ARTIKEL PANAS!!!

Sabtu, 4 Jun 2011

MAT SABU MENANG, UTUSAN MALAYSIA JUGA YANG SALAH?

Tak faham, sungguh kawan tak faham!!! Blogger senior, Mohd Sayuti Omar menyalahkan Utusan Malaysia sebagai punca Mat Sabu menang jawatan Timbalan Presiden Pas. Katanya, Utusan Malaysia ada agenda tersembunyi apabila mahukan golongan ulama menang jawatan nombor 2 Pas itu. Menurut Sayuti, agenda mempertahankan ulama Utusan Malaysia mempunyai "reverse psychology" supaya perwakilan yang meluat membaca Utusan Malaysia bakal beralih arah mengundi Mat Sabu.

KEPUASAN SEKS RESIPI ELAK SUAMI CURANG

Dah beberapa hari asyik melayan cerita politik saja, kawan dah bosan juga. Kali ni, kawan nak menghirup udara segar dengan membawakan satu topik universal yang menyentuh semua pasangan yang berkahwin tak kira bangsa dan agama.

HAJI HADI JADI LONE RANGER

Keputusan pemilihan Pas sudahpun diketahui. Haji Hadi mengekalkan jawatan Presiden tanpa bertanding. Bagi jawatan lain, kumpulan professional menguasai pemilihan kali ini. Mat Sabu dipilih sebagai Timbalan Presiden manakala 3 kerusi naib presiden diisi oleh Salahudin Ayub, Mahfuz Omar dan Husam Musa. Manakala, bagi jawatan AJK Pusat pula, dari 18 tempat, cuma 6 sahaja diisi oleh golongan ulama.

MAT SABU DAH MENANG

Calon Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dah berjaya meraih kemenangan dalam pemilihan Muktamar Pas kali ini. Menang Timbalan Presiden? Belum, yang itu belum diumumkan lagi. Pukul 10 pagi ni baru tau untung nasib Mat Sabu dapat ke tidak jadi Timbalan Presiden Pas.     

PAS TOLAK LAMARAN UMNO SEBAB....

Perwakilan Pas menyambut baik pendirian Presiden Pas, Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang yang menegaskan bahawa Pas akan tetap bersama Pakatan Rakyat.

Jumaat, 3 Jun 2011

TAHNIAH, AKHIRNYA PAS BERJAYA KALAHKAN UMNO...

Pas dulu kutuk Umno, kata Umno ni parti keturunan. Ya lah, Allahyarham Tun Razak meninggal, anaknya Datuk Seri Najib dibawa masuk gantikan arwah bapanya di Parlimen Pekan. Allahyarham Tun Hussein Onn turun dari jawatannya, anaknya Datuk Seri Hishamuddin pula naik dan bila Tun Dr Mahathir bersara, anaknya Datuk Mukhriz pula dibawa masuk ke dalam kerajaan. 

Khamis, 2 Jun 2011

BENARKAH PAS HARAPAN RAKYAT?

Seorang penulis Harakah, Mohd Rashidi Hassan telah menulis satu artikel menarik bertajuk "Pas Harapan Rakyat". Kawan ingin mengulas beberapa isi menarik kandungan artikelnya. Artikel penuh anda boleh baca di sini.

NIK AZIZ MIMPI NAK JADI PM?

Biar betul!!! Tuan Hj Ruslan Kassim, Ketua Penerangan Perkasa bertanya, mengapa Nik Aziz begitu bersungguh-sungguh mempertahankan isu moral yang terpalit ke atas Anwar Ibrahim. Adakah kerana Nik Aziz mengidamkan kerusi Perdana Menteri jika PR memenangi PR13 nanti?

NIK AZIZ SOROK CALON PILIHAN DIA?

Nik Aziz kata dia ada calon pilihan sendiri dalam pemilihan Pas kali ini tapi tak mahu mendedahkannya kerana tak mahu kecoh. 

LIM GUAN ENG TAHU PULAK BERTERIMA KASIH...

Lim Guan Eng hari ini menyifatkan perjanjian penstrukturan bekalan air dengan Kerajaan Pusat melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sebagai perjanjian bersejarah.

Rabu, 1 Jun 2011

DULU KUTUK TUN DR MAHATHIR...

Hari ni, 1 Jun 2011, dengan rasminya, tarif elektrik dinaikkan seperti yang diumumkan pada minggu lepas. Kenaikan adalah disebabkan TNB dah tak larat nak menampung kenaikan kos arangbatu dan gas yang menjadi sumber utama penjanaan elektrik mereka.

Maka, ramailah yang mengutuk kerajaan kerana kurang prihatin terhadap kesusahan rakyat (termasuklah kawan juga). Yalah, tauke-tauke kilang bangsa sepet tu, tunggu masa saja nak pindahkan beban kenaikan tarif elektrik kepada pengguna macam kita semua ni dengan menaikkan harga barang keluaran mereka.

BIASISWA, APA SUDAHNYA?

Kebelakangan ini, banyak pihak bersuara mengenai kuota pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM tahun lepas. Diberitakan 86 orang pelajar yang mendapat minimum 8A telah tercicir dari senarai penerima biasiswa tahun ini. Akhirnya, kerajaan hari ini membuat keputusan untuk memberikan biasiswa kepada mereka ini untuk melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi swasta (IPTA) di dalam negara.

