ARTIKEL PANAS!!!

Selasa, 3 Mei 2011

AMK TAK AKAN MINTA MAAF

Malaysian Insider melaporkan (klik di sini) bahawa ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin tidak akan meminta maaf atas kekecohan yang berlaku di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul selepas solat Jumaat minggu lepas.

Katanya, AMK tidak pun menghalang Datuk Eskay dari melafazkan sumpah mubahalah kerana akhirnya, Datuk Eskay berjaya juga melaksanakan upacara sumpah itu. 


Kawan tak tahulah, kalau dah terpekik-pekik di dalam masjid tu, bukan buat kecoh namanya. Sampai ada yang memaki dengan perkataan "babi" di dalam masjid itu, pun tak kecoh juga? Umno dan Perkasa juga yang dipersalahkan oleh Shamsul?

Kawan tak faham, sebelum ini AMK menjaja ke seluruh negara bahawa orang yang menjadi subjek video seks yang ditayangkan trio Datuk T, bukannya pun ketua mereka. Jadi, apa perlunya mereka masuk ke dalam masjid membuat bising pada ketika Datuk Eskay dijadualkan membuat sumpah laknat itu? Apa yang perlu ditakutkan kerana yang bersumpah itu ialah Datuk Eskay. Jika tuduhannya tidak benar, maka laknat Allah S.W.T akan tertimpa ke atasnya, bukan ke atas ketua Shamsul.

Keduanya, masa Saiful Bukhari Azlan membuat sumpah laknat mendakwa dia diliwat oleh Anwar dulu, tak ada pula gerombolan AMK datang membuat kecoh di masjid tempat Azlan bersumpah. Sumpah Saiful rasanya jauh lebih berat dari Datuk Eskay kerana kes itu telah mula dibicarakan di mahkamah sedangkan kes video ini, belum ada sebarang pendakwaan pun yang dilakukan. Jika adapun, yang bakal didakwa ialah trio Datuk T. Jadi, apa perlunya mereka menghalang Datuk Eskay pada kali ini?

Kawan puas mencari kewajaran kenyataan Shamsul itu namun tak berjumpa walau sedikitpun. Ada sesiapa yang boleh terangkan?     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...