ARTIKEL PANAS!!!

Isnin, 19 September 2011

BERANINYA PEMUDA PAS PUSAT...

Dewan Pemuda Pas Pusat melalui Naib Ketuanya, Raja Ahmad Al Hiss; mengeluarkan kenyataan menempelak Majlis Presiden Pakatan Rakyat kerana gagal mengawal pemimpin-pemimpinnya dari mengeluarkan kenyataan kontroversi yang boleh merugikan PR.

BERAPA MALAYSIAN INSIDER BAYAR TAJUDIN RAMLI?

Agensi berita nasional, BERNAMA melaporkan bahawa peguam Malaysian Insider dalam kes saman bekas pengerusi MAS, Tan Sri Tajudin Ramli, mahu membuat penyelesaian kes itu di luar mahkamah.

Tajudin memfailkan saman fitnah berjumlah RM200 juta ke atas portal pro-pembangkang itu kerana menerbitkan artikel yang memfitnah beliau.

Ahad, 18 September 2011

MAT SABU SAH JADI KHADAM & COMOLOT DENGAN DAP...

Laman web milik DAP, Roketkini menyiarkan laporan temuramah dengan Timbalan Presiden Pas, Hj Mohamad Sabu (Mat Sabu) berjudul "Mengapa Pas bersahabat dengan DAP?" (klik untuk artikel penuh) pada 26 Ogos 2011.


Temuramah ini menyingkap banyak rahsia tersirat yang selama ini tersimpan rapi di kalangan pemimpin PR. Cuba kita lihat satu-persatu isu yang disentuh oleh Mat Sabu dalam temuramah berkenaan :

Sabtu, 17 September 2011

32,000 KRONI KERAJAAN BN???

Selama ini, tauke-tauke besar dalam Pakatan Rakyat selalu mendakwa, mereka yang tergolong sebagai jutawan di negara ini adalah kroni kerajaan BN yang mendapat faedah dari "connection" mereka dengan pimpinan tertinggi negara.

Jumaat, 16 September 2011

ZAID IBRAHIM DAH MINTA MAAF, MAT SABU???

Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Mohd Zaid Ibrahim hari ini meminta maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abd Razak atas persepsi buruknya ke atas PM yang disangkanya tidak berani untuk membuat sesuatu perubahan yang besar seperti memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) seperti yang diumumkan PM malam semalam.

Isnin, 29 Ogos 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1432H

Bersempena ketibaan Aidil Fitri yang dijangkakan esok, kawan  mengambil kesempatan ini untuk memohon ribuan ampun dan maaf kepada semua pembaca blog UP4U2C di atas segala kesilapan dan kesalahan, baik yang disengajakan mahupun tidak kepada anda semua.
Kepada yang memandu di sepanjang musim perayaan Aidil Fitri ini, patuhilah peraturan lalulintas dan pastikan kenderaan dan diri anda sendiri berada dalam keadaan baik. 

Kawan akan kembali dengan posting-posting terbaru pada minggu hadapan. Wassalam.                

Selasa, 9 Ogos 2011

BILA PULAK CIMB MASUK CAMPUR URUSAN MAYBANK?

Boleh dikatakan ramai yang mendapat e-mel spam hampir setiap hari. Ada yang mendakwa anda memenangi loteri yang tak pernah anda sertai, mewarisi kekayaan berjuta malahan berbilion dalam matawang asing, memohon bantuan untuk memasukkan duit ke dalam akaun anda untuk membuka perniagaan di Malaysia dan banyak lagi.

KERAJAAN PR SELANGOR BAKAL BERPECAH LEPAS PRU13?

Pertamanya, kawan memohon ampun dan maaf kerana sudah hampir sebulan tidak membuat posting berkenaan senario politik tanahair. Niat di hati ingin berehat seketika apatah lagi dengan ketibaan Ramadhan Al Mubarak yang masuk hari ke sembilan hari ini. Dari kejauhan, kawan memerhati perkembangan politik semasa dan kawan terpaksa keluar dari "pertapaan" apabila isu kontroversi serbuan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas majlis berbuka puasa anjuran Damansara Utama Methodist Church (DUMC) yang dihadiri 12 orang beragama Islam timbul.

Ahad, 31 Julai 2011

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1432H

Bersempena dengan ketibaan Ramadhan 1432H pada esok hari, kawan ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh pembaca blog UP4U2C yang beragama Islam.

