Raja Petra Kamarudin (RPK) pada satu masa dijulang sebagai pendokong reformasi nombor 1 di Malaysia. Laman web yang dikendalikannya, Malaysia Today, menjadi antara laman web yang paling popular di Malaysia, terutamanya di kalangan penyokong PR.
Setiap artikel yang ditulisnya, pasti mengundang ratusan komen dari peminat-peminat reformasi. Apa tidaknya, setiap tulisannya yang mengutuk kerajaan BN bagaikan satu senjata kepada penyokong PR untuk membelasah kerajaan. Tidak dapat dinafikan, Malaysia Today adalah antara laman web yang memainkan peranan besar menyampaikan maklumat tentang "penyelewengan" kerajaan BN sehingga membawa kepada jatuhnya 4 negeri serta pertambahan kerusi Parlimen ke tangan PR dalam PRU12 pada Mac 2008.
Selain itu, Malaysia Today juga memainkan peranan besar dalam mendedahkan "kebobrokan" kepemimpinan Pak Lah dan keluarga hingga menyebabkan Pak Lah mengambil keputusan mengundurkan diri dari jawatan Perdana Menteri pada April 2009.
Itu cerita dulu.... RPK, sebelum pilihanraya umum DUN Sarawak bulan lepas telah melakukan dosa yang amat besar kepada penyokong PR. Kalau setakat muncul ditemuramah di TV3 rasanya, boleh diampunkan lagi. Sebaliknya, RPK menggugurkan bom atom kepada Anwar bahawa dia tidak pernah menuduh Perdana Menteri dan isteri terlibat dalam pembunuhan Altantuya seperti yang kerap dicanangkan oleh Anwar dan penyokong-penyokongnya.
Berikutan itu, Anwar yang ketika itu sibuk berkempen di Sarawak, ketika diminta mengulas mengenai dakwaan RPK itu oleh wartawan memberitahu yang dia akan menjawab dakwaan RPK selepas pilihanraya berkenaan. Namun, sudah sebulan berlalu, Anwar masih gagal menjawab dakwaan RPK itu. Ternyata penangan bom atom RPK begitu sukar untuk ditangani oleh Anwar.
Sejak dari tayangan temuramah RPK di TV3 itu, dia yang dulunya menjadi hero PR dalam sekelip mata bertukar menjadi musuh nombor wahid penyokong PR.
Kawan dah lama tak masuk ke web Malaysia Today. Sebentar tadi, tergerak masuk meninjau laman web yang tak pernah sunyi dengan kontroversi itu. Terperanjat besar kawan bila tengok posting RPK sekarang ni, paling banyak pun mengundang 30 komen. Satu keadaan yang tak pernah terfikir dek akal.
Kalau dulu, nak menghabiskan baca komen dalam setiap satu artikel RPK, pasti ambil masa lebih setengah jam, kini dah boleh habis baca semua artikelnya cuma dalam masa beberapa minit saja.
Nyatalah, penyokong PR sudah berpatah arang dengan RPK. Itulah resam PR, siapa sokong dia, pasti diangkat jadi hero; siapa yang kutuk, walaupun untuk kebaikan, maka jadilah penyangak macam dalam filem Tamil. Pendek kata, siapa nak sokong PR, kena cakap yang baik-baik saja. Yang buruk-buruk, semuanya "reserve" untuk belasah Umno & BN.
Maka tak hairanlah, makin ramai pemimpin yang dulunya mendakwa orang kanan Anwar, seorang demi seorang meninggalkan kapal PKR. Yang terbaru dengarnya, Che'gu Bard pun nak angkat kaki. Kita sama-samalah tengok apa kesudahan drama kapal PKR dan PR ni....
hishamudin rais pernah derhaka pada tunku. bertahun merempat di negera orang. apabila nwar menjadi tim perdana menteri, itu orang dipanggil dengan penuh takzim agar balik ke malaysia. dan kini dia menjadi pendokong setia kepada nwar. raja perta bosnya adalah nwar. dahulu dia menikam tdm, pak lah, najib dan sekarang dia telah menikam bosnya sendiri, kepada siapa dia mhu bergantung harap. itulah kalau perjuangan berlandaskan nafsu serakah, kebenaran diketepikan matlamat menghalalkan cara, akhirnya kebenaran juga yang kena telan. pahit. tapi siapa mahu selamatkan u. mungkin tunggu kitol jadi menteri kot. kitol pun belum tentu selamat. berani buat berani tanggung, kalau takut bermain ombak jangan berumah di tepi pantai, tapi orang dulu tidak tahu ada tsunami kalau depa tahu ada tsunami depa tak kan duat rumah kat tepi pantai.
BalasPadam