ARTIKEL PANAS!!!

Ahad, 12 Mei 2013

TAKKAN MENTARI MENDUNG SELAMANYA...

Kawan sungguh bersimpati dengan bencana yang menimpa bekas Ketua Menteri negeri kelahiran kawan, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Tiada siapa yang menduga bahawa seorang Ketua Menteri yang amat berjasa membangunkan negeri kecil yang tiada hasil bumi itu, tumbang di kawasan kampung halamannya sendiri. Tumbangnya pula adalah kepada manusia kerdil yang langsung tiada memberikan sumbangan untuk pembangunan negeri Melaka, sebaliknya hanya tahu berceramah dan berdemonstrasi.

Isnin, 6 Mei 2013

KALAU DAH KEMARUK...

Si anugerah Tuhan parti keldai dengan bingkas mengumumkan bahawa dia tidak menerima keputusan PRU13 dan mendakwa SPR merencana undi untuk memberi kemenangan kepada BN. Dalam ertikata lain, dia sendiri tidak mengiktiraf keputusan kemenangan dia di Parlimen Permatang Pauh, menewaskan calon BN, Dr Mazlan Ismail dengan majoriti 11,721 undi.

Ahad, 5 Mei 2013

LU SIAPA NAK JAGA TEPI KAIN WA???

Kawan betul-betul tengah panas ni!!! Di tengah-tengah kesibukan rakyat Malaysia keluar mengundi pagi ni, ada pulak sekor malaun mat saleh ni yang bersuara kononnya bimbang PRU Malaysia diselubungi penipuan. Ek eleh... dari menyibuk campur urusan pilihanraya negara orang, pergi semak sistem pilihanraya negara kau sendiri. Dah bersih sangat ke?

Jumaat, 3 Mei 2013

DIA DAH BOLEH KELUAR FATWA LA....

Terus-terang kawan katakan, kawan memang merasa kagum yang teramat sangat kat parti terlebih Islam ni. Sesiapapun yang menyertai parti ni, tak kira dari latarbelakang apa sekalipun, tak kira sedangkal mana ilmu agamanya pun, pasti akan menjadi suci bersih seperti bayi yang baru dilahirkan. Jika ada kekotoran ataupun dosa silam, pasti akan terampun sebaik sahaja insan berkenaan menyerahkan borang keahlian parti ini.

DAH TAKDE MODAL LAIN KE???

Buat hari kedua berturut-turut, kawan menerima sms pada subuh hari dari nombor yang tak dikenali. Isi kandungannya apa lagi, nak burukkan kerajaan BN lah!!! Dahtu, guna nombor pelik bermula dengan +88. Ada kawan yang beritahu, biasanya nombor camni adalah nombor bagi kad SIM dari Bangladesh. Kalau benar, memanglah pengirim sms ni bacul, tak berani mendedahkan diri sebenar.

AIK, SUDAH TUKAR KA???

Kawan tengah pening ni.... Hampir-hampir nak dapat migrain pulak. Konfius pun ada. Mana satu kawan nak percaya, kawan pun tak tau nak kata. Dulu bukan main lagi dia belasah kita. Sekarang ni, sedar tak sedar, dia pun dah senada dengan kita nampaknya.

Rabu, 1 Mei 2013

HABISLAH, PAS DAH TERLONDEH...

Orang UMNO/BN dikatakan jahil dan tak tahu apa-apa pasal agama Islam. Sebab itu, bila orang UMNO bersuara pasal hal-ehwal Islam, pentaksub tegar Pas akan basuh cukup-cukup kerana pengetahuan ilmu agama orang UMNO amat cetek dan langsung tak setaraf dengan tok-tok guru mereka. Boleh disimpulkan, tok-tok guru dan pentaksub tegar Pas ni, ilmu agamanya tahap super-duper, tak ada tolok bandingnya. 

Isnin, 29 April 2013

DULU BENCI, SEKARANG....

Insan ini satu ketika dahulu, diwar-warkan oleh pentaksub totok pakatan haram sebagai salah seorang anggota konspirasi dalam kes liwat pertama si anugerah Tuhan mereka. Rasanya, bertingkat-tingkat cacian, kutukan dan makian dihamburkan kepada insan ini. 

BUSUKNYA TEMBELANG PEREMPUAN NI!!!

Mintak maaflah... Ni bukan kawan yang cakap atau mereka cerita. Fakta ni diberitahu oleh bekas kakitangan parti keldai sendiri. Takkanlah bekas kakitangan nak buat fitnah kat bos atasan dia. Dah tu, kenyataan ni dibuat bukan dalam akhbar "belaan" UMNO seperti Utusan Meloya ataupun Berita Hairan, tetapi di dalam web pendokong Pakatan, Free Malaysia Today... Takkan orang pakatan tak nak percaya pulak?

