ARTIKEL PANAS!!!

Sabtu, 4 Jun 2011

HAJI HADI JADI LONE RANGER

Keputusan pemilihan Pas sudahpun diketahui. Haji Hadi mengekalkan jawatan Presiden tanpa bertanding. Bagi jawatan lain, kumpulan professional menguasai pemilihan kali ini. Mat Sabu dipilih sebagai Timbalan Presiden manakala 3 kerusi naib presiden diisi oleh Salahudin Ayub, Mahfuz Omar dan Husam Musa. Manakala, bagi jawatan AJK Pusat pula, dari 18 tempat, cuma 6 sahaja diisi oleh golongan ulama.

Menarik untuk dilihat ke manakah halatuju Pas selepas ini selepas dikuasai oleh golongan professional meninggalkan hanya Haji Hadi sahaja terkontang-kanting keseorangan menjawat jawatan utama. Walaupun mempunyai Dewan Ulama, polisi parti ditentukan oleh jawatankuasa tertinggi parti. Menarik untuk diperhatikana samada adakah suara Dewan Ulama Pas akan didengari oleh golongan professional dan Erdogan nanti? 

Apa yang pasti, orang yang paling bergembira dengan keputusan pemilihan Pas kali ini sudah pastinya adalah Anwar Ibrahim. Melainkan Nizar Jamaludin yang tercicir dalam pertandingan naib presiden, geng Erdogan yang lain menang besar memungkinkan perjuangan menyelamatkan Anwar menjadi semakin rancak selepas ini.

Menarik juga untuk melihat ke mana condongnya perjuangan Mat Sabu selepas ini, samada menyokong Haji Hadi ataupun tunduk kepada golongan Erdogan. Ini kerana, Mat Sabu dulu adalah orang pertama yang membongkar skandal liwat Anwar dan dia jugalah yang menggelarkan Anwar Al-J****i.  Sekarang, dia perlu berhadapan dengan sekian ramai penyokong Anwar dalam jawatankuasa pusat Pas. 

Kawan juga ingin melihat samada Pas akan menjadi semakin liberal selepas ini. Apa yang pasti, PKR dan DAP bertepuk gembira dengan keputusan pemilihan Pas kali ini. Ini kerana, puak professional dan Erdogan yang terpilih sekarang ini seperti Mahfuz Omar, Khalid Samad, Dr Dzulkefly Ahmad, Kamarudin Jaafar dan Husam Musa adalah pendokong kuat pakatan songsang. Lebih senang bagi DAP dan PKR nanti menyucuk jarum memastikan agenda mereka disokong oleh Pas. 

Suara puak pro-perpaduan dengan Umno yang dulunya diwakili oleh Nasharudin Mat Isa sudahpun lenyap dari kepemimpinan Pas. Yang tinggal mungkin cuma Mustaffa Ali. Itupun, kedudukannya sebagai Setiausaha Agung bergantung kepada budi-bicara dan belah ihsan Haji Hadi. 

Pemilihan Pas kali ini merupakan satu perkembangan yang amat menarik. Sama-sama kita perhatikan, berapa jauh lagi Pas akan tersasar dari matlamat asal perjuangan mereka...

3 ulasan:

  1. CIRI CIRI KEPIMPINAN "ISLAM" ALA UMNO APCO...KEH...KEH...KEH...

    Pemimpin UMNO Yang Terlibat Dengan Perniagaan Judi
    Posted by Addin at 5/30/2011
    Anda nak tahu siapa pemimpin UMNO yang bergelumang dengan hasil JUDI. Ikuti paparan ini.

    A) kepentingan dalam syarikat JUDI di negara ini -

    1. Dalam Magnum Corporation Sdn Bhd:
    ...Bekas EXCO Pemuda UMNO, Datuk Mohamed Al-Amin Al-Haj.
    Jumlahmlah saham - 1,900,000

    2. Bekas Menteri Pelajaran dan bekas Pengarah Magnum Corporation Sdn Bhd, Tan Sri Khir Johari
    Jumlah saham - 40,843 (Magnum CO Sdn Bhd) & 6,666 (Magnum 4D)



    3. Bekas Peguam Negara dan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman.
    Jumlah saham - 1,666,666

    4. Anak perempuan Tan Sri Abu Talib, Nor Anita Abu Talib.
    Jumlah saham - 680,334

    5. Dalam Genting Berhad
    Bekas Spekaer Dewan Rakyat, bekas Pengerusi Genting Bhd serta datuk kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Tan Sri Noah Omar.
    Jumlah saham - 602,318,000 (Resort World Berhad)

    6. Yayasan Noah (kini diwarisi oleh Najib dan Hishammuddin)
    Jumlah saham - 3,334,600

    7. Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Othman dan bekas Pegawai Bank, Dato’ Paduka Nik Hashim Yusof menjadi Pengarah Genting Berhad.

    Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Alwi Jantan merupakan Pengarah Resort World.

    8. Dalam Sports Toto
    Sports Toto yang diasaskan pada tahun 1969 dimiliki Tan Sri Vincent Tan, kroni Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia. Datuk Seri Tengku Adnan Mansor. Jumlah saham - 3,500,000 (melalui syarikat nominee iaitu Simsec Nominees) Dua orang bekas pegawai kanan polis, Tan Sri Jaafar Abdul dan Mohamad Salleh Gomu, adalah Pengarah Sport Toto.

    9. Datuk Anuar Zaini dan Datuk Sulaiman Mohd Noor (Pengarah Berjaya Land Berhad).
    Jumlah saham - 292,336,584. Dua lagi pengarah Melayu yang beragama Islam dalam Berjaya Land Berhad yang memiliki saham sebanyak 284,644,046 ialah Datuk Adnan Shuib dan Arsam Damis.

    Dipetik daripada buku 'Malaysia, Darul Kasino' oleh Datuk Husam Musa, EXCO Kerajaan Negeri Kelantan.

    B) Berikut adalah senarai pembabitan Pemimpin UMNO dari dulu hingga sekarang yang didakwa mempunyai kepentingan dalam syarikat judi di negara ini -

    1. Dalam Magnum Corporation Sdn Bhd:
    Bekas EXCO Pemuda UMNO, Datuk Mohamed Al-Amin Al-Haj.
    Jumlah saham - 1,900,000
    Bekas Menteri Pelajaran dan bekas Pengarah Magnum Corporation Sdn Bhd, Tan Sri Khir Johari
    Jumlah saham - 40,843 (Magnum CO Sdn Bhd) & 6,666 (Magnum 4D)
    Bekas Peguam Negara dan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman.
    Jumlah saham - 1,666,666
    Anak perempuan Tan Sri Abu Talib, Nor Anita Abu Talib.
    Jumlah saham - 680,334

    2. Dalam Genting Berhad

    Bekas Spekaer Dewan Rakyat, bekas Pengerusi Genting Bhd serta datuk kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Tan Sri Noah Omar.
    Jumlah saham - 602,318,000 (Resort World Berhad)
    Yayasan Noah (kini diwarisi oleh Najib dan Hishammuddin)
    Jumlah saham - 3,334,600

    Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Othman dan bekas Pegawai Bank, Dato’ Paduka Nik Hashim Yusof menjadi Pengarah Genting Berhad. Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Alwi Jantan merupakan Pengarah Resort World.

    3. Dalam Sports Toto
    Sports Toto yang diasaskan pada tahun 1969 dimiliki Tan Sri Vincent Tan, kroni Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia.

    Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.
    Jumlah saham - 3,500,000 (melalui syarikat nominee iaitu Simsec Nominees)
    Dua orang bekas pegawai kanan polis, Tan Sri Jaafar Abdul dan Mohamad Salleh Gomu, adalah Pengarah./Sumber

    BalasPadam
  2. Tahniah Nnordania kerana mendedahkan maklumat di atas. Pada kawan, siapa pun yang terlibat dengan aktiviti judi, hatta jadi pemegang saham syarikat judi, pasti akan terima balasannya di akhirat kelak.

    Bagaimanapun, kawan ingin bertanya, adakah Nnordania pasti kerajaan negeri Pas benar-benar bersih dari mengutip cukai dari kegiatan perjudian? Jangan nanti tuduhan Ketua Dewan Pemuda Pas Perak, Nor Azli Musa bahawa gaji Mufti Perak dibayar dari hasil cukai judi dan arak, terpalit ke batang hidung sendiri...

    BalasPadam
  3. nnordania

    aku respek hang sebab susah payah foward komen yang sama je pada banyak blog. ko tanya diri ko sendiri apa bersih sangat ke hasil yang ko baham selama ini? hari ni memang ko tak telibat lagi tapi esok lusa sape tau

    BalasPadam

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...