ARTIKEL PANAS!!!

Jumaat, 6 Mei 2011

DAP MAKIN TERSEPIT


Pendedahan Penguasa Kanan SPRM Putrajaya, Ahmad Shafik Abdul Rahman dalam prosiding siasatan Suruhanjaya Diraja Kematian Teoh Beng Hock, bahawa kematian Beng Hock menutup terus siasatan SPRM ke atas Exco Selangor dari DAP, Ean Yong Hian Wah  nampaknya telah memusingkan 360 darjah pembelitan DAP selama ini bahawa SPRM adalah "pembunuh" Beng Hock.


Dengan kematian Beng Hock, SPRM tidak dapat meneruskan siasatan kerana Beng Hock dianggap sebagai "saksi utama" dalam mendedahkan penyalahgunaan kuasa Ean Yong apabila kontrak kerja kelas F yang hanya boleh diberikan kepada syarikat Bumiputera diambil oleh syarikat bukan Bumiputera yang pemiliknya mempunyai hubung-kait dengan DAP.

Orang yang mendapat kelebihan dengan kematian Beng Hock adalah Ean Yong sendiri, kerana secara tidak langsung, dia terlepas dari siasatan lanjut kerana ketiadaan saksi. Kawan bukannya pakar dalam hal berkaitan jenayah tetapi apa yang kawan belajar dari siri Crime Scene Investigation (CSI) di Astro, itu dinamakan sebagai motif.

Kawan juga tidak faham mengapa pihak atasan Ahmad Shafik mengarahkan supaya siasatan ke atas Ean Yong cuma dihadkan kepada Seksyen 18, Akta SPRM atas kesalahan tuntutan palsu sedangkan wujud kemungkinan untuk menyiasat Ean Yong atas dakwaan salahguna kuasa di bawah Seksyen 23. Alasan bahawa kematian Beng Hock menjadi sebab mengapa siasatan tidak diteruskan boleh dipertikaikan kerana, mungkin ada cara dan saksi lain yang boleh digunakan untuk mendapatkan bukti yang lebih kukuh bagi mendakwa Ean Yong.

Apa pun, DAP tidak lagi boleh mendakwa bahawa merekalah yang mengamalkan pemerintahan bersih dari rasuah dan salahguna kuasa kerana pendedahan dalam prosiding ini membuktikan bahawa DAP juga sinonim dengan apa yang didakwanya penyelewengan kerajaan BN turut sama berlaku dalam kerajaan PR yang didokong DAP. Itu baru projek kelas F, belum lagi projek-projek besar yang lain.

Kawan tidak berniat untuk mendahului siasatan suruhanjaya berkenaan tetapi sekiranya diputuskan dalang di sebalik kematian Beng Hock adalah DAP, apa agaknya reaksi keluarga Beng Hock? Selama ini, mereka telah diusung ke sana ke mari oleh DAP untuk mempolitikkan kematian Beng Hock sedangkan DAP sendiri mempunyai "saham" yang menjurus kepada kematiannya.

Dan kawan juga ingin bertanya mengapa DAP membisu dalam kes kematian Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed, Penolong Pengarah Kastam Selangor di pejabat SPRM Kuala Lumpur bulan lepas? Adakah kerana mangsa bukan ahli DAP membuatkan DAP senyap memperjuangkan nasib keluarga mangsa? Atau juga mungkin kerana Allahyarham bukan berbangsa Cina?

Juga, dalam kes kematian Allahyarham adik Saiful Syazani yang berumur 7 tahun, yang meninggal dunia selepas teruk dibelasah dan didera oleh warden asramanya di sekolah kelolaan sekutu DAP dalam PR iaitu PAS? Apa yang DAP telah buat untuk memperjuangkan keadilan bagi keluarga mangsa? Tak usahkan hendak menolong, sebaliknya, tak sepatah perkataan pun keluar dari mulut pemimpin DAP mengutuk perlakuan "binatang" warden berkenaan.

Kalau itupun bukan lagi membuktikan bahawa DAP lebih rasis dari UMNO yang memperjuangkan nasib Melayu, kawan tak tahu nak kata apa lagi. Bagi Melayu yang mendokong DAP, sedarlah. DAP hanya berminat kepada undi anda sahaja dan bukannya hendak sangat menolong orang Melayu. Jangan gadaikan masa depan keturunan anda kepada opportunis DAP!!!!
               

1 ulasan:

  1. anti pembelit06 Mei, 2011 13:57

    DAP hanya berminat perjuangkan isu yg boleh dipolitikkan saja. bukannya ikhlas pun. kena batang hidung depa, buat bodoh saja la!!!

    BalasPadam

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...