka juga harus berterima kasih atas keberanian dan kecekalan Tun M untuk meneruskan projek Empangan Bakun tu walaupun dibelasah dari segenap penjuru oleh pemimpin pemimpin PR.

Apapun, kawan ingin menzahirkan setinggi penghargaan  dan jutaan terima kasih kepada Tun M atas wawasan jauh beliau. Sesungguhnya kawan amat merindui kepemimpinan Tun M dan ramai lagi rakyat Malaysia yang lain yang kawan percaya, turut berkongsi pandangan yang sama dengan kawan. Semoga Tun M dikurniakan kesihatan dan dipanjangkan usia supaya kami masih boleh menerima tunjukajar dari Tun M. Jasamu pasti tidak akan kami lupakan dan hanya orang yang buta hatinya sahaja yang sanggup menidakkan sumbangan Tun M terhadap pembangunan negara ini....               

1 ulasan:

  1. inilah golongan2 yg melabelkan tun M ini Mahafiraun dan bermacam2 lg. Sekarang depa kena jilat balik semuanya sebab otak depa baru boleh fikir setelah berthn2 keja duk ngutuk. BODOH PIANG

    BalasPadam

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...