ARTIKEL PANAS!!!

Selasa, 17 Mei 2011

RAJA PETRA BERSATU DENGAN WIKILEAKS

Laman web Malaysia Today menyiarkan laporan yang dipetik dari Harakahdaily mengenai memorandum persefahaman yang ditandatangani oleh Raja Petra Kamarudin (RPK) dan pengasas Wikileaks, Julian Assange.


Nampaknya, selepas ini, Malaysia akan lebih terkenal di mata dunia sebab lebih banyak "cerita dalam kain" akan dibocorkan oleh RPK kepada Wikileaks.    

Telahan pertama kawan, makin rancaklah kerajaan BN kena serang selepas ini. Jabatan dan agensi kerajaan nampak gayanya kenalah mengetatkan prosedur penyimpanan dokumen penting mereka jika tidak mahu dokumen berkenaan menjadi "glamor" di dunia internet. 

Kawan tertarik  nak tengok samada RPK akan menggunakan "kemudahan" Wikileaks ini nanti untuk membelasah PR sama.  Yalah, dengarnya Anwar Ibrahim dah tak boleh tengok muka RPK lagi selepas wawancara TV3 yang disiarkan sebelum pilihanraya umum DUN Sarawak bulan lepas.

Setakat cerita komisen kapal selam Scorpene, konspirasi pembunuhan Altantuya dan pelbagai lagi "pekong" Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah, memang dah lama dijaja oleh RPK.

Ada ke tidak nanti pendedahan tentang cerita video seks terhangat di pasaran ketika ini. Itu yang kawan nak tunggu sangat komen Wikileaks nanti. Kepada RPK, memandangkan awak dah bergiat dalam Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM) yang dengarnya tak sebulu dengan BN dan PR, kawan nak tunggu "pembelasahan yang adil" ke atas kedua-dua belah pihak. 

Juga nak juga tunggu komen RPK atas kes salahlaku seks Assange di Sweden.... Itupun kalau RPK berani komen la...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...