Ahad, 28 April 2013

INDAHNYA MIMPI INI...


PR ni selalu mendakwa kononnya dioranglah yang pakar dalam semua benda. Apa saja yang kerajaan buat, semuanya salah. Habis dibalunnya setiap rancangan kerajaan. Dalam masa yang sama pulak, diorang perkenalkan cadangan alternatif, kononnya bagi mengatasi kekusutan yang disebabkan oleh program yang direncanakan kerajaan.

Sabtu, 27 April 2013

MANA SATU YANG BETUL NI???

Kawan betul-betul tak faham... Dua minggu lepas, dia cakap lain. Hari ni dia cakap lain pulak. Yang peliknya, apa yang dicakapkannya tu, makin susut dalam tempoh cuma dua minggu. Dua minggu lepas, bukan main konfiden lagi dia, hari ni cam dah was-was pulak dah...

Jumaat, 19 April 2013

DIA BUAT MUKA KESIAN PULAK DAH!!!!

Alamak, sayu betul dia... Macam orang kehilangan bini pulak. Tapi, dia buat muka kesian gaya mana pun, kawan langsung tak kesian kat dia ni. Kawan nak kata padan muka, ada lah... Orang cam dia ni dan suku-sakat dia, tak layak langsung diberikan simpati... Biarkan dia merana dan meratap nasib malang dia...

Khamis, 18 April 2013

BENGONGNYA CINA TOKONG NI...

Kawan dah tak tahu nak kata apa kat Cina tokong sorang ni. Nak kata bodoh, ada kelulusan universiti berjela-jela. Nak ketawa, lawak yang dibuatnya ni semuanya lawak bengap. Nak marah, taraf dia tinggi tu... Ketua Menteri... Nanti kata tak hormat orang bergelar Yang Amat Berhormat pulak...

Rabu, 17 April 2013

MOTHER OF ALL BATTLES...

Dengan hari penamaan calon semakin hampir tiba pada Sabtu (20/04/2013) ini, para pemerhati politik dan pengundi mula mencongak beberapa pertarungan besar yang dijangka akan berlaku selepas BN dan PR mengumumkan nama calon-calon yang akan dipertaruhkan untuk mengibarkan cabaran parti masing-masing. 

LA... TAK HABIS-HABIS LAGI???

Si tua kutuk sepet DAP ni, masih lagi tak puashati. Tak habis-habis dia membebel pasal nak kena berentap dengan MB Johor, Datuk Ghani Othman. Kali ni, Tun Dr Mahathir dengan Tok Najib pulak jadi sasaran kemarahan dia. 

Selasa, 16 April 2013

ALAMAK!!! PERASANNYA DIA... KESIAN!!!

Kawan berasal dari Melaka. Walaupun dah hampir 20 tahun menetap di selatan Semenanjung, Melaka tetap di hati kawan. Kawan sering mengikuti perkembangan yang berlaku di negeri kelahiran kawan itu. Dan kawan amat berbangga dengan pembangunan pesat yang dinikmati oleh negeri Hang Tuah itu, hasil dari kebijaksanaan pentadbiran Ketua Menterinya, Datuk Seri Hj Mohd Ali Rustam.

Isnin, 15 April 2013

DIA SUDAH NAIK ANGIN LA...

Habislah MCA kali ni... Ada orang sudah betul-betul naik hangin dengan parti komponen BN ni. Hajat orang ni nak berentap dengan calon MCA kemungkinan besar tak kesampaian. Sebab itulah, berapi-api dia meluahkan kemarahan dia pada MCA.

PAKATAN YANG TAK SEPAKAT

Bagus, bagus... Makin lama makin banyak pulak... Tapi, kalau lebih banyak, lebih bagus... Masalahnya, apa yang bagus sangat tu?

Sabtu, 13 April 2013

ULAMA PAS HAMPIR SAMPAI TARAF MAKSUM?

Kawan tertarik dengan satu artikel yang terdapat dalam laman Facebook rasmi Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Dalam artikel berkenaan, penulis berkenaan mempertikaikan cercaan, makian dan kata-kata menghina MB Kelantan yang dilemparkan oleh lawan Nik Aziz kepadanya.

AKU MENULIS BUKAN KERNA NAMA...

Kawan mendapati, sejak parlimen dibubarkan oleh PM pada 3 April lepas, kempen media siber semakin agresif momentumnya. Dalam keghairahan memperjuangkan fakta untuk memastikan kemenangan parti yang disokong, pelbagai pendedahan telah dibuat bagi menjatuhkan kredibiliti lawan, baik yang pro BN mahupun PR.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...