ARTIKEL PANAS!!!

Ahad, 29 Mei 2011

MAZLAN ALIMAN ANAK DIPUJI MELAMBUNG...

Bukan main lagi pembelit nombor wahid ni lambung Mazlan Aliman! Pasal nak tubuhkan Universiti Felda, terus si Mazlan ni dapat tabik spring Anwar. Anwar juga kata, si Mazlanlah orang yang bertungkus-lumus bawa perubahan ke dalam Felda.


Pertama sekali, kawan nak tanya, mampukah PR, si Mazlan dan Anwar nak menguruskan Universiti Felda? Tengoklah apa dah jadi dengan Unisel? Makin sehari, makin merudum. 
Sumber : Utusan Malaysia, 24/02/2011
Keduanya, apa sangat yang diubah oleh si Mazlan tu di dalam masyarakat Felda? Sekadar memecah-belahkan perpaduan orang Felda yang sudah hidup harmoni berpuluh tahun lamanya dan menaburkan pelbagai janji yang belum tentu boleh dipenuhi, itu dinamakan bertungkus-lumus?

Bagaimana pula dengan jasa Felda sendiri yang sudah berjaya mengubah nasib peneroka asalnya keluar dari garis kemiskinan dan generasi kedua serta ketiga Felda yang kini menjawat pelbagai jawatan tinggi dalam sektor awam dan swasta? Adakah selama ini Felda dan kerajaan BN mengabaikan kebajikan para peneroka dan keluarga mereka?

Dan Anwar pula berkata, "orang muda dikaitkan dengan idealisma, cita-cita murni benci dengan penyelewengan, rasuah dan kemungkaran". Fuh, sucinya kenyataan si pembelit ni. Idealisma apa yang dibawanya kepada golongan muda? Buat demonstrasi jalanan tak habis-habis? Penyelewengan apa yang tak dilakukan oleh Anwar dalam pemilihan PKR tahun ini? Bagaimana dengan Anwar dikatakan merasuah ketua bahagian Umno sehingga dikatakan berbelanja lebih RM100 juta untuk membeli undi bagi menjatuhkan Allahyarham Tun Ghaffar Baba sebagai Timbalan Presiden Umno? Kemungkaran? Anwar pergilah cermin diri sendiri dulu samada sesuci kain putih, barulah boleh bercerita pasal kemungkaran.

Kawan menyeru bahagian dan cawangan Umno di semua Felda di seluruh negara untuk memberikan penerangan terperinci terhadap dakyah si Mazlan Aliman ini. Dikhuatiri janji kosong Anak ini, apabila kerap diulangi, akan difikirkan sebagai betul oleh masyarakat Felda jika tidak dipatahkan oleh Umno dan BN. 

PR sedang giat menyerang kawasan Felda seluruh negara kerana mereka sedar, kekalahan mereka di dalam beberapa siri pilihanraya kecil sebelum ini adalah disebabkan kegagalan mereka meraih undi dari masyarakat Felda. Jika Umno dan BN tidak bertindak dari sekarang dan masih lena diulit mimpi dalam zon selesa, tidak mustahil undi masyarakat Felda yang selama ini menyokong penuh kerajaan BN, akan beralih kepada PR dalam PRU13 nanti.           

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...