ARTIKEL PANAS!!!

Selasa, 17 Mei 2011

DAP NAK SAHUT SERUAN JIHAD TOK HIM?

DAP hari ini menerusi Lim Guan Eng mengajak semua bukan ahli UMNO dalam BN untuk mengetepikan perbezaan fahaman politik dan bersatu dengan pembangkang untuk melawan musuh bersama mereka, Datuk Ibrahim Ali.


Dalam posting semalam, kawan dah beritahu, semua pihak sepatutnya bertenang. Jangan dipanaskan lagi api yang sedang membara. Sepatutnya, semua pihak yang terlibat menjadi air yang memadam dan menyejukkan bara yang sedang meningkat suhunya. Ini tidak, semuanya nak ambil kesempatan menonjolkan diri masing-masing sebagai juara.

Nak menyalahkan Tok Him 100%, adalah tindakan tidak bermaruah sama sekali. Ini kerana, Tok Him memberikan reaksi keras kerana emosinya telah diusik  oleh kejadian yang boleh merubah secara total lanskap politik negara. 

Sebelum DAP menyalahkan Tok Him, merekalah yang patut mengakui kesalahan mereka terlebih dahulu. Kalau DAP tidak menganjurkan majlis kesyukuran paderi Kristian itu, tentu ikrar untuk menggantikan agama rasmi negara dari Islam kepada Kristian itu tidak berlaku. Dan Tok Him tentu tidak ada sebab untuk melenting tak tentu pasal.

Kawan bersetuju jika ada pihak yang dikenakan tindakan keras oleh KDN.  Tetapi ia bukan setakat Tok Him, Utusan Malaysia dan dua blogger itu saja sebagaimana yang diminta oleh DAP. Jika DAP benar-benar ikhlas untuk menyelesaikan isu ini, mereka juga sepatutnya menuntut supaya Jeff Ooi yang menganjurkan majlis tersebut serta paderi-paderi yang melafazkan ikrar tersebut juga dikenakan tindakan yang sama. 

Tapi, kawan berani potong jari, DAP tetap tidak akan mengaku "saham" mereka dalam insiden malang ini. Bagi DAP, setiap insiden mesti dipolitikkan dan semua kesalahan mesti diletakkan ke atas UMNO dan BN. Memang itulah tabiat DAP, sejak ditubuhkan hinggalah  sekarang dan mungkin hingga dunia kiamat.

Ingat sindiran orang tua "orang berak tengah jalan, takkan nak mengaku". Sebab itu, Dr Ridhuan Tee menggelarkan DAP sebagai ultra-kiasu....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...