Kawan juga mengambil kesempatan ini untuk memohon ribuan ampun dan maaf atas segala kesilapan, kesalahan dan kekasaran kawan dalam mengendalikan blog UP4U2C ini, baik yang disengajakan mahupun tidak.

Semoga Ramadhan kali ini akan kita gunakan untuk memperbaiki diri kita dan memperbanyakkan ibadah serta bermuhasabah akan kekurangan diri serta berazam untuk memperbaikinya.

Semoga semua pembaca blog UP4U2C akan tabah menjalani ibadah puasa tahun ini, memelihara diri dari melakukan perkara yang membatalkan puasa dan juga perbuatan sia-sia yang mengurangkan pahala puasa kita. Insya Allah.

       

Rabu, 20 Julai 2011

NI MEMANG DAH KURANG AJAR YANG TERLAMPAU

Darah kawan tengah mendidih ni!!! Ada makhluk biadap yang buat komen dalam salah satu artikel Free Malaysia Today yang menyatakan bahawa Umno diketuai oleh seorang yang bergelar ALLAH MELAYU!!!

Selasa, 19 Julai 2011

HJ HADI BAKAL KENA TIPU


Kawan bersimpati dengan Presiden Pas ni. Kerana ingin menjaga hati DAP, Hj Hadi terpaksa mengorbankan anak buahnya sendiri di Kedah.  

Isnin, 18 Julai 2011

TAMIL SRI LANKA DIBELA, INDIA PULAU PINANG?

Malang sungguh nasib penduduk India di Pulau Pinang. Ingatkan ada Timbalan Ketua Menteri di kalangan kaum India, nasib kaum India akan lebih terbela. Rupa-rupanya, ianya cuma mimpi indah di malam hari. Bila siang menjelma, lain pula realiti yang menanti.

SURAT MELAYU DAP

Kawan tak berminat nak mengulas panjang. Anda baca, anda fikir dan anda boleh komen di ruangan yang komen yang tersedia di bawah.

                 

Ahad, 17 Julai 2011

JERSI HARIMAU MALAYA PUN NAK DIPOLITIKKAN?

Ni betul-betul buat kawan naik hangin! Jersi biru yang dipakai oleh Harimau Malaya ketika menentang Liverpool petang semalam pun boleh dijadikan isu. Kononnya, Harimau Malaya tak pakai jersi belang kuning hitam atas sebab jurulatih Datuk K Rajagopal tunduk kepada tekanan kerajaan BN. Kononnya, kerajaan BN begitu paranoid dengan warna kuning hingga Harimau Malaya tidak memakai jersi rasmi pasukan tuanrumah.

MAHFUZ OMAR MELAWAK LAGI...

Patut la ramai rakan-rakan blogger menggelarkan dia ni Mahfuz Bean. Tak henti-henti dia ni buat lawak. Kalau lawak dia buat orang gelak tak apa juga, ni lawak yang buat orang muntah. 

Lawak dia kali ni ialah :

TONY PUA : DAP KELUAR DARI PAKATAN RAKYAT!!

Bagus, itu yang ramai rakyat Malaysia nak tengok. Lebih cepat, lebih bagus. Sebab, DAP ni sekarang dah jadi terlalu angkuh dan mahu berkuasa dalam semua segi. Polisi PR mesti mendapat persetujuan DAP dulu, barulah boleh dilaksana. Pas dan PKR cuma menjadi tunggangan DAP untuk mendapatkan undi Melayu saja. Ramai yang nak tengok samada DAP mampu berdiri sendiri tanpa sokongan Melayu yang menganut fahaman Pas dan PKR.

Sabtu, 16 Julai 2011

SI BARD NI CHEGU KE MALAUN?


Calon buangan Ketua AMK PKR, CheguBard persoalkan benar ke tidak Polis belanjakan RM25 bagi menyediakan makanan tahanan Kotor 2? Sebabnya ialah :

Jumaat, 15 Julai 2011

TAIB MAHMUD AHLI FREEMASON?


Laporan FMT menyebut bahawa Ketua Menteri Sarawak adalah seorang ahli Freemason cawangan Sarawak. Dakwaan itu dikeluarkan oleh bekas orang kuat Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) pimpinan Taib, iaitu Salleh Jaffaruddin.

