ARTIKEL PANAS!!!

Khamis, 19 Mei 2011

"ANAK SULUNG" RPK & WIKILEAKS!!!

"Perkahwinan" di antara Raja Petra Kamarudin (RPK) dan Wikileaks telahpun melahirkan anak sulung mereka. Kawan memang dah agak, perkahwinan ini akan melahirkan "ramai" anak dalam masa yang singkat. Dan "anak-anak" itu akan melondehkan dan menjatuhkan imej Malaysia di mata dunia.




Dan seperti telahan kawan, mangsa utama RPK adalah DS Najib dan kerajaan BN. Dan untuk projek sulung RPK & Wikileaks ini, subjek utama mereka adalah "kroni" kerajaan BN sekarang.  

Yang menyakitkan hati, keseluruhan artikel di Malaysian Insider ini, bercerita tentang apa yang diperolehi oleh seorang Melayu, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary. Bilionair kaum Cina hanya disebut namanya di dalam artikel ini dan tak disentuh langsung tentang projek yang diperolehi mereka dari kerajaan. 

Nampaknya, Malaysian Insider cuba untuk mengapikan pembaca terutamanya kaum Cina bahawa orang Melayu yang beroleh banyak keuntungan dari projek yang dikurniakan kerajaan. Dan senanglah nanti, DAP menggunakan artikel ini untuk meraih simpati dan undi kaum Cina.

Kawan ingin melemparkan cabaran serius kepada RPK dan Wikileaks, dedahkan berapa banyak kekayaan Anwar Ibrahim dan dari mana datangnya sumber kewangan Anwar!!! Takkan dari 4,000 kabel yang dibocorkan kepada Wikileaks, satupun tak ada yang berkaitan dengan si "anugerah" itu?

Kawan juga ingin melontarkan cabaran kepada RPK untuk mendedahkan siapakah pula kroni DAP di Selangor dan Pulau Pinang serta kroni Pas di Kedah dan Kelantan.

Kawan rasa, kalau cabaran kawan disambut pun, kemungkinannya, adalah pendedahan yang ke 3,999 dan 4,000. Kalau begitu caranya, tak payahlah tubuhkan MCLM. Kata pergerakan berkecuali, tapi setiap pendedahan cuma babitkan BN, sedangkan nama PR cukup takut atau pantang untuk disebut. Bukan anak jantanlah namanya jika begitu...

Untuk baca artikel penuh golongan "inner-circle" Najib, sila klik laman Malaysia Today di sini.  

        

1 ulasan:

  1. bagi melunaskan kekecewaannya kerana menembak bapa bai tapi tidak dilayan olih umno maka raja pitnah keparat telah kembali menembak umno dengan peluru penabur. inilah kehidupan.

    BalasPadam

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...