Bila isu biasiswa ini tercetus, semua pihak mahu menjadi juara kepada kepentingan kaum masing-masing. DAP, MCA dan Gerakan masing-masing menuntut pemberian biasiswa kepada pelajar Cina yang tercicir. MIC juga turut bersuara untuk kepentingan pelajar India manakala Perkasa muncul membuat cabaran supaya kaum lain jangan cuba mengusik peruntukan biasiswa untuk pelajar Melayu.

Berikut adalah jadual pembahagian biasiswa JPA 2011 yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz :

Selasa, 31 Mei 2011

IMPIAN SEMPURNA SEORANG PAS...

Seorang pembaca laman web Free Malaysia Today yang dipercayai ahli Pas, Abdul Aziz Anon melalui e-mel yang dikirimkannya, menggesa kepemimpinan Pas bersuara untuk menawarkan kepemimpinannya di dalam PR dan bukannya menjadi pak turut kepada DAP dan PKR.

PAS CUMA MENYALAK BUKIT...

Usaha Pas untuk membatalkan  konsert MTV World Stage di I-City Shah Alam nampaknya sia-sia saja. Apa tidaknya, Pas dibelasah bila dikatakan "tidak sepatutnya membawa pandangan sendiri dan keagamaan ke dalam proses membuat keputusan. Pas sepatutnya menghormati konsep berbilang kaum dan tidak menentang konsert yang akan meletakkan nama Selangor dan Malaysia di mata dunia". 

KUATNYA GUAN ENG BEKERJA...

Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCER), Datuk Redza Rafiq Abdul Razak hari ini mengumumkan NCER telah membawa masuk pelaburan swasta berjumlah RM3.3 bilion bagi tempoh 4 bulan pertama tahun ini ke negeri-negeri Kedah, Perak, Perlis dan Pulau Pinang.

KENAIKAN TARIF ELEKTRIK LEBIH TERUK DARI KENAIKAN PETROL


Kerajaan telah mengumumkan bahawa tarif elektrik akan dinaikkan sebanyak 2.23 sen/kilowatt/jam (kWj) berkuatkuasa 1 Jun 2011.

Kerajaan berkata, kenaikan ini tidak akan menjejaskan pengguna yang menggunakan elektrik kurang dari 300kWj.


Isnin, 30 Mei 2011

30 BULAN TAK BAYAR SEWA???

La, patut la bangunan nak kena lelong... Rupa-rupanya, 30 bulan tak bayar sewa. Syoknya duduk tempat orang, bayar sewa 5 bulan, lepas tu duduk free. Sewa bukan banyak pun, RM20,000 saja sebulan. Takkan tak mampu bayar. Tengok pemimpin, rumah harga juta-juta, sewa opis pulak tak boleh bayar? Pelik bin ajaib....

NURUL IZZAH BERMIMPIKAN SULTAN MELAKA....

Kawan tak tau mimpi apa yang dialami anak papa, si Nurul Izzah ni malam semalam hinggakan hari ni dia menggigau, menyebut alangkah baiknya kalau Sultan Melaka masih ada hingga hari ini.


Nurul Izzah bertanya, jika Sultan Melaka masih memerintah hingga hari ini, adakah Sultan akan membina istana dengan kos yang meningkat hingga berbilion RM, adakah pembelian kapal selam pada harga berpatutan tanpa bayaran komisen dan pelbagai pertanyaan lagi. Anda boleh rujuk "pertanyaan" yang bermain di benak Nurul Izzah di bawah ini.

TOK HIM vs ANWAR, SIAPA LEBIH BURUK?

Anwar Ibrahim melabelkan Datuk Ibrahim Ali sebagai ahli politik Malaysia yang paling buruk. Puncanya, Tok Him didakwa melaga-lagakan orang Islam dan Kristian dengan melancarkan seruan jihad lanjutan dari kes sekumpulan paderi yang berikrar untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara.

Anwar membelasah kerajaan terlalu bertolak-ansur untuk mengambil tindakan ke atas Tok Him dan seruan jihad Tok Him itu direstui oleh kepemimpinan Umno.

Ahad, 29 Mei 2011

MAZLAN ALIMAN ANAK DIPUJI MELAMBUNG...

Bukan main lagi pembelit nombor wahid ni lambung Mazlan Aliman! Pasal nak tubuhkan Universiti Felda, terus si Mazlan ni dapat tabik spring Anwar. Anwar juga kata, si Mazlanlah orang yang bertungkus-lumus bawa perubahan ke dalam Felda.

LIM GUAN ENG PERGILAH BELASAH AMERIKA!!!

Cina sepet DAP ini antara yang paling sibuk membelasah Kementerian Pertahanan dan kerajaan BN apabila Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengumumkan kehilangan 2 enjin jet F-5E pada awal tahun lepas. DAP dan PR mempersendakan Kementerian Pertahanan dan TUDM yang dikatakan tidak mampu menjaga aset strategik ketenteraan sehingga menyebabkan enjin berkenaan hilang dari simpanan TUDM.

KHALIL IDHAM LIM TEPUK AIR DI DULANG....

Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim menyindir PM Najib kononnya, Putrajaya yang dikuasai BN sekarang dimenangi bukan kerana berhimpun tetapi kerana penjumlahan undi popular. Dan dia begitu yakin PR akan mendapat undi popular melebihi BN dalam PRU13 akan datang.


Khalil membuat kenyataan yang merujuk kepada perhimpunan 8,000 belia yang diadakan sempena acara "Himpunan Sejuta Belia" yang diadakan di Putrajaya semalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...