ARTIKEL PANAS!!!

Sabtu, 21 Mei 2011

ANWAR IBRAHIM BAKAL TERAJUI IMF?

Berita Harian hari ini menerbitkan artikel yang dipetik dari Bloomberg, mengenai calon Pengarah Urusan baru IMF setelah Dominique Strauss Kahn meletakkan jawatan ekoran didakwa melakukan serangan seksual ke atas seorang pekerja hotel di New York.  


Menurut penulis veteran Bloomberg, William Pessek, sudah sampai masanya untuk IMF diterajui oleh tokoh berkelayakan dari Asia. Jawatan Pengarah Urusan IMF sebelum ini disandang secara tradisinya oleh calon dari Eropah manakala jawatan Pengerusi Bank Dunia biasanya diterajui oleh calon dari Amerika Syarikat.

pix_gal0Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Abd Aziz adalah antara calon yang berkelayakan untuk menerajui IMF di samping bekas Menteri Kewangan Jepun, Haruhiko Kuroda; bekas Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani Indrawati dan bekas Ketua Pejabat Penilaian Bebas IMF, Montek Singh Ahluwalia.

Kawan hairan juga, mana cicirnya nama Anwar Ibrahim yang semasa menjadi Menteri Kewangan dulu, pernah dinobatkan oleh media Barat sebagai antara Menteri Kewangan terbaik dunia. Kehebatan Anwar bila bercakap soal ekonomi memang tersohor. Itupun setakat bercakap saja lah. Buat belum  tentu lagi.

Lihatlah apa yang berlaku di Selangor sekarang. Anwar dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Selangor. Tapi apakah kegiatan ekonomi di Selangor semakin meningkat selepas pelantikannya sebagai "punahsihat"? Pelbagai janji yang ditabur pada PRU12 hanya tinggal janji. Tak seberapa pun janji itu yang dilaksanakan. 

Tak cukup dengan janji PRU12 yang tidak terlaksana, lancarkan pula Buku Jingga, yang antara lain kandungannya untuk memansuhkan kutipan tol di semua lebuhraya tapi dalam masa yang sama, aktiviti penyelenggaraan lebuhraya tetap berjalan seperti biasa. Mana nak cekau duit buat penyelenggaraan lebuhraya tapi tak kutip tol? Perabih duit KWSP!!! Takutnya, duit KWSP tu bukan habis kat lebuhraya tapi pergi kat kroni dan suku-sakat dia. Maklumlah, KWSP bukan ke lombong emas dengan kutipan caruman melebihi RM1 bilion setiap bulan?

Kalau IMF diterajui Anwar, habis huru-hara kewangan dunia dikerjakannya. Entah polisi apa-apa yang dilaksanakannya nanti. Makin bermaharajalelalah geng-geng Yahudinya melampiaskan nafsu serakahnya menyembelih negara-negara miskin dengan skim pinjaman IMF yang mengenakan syarat-syarat gila seperti yang berlaku pada tahun 1998 dulu.

Siapa boleh lupa apabila Presiden Suharto dengan bersongkok, tunduk menandatangani perjanjian pinjaman IMF dan secara tak langsung menyerahkan "maruah" Indonesia kepada IMF. 

Dan di Malaysia pula, Menteri Kewangan ketika itu, siapa lagi kalau bukan pemimpin "anugerah" itu, giat melobi untuk Malaysia juga turut sama mendapatkan bantuan IMF. "Kebijaksanaan" Anwar dalam menangani krisis ekonomi 1998 terbukti apabila dia mengarahkan Bank Negara menaikkan Kadar Pinjaman Asas (BLR) ke paras tertinggi dalam sejarah negara iaitu 12.3%.

Kawan masih ingat ketika itu, banyak aktiviti ekonomi hampir terhenti ketika itu. Yang paling teruk terjejas ialah sektor pinjaman kenderaan. Masih lagi terbayang gambar di dada akhbar ketika itu, gudang penyimpanan kereta tarik tidak dapat menampung jumlah kereta yang ditarik gara-gara kegagalan pemilik membayar ansuran bulanan pinjaman mereka. Juga masih teringat lagi deretan bas syarikat Naela yang kebanyakannya bas baru, tersadai di gedung penyimpanan seluruh negara gara-gara perbuatan Anwar.

Mujurlah Tun Dr Mahathir (Tun M) tidak tunduk kepada tekanan Anwar untuk mengambil pinjaman IMF ketika itu. Selepas Anwar dipecat dari kerajaan, BLR diturunkan beransur-ansur dan Tun M memperkenalkan tambatan ringgit kepada dolar pada kadar RM3.80 atas USD1, barulah aktiviti ekonomi kembali stabil dan Malaysia muncul sebagai negara yang terpantas keluar dari kemelut ekonomi 1998 itu.

Anwar boleh mempengaruhi dan memperbodohkan segelintir orang yang tidak mengetahui apa yang terjadi semasa krisis ekonomi 1998 itu. Namun, bukan semua rakyat Malaysia buta dan tuli untuk memahami kegagalan Anwar menguruskan ekonomi negara. Itu baru menguruskan ekonomi sebuah negara, Anwar sudahpun tunduk kepada tekanan Yahudi di dalam IMF. Apalagi kalau dia sendiri menguasai IMF, anda bayangkan sendiri apakah natijahnya?

Kawan percaya, sekiranya Tan Sri Zeti yang dipilih menerajui IMF, beliau berupaya membawa perubahan ke atas IMF yang selama ini dilihat sebagai lintah darat mencekik wang dari negara peminjam. Kawan percaya tiada apa yang mustahil untuk berlaku....


1 ulasan:

  1. anti pembelit21 Mei, 2011 22:32

    Terima kasih yang tak terhingga dari saya kepada Tun M yg telah menyelamatkan negara dari penyangak ejen imf tu. Sungguh besar jasa Tun M kepada rakyat Malaysia. Cuma mereka yg buta saja, tak nampak jasa-jasa Tun M.

    Saya doakan Tun M cepat sembuh, mendapat rehat secukupnya, terus diberikan kekuatan dan kesihatan untuk membimbing kami yg dahagakan ilmu dan kepakaran Tun M.

    BalasPadam

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...