ARTIKEL PANAS!!!

Khamis, 5 Mei 2011

TENANGNYA SEORANG MUFTI

Laman web Malaysian Insider mengeluarkan kenyataan Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya (klik sini) yang bertanya, "kenapa ada pihak yang  melenting bila beliau mengatakan yang pihak yang menentang perpaduan Umno dan Pas adalah pengkhianat Islam.

Hujahnya, ini adalah negara demokrasi dan beliau bercakap mengikut nas Al-Quran dan hadis. Mengikut Dr Juanda, Pas boleh menyumbang banyak kepada pembangunan negara.  


Itulah masalahnya di Malaysia ni. Sesetengah golongan  merasakan merekalah yang lebih berilmu dari orang lain hingga cepat saja menyanggah pandangan orang lain yang tidak sekufu dengan mereka.

Dr Juanda juga dituduh kononnya menjadi talibarut Umno sedangkan pendapat yang beliau keluarkan adalah atas kedudukannya sebagai seorang Mufti.

Selepas Perak jatuh ke tangan PR pada PRU 12; Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria "dibelasah" hebat oleh media pembangkang kerana cuba mengusahakan pembentukan kerajaan Umno dan Pas di Perak. 

Sekarang, dalam sekelip mata, Harussani menjadi wira PR kerana membantah isu video seks yang sedang hangat diperkatakan sekarang.

Itulah dia resam PR. Semua orang mesti memberi pendapat yang selari dengan pandangan mereka. Kalau tidak, pelbagai kutukan dan sindiran dilemparkan kepada orang berkenaan tanpa mempedulikan tahap ilmu orang berkenaan.

Kalau beginilah jadinya, sampai bila pun DAP akan ketawa besar dan bertepuk tangan. DAP akan kata, "bagus, bagus... lawan lah lagi... sementara lu gaduh, kita sapu semua".

Kata Tan Sri Dato' S M Salim : APA DAH JADI????                       

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...