ARTIKEL PANAS!!!

Ahad, 15 Mei 2011

EGO PAS KELANTAN MASIH TINGGI





Berita Harian Online petang ini mengeluarkan kenyataan Menteri Besar Kelantan yang mengakui masih memerlukan 6,364 unit rumah kos rendah di seluruh negeri itu termasuk 2,800 unit di Kota Bharu. Nik Aziz mengakui, kerajaan negeri tidak mempunyai peruntukan yang mencukupi dan tidak berkemampuan untuk menyediakan rumah mencukupi untuk golongan miskin.


Itulah masalahnya dengan Nik Aziz dan Pas Kelantan. Apabila dikatakan Kelantan adalah salah sebuah negeri termundur di Malaysia, Nik Aziz dan juak-juak Pas akan segera melenting. Kata mereka, nak tahu Kelantan membangun ke tidak, datang ke Kota Bharu dan lihatlah pembangunan yang berjalan di ibu negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Ada pula yang berkata, cuba kira sepanjang jalan utama di Kelantan, berapa banyak rumah besar dan kereta mewah yang ada. 


Ramai lagi rakyat Kelantan perlukan pembelaan dan peluang pekerjaan


Hakikat sebenarnya, apabila masuk ke kampung-kampung, masih ramai rakyat Kelantan yang hidup daif dan memerlukan bantuan dari kerajaan yang memerintah. 

Bagaimana rakyat tidak miskin jika kerajaan negeri mengambil sikap pembangunan jasmani kurang penting berbanding pembangunan rohani. Kawan tak kata ceramah agama yang sering diadakan di Kelantan terutamanya pada setiap pagi Jumaat oleh Tok Guru tak bagus, tapi pembangunan duniawi juga tak boleh dilupakan. Bukankah ada hadis yang menyebut, "beramallah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari, dan bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi". Maksudnya, kehidupan dunia dan akhirat kena diseimbangkan, bukannya mengejar salah satu saja darinya.

Bila bercakap pasal pembangunan, berapa banyakkah pelaburan asing yang dibawa masuk ke Kelantan sepanjang 22 tahun Nik Aziz menjadi MB. Bandingkan pula dengan pelaburan yang dibawa masuk oleh Tun Dr Mahathir dalam tempoh sama beliau menjadi Perdana Menteri? Bezanya bagai langit dengan bumi.

Bila tiada pelaburan dibawa masuk, peluang pekerjaan tidak dapat diwujudkan. Anak-anak lepasan sekolah tidak punya halatuju. Maka beramai-ramailah anak muda Kelantan berhijrah ke negeri lain untuk mencari peluang pekerjaan. Yang tinggal di negeri itu, tidak punya banyak alternatif untuk meraih pendapatan. Hasilnya, terjadilah pelbagai masalah sosial seperti penagihan dadah, pengguguran dan pembuangan bayi serta kes perceraian yang tinggi lantaran faktor ekonomi keluarga yang tidak kukuh menjadi punca perbalahan.

Bukankah Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda, "sesungguhnya kemiskinan itu membawa kepada kekufuran"? Maka, itulah yang terjadi di Kelantan pada hari ini.

Kalau ada projek infrastruktur seperti pembinaan jalanraya dan jambatan, semuanya diharapkan kepada kerajaan Persekutuan. Nik Aziz patut bersyukur kerana bantuan dari Putrajaya tetap sampai walaupun pelbagai cacian dan makian keluar dari mulut Nik Aziz dan pemimpin Pas Kelantan terhadap pemimpin kerajaan persekutuan.


Masalahnya, sampai bila Nik Aziz hendak membiarkan rakyatnya hidup tersiksa sebegini. Bekalan air paip yang berkeladak masih lagi menjadi isu dan cuma boleh diatasi dalam tempoh 17 tahun lagi dari sekarang. Bukankah itu telah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk menyediakan kemudahan asas kepada rakyat?


Kelantan sebenarnya beruntung kerana mempunyai hasil bumi terutamanya balak. Jika diuruskan dengan betul, rasanya, kerajaan negeri tidak akan berdepan masalah ketidakcukupan dana. Bila bercakap pasal hasil saja, maka timbullah tuntutan royalti petroleum yang sedang dibicarakan di mahkamah sekarang. Kalau ketiadaan bayaran royalti menjadi jawapannya, kawan nak tanya,  adakah Melaka punya hasil balak dan petroleum?




Negeri yang kecil tanpa hasil bumi itu sekarang muncul antara negeri yang termaju di negara ini. Lihatlah pembangunan yang rancak berjalan di sana. Kawan percaya, orang Kelantan yang turun berkempen dalam pilihanraya kecil DUN Merlimau awal Mac lepas pasti malu melihat apa yang ada di Melaka berbanding Kelantan. Berkat pelbagai projek yang dilaksanakan, rakyat berpeluang meningkatkan pendapatan dan peluang pekerjaan dapat diwujudkan bukan sahaja untuk anak negeri, malahan untuk rakyat negeri lain juga termasuk Kelantan datang bekerja di Melaka.


Kerana apa? Wawasan pemimpin Melaka yang menyedari bahawa disebabkan ketiadaan hasil bumi, mereka perlu mencari alternatif lain untuk membangunkan negeri selain bergantung kepada sektor pelancongan. Iltizam itu diterjemahkan dalam komitmen jitu kerajaan pimpinan Datuk Seri Ali Rustam menyaksikan kehebatan Melaka menarik pelaburan asing yang mencurah masuk ke Melaka sekarang ini. 


Cubalah datang ke Melaka pada hujung minggu. Tempahan hotel terpaksa dibuat 3 bulan lebih awal. Kalau tidak, tidur dalam kereta lah jawabnya.  


Mengapa agaknya Nik Aziz tidak mahu belajar dari Melaka? Adakah kerana perbezaan pegangan politik, menyebabkan Nik Aziz dan exconya tidak mahu melihat walau sedikitpun formula kejayaan Melaka? Ketepikanlah ego anda wahai Pas Kelantan (Kedah juga sama). Sampai bila anda boleh menyuruh rakyat bersabar dalam menghadapi kemelut kehidupan yang mendesak? Kecualilah kalau rakyat Kelantan dijanjikan dengan ganjaran syurga untuk terus hidup demikian, Wallahualam....   


             

2 ulasan:

  1. Takkan Nik Ajis tak tahu..., nak duduk atas kerusi pemerintahan.., kerana ada otak. Bukan setakat pandai bercakap sahaja....

    BalasPadam
  2. Takziah kepada Datuk Mustapa Mohamed atas pemergian ibu tercinta, Allahyharhamah Setapa Mahmood hari ini. Moga rohnya ditempatkan di kalangan roh para solehah. Al-Fatihah.

    BalasPadam

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...