Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini menunda rancangan mereka untuk mengadakan demonstrasi membantah di hadapan ibupejabat akhbar Utusan Malaysia di Jalan Chan Show Lin, Sg Besi. Menurut Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip, penundaan itu adalah kerana ianya telah disabotaj oleh Perkasa dan Pemuda UMNO yang merancang demonstrasi pada masa yang sama untuk mempertahankan Utusan Malaysia.
Menurut Rozan lagi, AMK khuatir sekiranya berlaku perkara yang tak diingini apabila berlaku pertembungan di antara kumpulan AMK dan kumpulan Perkasa serta Pemuda UMNO. AMK juga katanya, ingin menumpukan perhatian kepada satu lagi demonstrasi lain membantah projek loji "tanah jarang" Lynas yang dijadualkan berlangsung di KLCC pada petang ini.
Kawan cuma boleh tergelak saja bila baca kenyataan si Rozan ni. Ku sangkakan AMK ini naga berapi, rupanya harimau tak bergigi. Ku sangkakan AMK berani berdemonstrasi, rupanya bila dicabar, dia cabut lari.
Kawan nak juga tengok sejauhmana kehandalan AMK bila berdepan dengan kumpulan Perkasa dan Pemuda UMNO. Hari tu, kat Masjid Amru Al-As, masa sumpah laknat Datuk Eskay, bukan main lagi AMK ni tunjuk gagah dalam masjid. Siap menyumpah "babi" lagi dalam masjid dan buat solat hajat berjemaah cara baru. Hebat sangat AMK masa tu.
Rupa-rupanya, hebat AMK pasal tak ada kumpulan lain lawan dia. Bila dengar saja Perkasa dan Pemuda UMNO nak turun padang sama, terus telur-telur AMK gugur satu-persatu kat atas Jalan Chan Sow Lin tu.
Kawan nak bagi tahu kat AMK ni, yang ketuanya Melayu dan ramai anggota jawatankuasanya Melayu juga, jangan ingat orang Melayu lain boleh diperbodohkan dan diperkotak-katikkan oleh DAP seperti kamu yang ada akal, tapi tak dapat menilai agenda tersembunyi DAP.
Kawan mengucapkan syabas kepada Perkasa dan Pemuda UMNO yang sanggup turun untuk mempertahankan benteng media Melayu yang telah banyak berjasa kepada pembinaan agama, bangsa dan negara ini.
Kata renungan buat AMK : "jangan dijolok sarang tebuan, bila mengamuk, buruk padahnya"....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.