ARTIKEL PANAS!!!

Isnin, 30 Mei 2011

NURUL IZZAH BERMIMPIKAN SULTAN MELAKA....

Kawan tak tau mimpi apa yang dialami anak papa, si Nurul Izzah ni malam semalam hinggakan hari ni dia menggigau, menyebut alangkah baiknya kalau Sultan Melaka masih ada hingga hari ini.


Nurul Izzah bertanya, jika Sultan Melaka masih memerintah hingga hari ini, adakah Sultan akan membina istana dengan kos yang meningkat hingga berbilion RM, adakah pembelian kapal selam pada harga berpatutan tanpa bayaran komisen dan pelbagai pertanyaan lagi. Anda boleh rujuk "pertanyaan" yang bermain di benak Nurul Izzah di bawah ini.


Kawan tak sangka, dalam sibuk Nurul Izzah, papa, dan suku-sakat serta kroninya ghairah nak menyamaratakan hak bangsa lain dengan orang Melayu, Nurul Izzah bermimpikan Sultan Melaka masih memerintah hingga sekarang. Kawan nak tanya Nurul Izzah, Sultan Melaka yang dimimpikannya itu bangsa Melayu atau bangsa Cina atau India. Sudah semestinya berbangsa Melayu kalau disorot sejarah Parameswara hinggalah Sultan Ahmad Shah.

Apabila Nurul Izzah mengakui ketuanan Sultan Melaka, bermakna Nurul Izzah mengakui ketuanan Melayu. Sultan Melaka dulu, rakyat majoritinya terdiri dari bangsa Melayu. Jadi jika Nurul Izzah menjadi rakyat Sultan Melaka, sudah semestinya Nurul Izzah ini adalah seorang Melayu.

Dan kawan pula nak bertanya, jika Sultan Melaka masih memerintah, adakah baginda Sultan akan membiarkan segelintir Melayu di negara ini membuat onar dengan bersekongkol dengan bangsa lain untuk menghapuskan hak Melayu?

Jika Sultan Melaka juga masih memerintah, Nurul Izzah rasanya sudah lama menjadi anak yatim. Kerana, Sultan Melaka mengamalkan undang-undang Islam. Di zaman kegemilangan Empayar Melayu Melaka, kesalahan berzina dijatuhkan hukuman sula sampai mati bagi mereka yang sudah berkahwin. 

Jika Sultan Melaka masih memerintah, baginda yang bersikap adil dan saksama pasti tidak akan membiarkan Saiful Bukhari Azlan ternanti-nanti keadilan dilaksanakan ke atas orang yang meliwatnya. Dan baginda sudah pasti akan memerintahkan sang peliwat menyerahkan DNAnya untuk dijadikan bahan bukti utama. 

Jika Sultan Melaka masih memerintah, adakah baginda akan membiarkan pembesar sepet mengurniakan tanah hingga 999 tahun kepada bangsa sepet dengan menggunakan memanda menteri yang cuma menjadi boneka?

Jika Sultan Melaka masih memerintah, baginda sebagai ketua agama Islam negara, adakah akan membiarkan sahaja ayat Al-Quran dibaca dan diterjemah sesuka hati oleh Cina Sepet Komeng?

Jika Sultan Melaka masih memerintah, adakah tergamak baginda membiarkan rakyatnya menggunakan air paip berkeladak seperti teh susu selama berpuluh tahun lamanya?

Kawan percaya, jika Sultan Melaka masih memerintah, keluarga Nurul Izzah adalah keluarga pertama akan dibuang negeri kerana telah banyak menimbulkan huru-hara dan kesusahan serta menggugat perpaduan rakyat jelata. 

Jadi, Nurul Izzah sepatutnya bersyukur kerana zaman pemerintahan Sultan Melaka sudah lama berakhir menyebabkan keluarganya masih berleluasa menyebarkan fitnah dan pembohongan hingga menyebabkan rakyat hidup dalam keresahan...           

2 ulasan:

  1. salam Bro..
    dan jika sultan melaka masih wujud...
    hukuman sula akan berlaku dikhalayak ramai...
    penerimanya adalah papa hebat...
    hahaha...bangang punya anak papa

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye ke bro, kalau fitnah camane pulak?

      Padam

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...