ARTIKEL PANAS!!!

Khamis, 5 Mei 2011

PAS KEDAH vs PAS PERAK

Malam semalam, blog The Unspinners (klik sini) ada membuat posting bahawa bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaludin membuat janji yang PR Perak akan mengenakan kadar premium tanah nominal RM10 sahaja untuk institusi pendidikan.
Kononnya, ia untuk membolehkan pendidikan menjadi teras pembangunan negara dan semua aliran sekolah menerima layanan yang sama. Itu untuk premium tanah, bagaimana pula dengan cukai tahunan?

Hari ini, Utusan Malaysia (klik sini) pula mengeluarkan kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang mengumumkan bahawa Pejabat Tanah & Galian (PTG) Negeri telah menolak permohonan Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi mengekalkan rebat cukai tanah pada kadar RM100,000 setahun yang diberikan selama ini. Dengan ini, UUM terpaksa membayar penuh cukai tanah tahunan pada kadar RM1.7 juta setahun. Kegagalan UUM untuk membayar cukai tanah berkenaan boleh menyebabkan mereka dikenakan tindakan undang-undang oleh PTG.


Alasan Azizan, kalau Universiti Teknologi MARA (UiTM) boleh membayar cukai sebanyak RM0.20 sekaki persegi, kenapa tidak UUM? Kegagalan UUM membayar cukai itu, bakal menyebabkan kerajaan negeri menanggung kerugian sebanyak RM1.6 juta setahun. 

Sebelum ini, Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) terpaksa membatalkan cadangan untuk membina kampus baru  UiTM di Serendah kerana kegagalan mereka membayar premium tanah yang tertunggak selama beberapa tahun. Walaupun ianya telah dibayar kemudiannya oleh Kerajaan Negeri Melaka, ia diarahkan oleh Pejabat Menteri Besar Selangor untuk dipulangkan semula. Alasan kepada penolakan itu adalah kerana YBK tidak bersetuju untuk melantik MB Selangor sebagai Pengerusi YBK.

Akhirnya, Melaka yang mendapat rahmat apabila pembinaan kampus berkenaan dipindahkan ke Jasin. Upacara pecah tanah pembinaan kampus berkenaan telahpun selamat dirasmikan oleh Perdana Menteri semasa kempen pilihanraya kecil DUN Merlimau Februari lalu.

Bagaimana agaknya kita nak percaya pada kata-kata Nizar itu? Dia sebagai ketua Pas Perak mengeluarkan polisi premium tanah nominal. Azizan pula selaku ketua Pas Kedah dan MB Kedah yang mana PTG terletak dibawah bidang kuasanya, langsung tidak boleh bertolak-ansur dengan UUM.


Sepatutnya, kalau PR (mengikut kata Nizar) benar-benar mengutamakan pendidikan buat generasi muda, rebat RM100,000 UUM itu mesti dikekalkan dan turut diperluaskan ke semua institusi pendidikan yang berada di negeri jajahan PR.

Pelik sungguh sebab, dua pemerintahan di bawah payung yang sama (Pas), tetapi mengamalkan dua polisi yang berbeza di dua buah negeri jajahannya (Perak - dalam angan Nizar). Adakah kerana Pas Perak dijadikan "kuda" oleh DAP manakala Pas Kedah begitu kuat hinggakan ADUN DAP terpaksa menggugut untuk keluar dari PR tahun lepas?

Kalau dikatakan kenyataan Nizar itu merupakan polisi PR, kenapa pula kes Selangor muncul? Agak menghairankan apabila pendidikan yang merupakan satu isu nasional, menjadi isu berasingan di Selangor, Kedah dan Perak (jika PR berkuasa semula). 1 Pakatan tapi 3 polisi berbeza?

Kawan tak nak ulas panjang-panjang. Cuma wajarkah kita letak kepercayaan kepada pakatan yang membuat pelbagai janji tapi yang dilaksanakan lain dari yang dijanjikan....       

Tiada ulasan:

Catat Komen

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...