ARTIKEL PANAS!!!

Jumaat, 20 Mei 2011

KOPI DNA BABI, ANDA PERNAH MINUM?

Malaysian Insider hari ini menyiarkan berita 3 orang pengarah syarikat Rail Passion Sdn Bhd, pemilik kopitiam jenama Kluang Rail Coffee didakwa di Mahkamah Majistret Kluang kerana menjual kopi yang mengandungi DNA babi di kopitiam berkenaan.


Kluang Rail Coffee diasaskan dari sebuah kopitiam terkenal yang beroperasi sejak puluhan tahun dahulu di Stesyen Keretapi Kluang. Kopitiam berkenaan memang terkenal dengan keenakan roti bakarnya yang disapu dengan kaya buatan sendiri pemilik kopitiam berkenaan dan juga kelazatan kopi "o"nya yang sukar dibandingkan dengan tempat lain.

Kopitiam ini diasaskan oleh keluarga Lim dan mula beroperasi pada tahun 1938. Ia pernah menjadi subjek rancangan Majalah 3 yang disiarkan TV3 beberapa tahun lepas. Ketika itu, kopitiam ini diuruskan oleh generasi ketiga Lim yang diberitakan memeluk Islam dan berkahwin dengan wanita Melayu.

Bagaimanapun, apabila perniagaan ini dikembangkan ke seluruh Johor pada mulanya, pengurusan syarikat induknya diterajui oleh tiga bersaudara yang didakwa ini.

Kawan merasa kesal kerana perkara ini terjadi ke atas umat Islam yang entah berapa ramai pernah mengunjungi dan menikmati kopi di kopitiam berkenaan. Kejadian ini, menunjukkan bahawa pemilik kopitiam tidak ambil kisah tentang kesucian makanan dan minuman yang dihidangkan kepada umat Islam.

Kawan juga merasa teramat kesal terhadap sebahagian umat Islam yang tidak langsung peka dalam memilih restoran untuk menjamu selera. Kawan perhatikan, di bandar dan pekan mana pun yang kawan pergi, mesti ada umat Islam yang begitu senang hati menjamu selera di premis milik bukan Islam. 

Taktik pemilik restoran bukan Islam ini, begitu mudah. Letakkan 2-3 orang pelayan kaunter makanan yang bertudung warga Indonesia, berduyunlah orang Islam datang menjamu selera. Yang datang itu pula, hampir kesemuanya tidak pernah bertanya siapakah yang memasak makanan di restoran berkenaan, apakah bahan masakannya, bagaimana dengan peralatan memasak yang digunakan dan soalan lain yang perlu bagi memastikan kesucian makanan berkenaan.  

Umat Islam pun tidak mahu menyelidik lebih lanjut. Asal nampak saja pelekat tanda halal, terus masuk ke dalam restoran walaupun pelekat itu dikeluarkan oleh badan yang entah apa-apa dan bukannya Jakim.

Bayangkan berapa banyak keuntungan yang dijana oleh pemilik-pemilik restoran seperti ini? Dan sebahagian besar keuntungan itu datangnya dari pelanggan beragama Islam yang alpa tentang kepentingan aspek kesucian makanan dan minuman mereka.

Umat Islam mulai sekarang mestilah lebih berhati-hati dalam memilih tempat untuk menjamu selera. Kalau boleh, elakkanlah mengunjungi premis kepunyaan bukan Islam walaupun mereka meletakkan petugas Muslim di kaunter. Begitu juga apabila mengunjungi hotel untuk makan tengahari dan malam. Periksalah laman web Jakim ataupun Jabatan Agama Islam negeri bagi memperolehi senarai hotel yang mempunyai sijil pengesahan halal yang dikeluarkan Jakim atau Jabatan Agama Islam negeri.

Umat Islam harus sedar, apa yang kita makan dan minum kelak menjadi darah-daging kita. Sekiranya kita pernah mengambil makanan yang tidak halal disebabkan kelalaian kita dan kemudiannya, memperolehi zuriat. Apabila anak itu besar dan mempunyai akhlak yang kurang baik, tidak berdosakah kita sebagai ibubapanya?

Kawan memang telah lama mengelak untuk makan di premis bukan Islam. Sekiranya terpaksa juga, kawan akan mencari alasan untuk menukar tempat ke restoran yang diyakini halal seperti milik orang Islam. Pilihan pun banyak sekarang. Kalau teringin menikmati makanan segera, pilihlah tempat seperti KFC dan Pizza Hut yang dimiliki oleh JCorp (anak syarikat kerajaan negeri Johor) ataupun A&W yang dimiliki oleh KUB.


Sudah sampai masanya umat Islam mementingkan halal-haram dalam memilih makanan dan minuman. Biarlah kita makan di tempat yang menunya kurang sedap milik Muslim berbanding makanan sedap di tempat bukan Islam. Ingatlah, masa depan generasi Islam di negara ini adalah tanggungjawab kita.       

           

3 ulasan:

  1. salam, blog tuan sudah dipaut

    BalasPadam
  2. The increase in the price of foodstuff in Malaysia is manipulated by the Chinese.
    We all know that the Chinese community in Malaysia controls the import and distribution of food.
    It looks like the Chinese are purposely increasing the price of food so that the general public will be angry with the government and not vote for the ruling party in PRU13 and instead vote for the opposition. This is what the Chinese DAP is doing at present.
    The Chinese DAP with the help of the stupid Malays in PAS and PKR can then win the PRU13 and rule Malaysia just like Singapore!
    I suggest stupid Najib not to be so stupid. Just increase the subsidies and bring the price of essential goods down for now to make the rakyat happy. Then have the PRU13. Win comfortably with 2/3 majority. Then you can take away the subsidies and hike the price of essential goods for all we care.
    Those who make noise, shut them up in ISA. Be firm and take no nonsense and act juat like the Singapore government did.
    Then Malaysia will be in good hands.

    BalasPadam
  3. Salam tuan,

    Artikel tuan memang ada kebenarannya. Umat Islam di Malaysia sudah tidak lagi kritikal tentang apa yang mereka masukkan kedalam mulut mereka dan seterusnya jadi sebahagian dari darah daging mereka.

    Saya cuma beli ayam dan daging dari peniaga di pasar yg dapat menyakinkan saya yg mereka pasti dengan sembelihan bahan mentah terebut. Saya akan makan di restoran muslim setelah saya interview tuan punya premis tersebut. Saya tidak lagi membenarkan anak-anak saya membeli makanan di kantin sekolah.

    Semuanya dilakukan untuk mengelakkan bahan-bahan yg syubah menjadi darah daging kita. Semuanya dengan harapan agar ibadah dan doa diterima Allah. Apalah sangat glamour yg dikejar untuk kelihatan hebat makan ditempat-tempat tertentu kalau nak dbandingkan dengan keredhaan Allah.

    zahimi

    BalasPadam

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...