ARTIKEL PANAS!!!

Isnin, 2 Mei 2011

JENAZAH OSAMA BIN LADEN DISEMADIKAN DI LAUT?


Presiden US, Barrack Obama mengumumkan bahawa penjenayah yang berada dalam senarai teratas paling dikehendaki oleh US, Osama ben Laden telahpun dibunuh oleh sepasukan tentera Amerika, awal pagi tadi di sebuah rumah agam di luar Islamabad, Pakistan.

Gambar yang kononnya menunjukkan jenazah Osama ben Laden
Apa yang menyedihkan ialah, US menyebut bahawa jenazah Osama telah disemadikan di laut berikutan keengganan banyak negara untuk menerima jenazahnya untuk disemadikan di negara mereka (sumber : Berita Harian, klik di sini).  

Jika benar ini berlaku, ianya merupakan satu penghinaan kepada negara-negara Islam. Walaupun Osama dilabelkan sebagai seorang pengganas, tidak bolehkah jenazahnya dikebumikan mengikut syariat Islam. Apa yang negara-negara Islam terutamanya negara-negara Arab perlu takutkan hinggakan untuk mengebumikan seorang Islam pun perlu mendapat persetujuan US?

Dalam konteks ini, Malaysia nyata lebih berperikemanusiaan apabila membenarkan jenazah Allahyarham Nordin Md Top, pakar bom yang meletupkan hotel di Jakarta dan juga Bali, di bawa balik untuk disemadikan di kampung halamannya di Jasin, Melaka. Allahyarham Nordin terbunuh dalam kejadian tembak-menembak dengan polis Indonesia di sebuah kampung di Jawa Tengah pada tahun 2009.

Sementara itu, US mula memperketatkan kawalan ke atas kepentingan strategiknya di seluruh dunia berikutan pembunuhan Osama itu. Nyata, pembunuhan Osama tidak mungkin memadamkan terus aktiviti keganasan seluruh dunia, malahan ianya mungkin akan melahirkan lebih ramai Osama baru. Dan US akan terus dihantui oleh bayang-bayang keganasan yang dimomokkan oleh mereka sendiri.... 

                   

2 ulasan:

  1. Salam...
    Gua sudah linkkan blog kita...jeep merah gua pun sudah gua masukkan dalam lu punya follower. Cuma lu belum jadi follower Ujang lagi Bro.....
    Selamat aktif berblog, demi memperjuangkan negara dan bangsa...

    BalasPadam
  2. tq tuan ujang... nanti kawan masuk jadi follower awak jap lagi...

    BalasPadam

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...