Rabu, 13 Julai 2011

PERBICARAAN KES BUNUH SOSILAWATI : KENAPA SENYAP?


Perbicaraan kes bunuh usahawan kosmetik terkenal, Allahyarhamah Datuk Sosilawati Lawiya dan 3 rakannya sedang berjalan sekarang. Pihak pendakwaan telahpun memanggil 24 orang saksi, termasuk bekas suami  Allahyarhamah, Buhari Mohamed, yang telah memberi keterangan semalam. Hari ini pula, pihak yang terbabit dalam perbicaraan kes berkenaan melawat tujuh lokasi tempat penemuan bahan bukti dan pembunuhan mangsa-mangsa berkenaan.

20 INDON UPAHAN KONCO ANWAR?


Diberitakan oleh Malaysian Insider (klik sini) bahawa 20 orang warga Indonesia mengadakan demo protes di depan perkarangan Kedutaan Malaysia di Jakarta. Demo berkenaan bertujuan membantah tindakan kerajaan  Malaysia menghalang demo haram Kotor 2 Sabtu minggu lepas. Cuba baca kenyataan Indon ni :

Selasa, 12 Julai 2011

PAS DAH MULA LAKSANA NEGARA BERKEBAJIKAN

Kawan nak ucap tahniah kepada Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar yang berjanji akan membela kakitangan awam dan mahasiswa yang bakal dikenakan tindakan tatatertib akibat menyertai demo haram Kotor 2 Sabtu lepas.

KENAPALAH PAK LAH JADI LAGU NI?


Kawan tak tahu nak cakap apa pasal bekas PM yang sorang ni. Dia menafikan yang dia mengatur pertemuan Ambiga dengan YDP Agong minggu lepas. Dia juga kata, dia berjumpa dengan Ambiga  sebelum India Juara Murtad tu menghadap Tuanku YDP Agong bagi mengingatkan si bebal tu supaya mematuhi titah nasihat Tuanku supaya tidak berarak di jalanan.

Isnin, 11 Julai 2011

HUSAM MUSA PUN PEMBOHONG BESAR JUGAK


Husam Musa ketika berucap di perkarangan Stadium Merdeka pada demo haram Kotor 2 kelmarin pun turut sama berbohong kepada peserta demo haram. Tujuannya adalah semata-mata untuk membangkitkan kemarahan peserta haram itu kepada kerajaan BN. 

Ahad, 10 Julai 2011

NIK AZIZ : SENANGNYA MELALUT JATUH HUKUM

Tok Guru Nik Aziz ni, kalau kawan tegur dia lebih-lebih, nanti penganut Pas marah-marah. Cakap kita ni tak hormat ulama dan ilmu kita ni beza macam langit dengan bumi bandingkan dengan tok guru. Tapi kalau tak ditegur, tok guru seorang ni bercakap macam orang hilang pedoman. 

Sabtu, 9 Julai 2011

SATU KEMATIAN INSIDEN KOTOR 2

Peguam PKR, Latheefa Koya beri kenyataan yang demo jalanan Kotor 2 hari ini meragut korban satu nyawa. Baharuddin Ahmad, 59;  seorang pemimpin ranting PKR, tersungkur semasa melarikan diri dari tembakan gas pemedih mata FRU. Dia diisytiharkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur.

POLIS MALAYSIA ZALIM TERHADAP TAHANAN KOTOR 2?

Dalam insiden Kotor 2 hari ni, juak-juak penganut Kotor 2 pasti menyumpah-seranah polis kerana memandikan mereka dengan air asid dan membuat mereka menangis bila terkena asap "sedih". Dah tu, ramai pulak yang ditangkap. Setakat jam 6.40 petang tadi, 1,667 orang bakal jadi banduan jika disabitkan bersalah ketika dihadapkan ke mahkamah nanti. 

Zalim betul polis Malaysia ni ya! Kita tengok apakah nasib tahanan Kotor 2 hari ni. Adakah mereka dilayan lebih buruk dari tahanan Kem Guantanamo Amerika?

KOTOR 2 : ANALISIS MALAYSIAN INSIDER YANG PENUH PEMBOHONGAN

Pertamanya, maaf kerana kawan menyepi sepanjang hari ini dari membuat catatan berkenaan dengan Kotor 2. Ini kerana, kawan tidak berada di ibukota untuk menyaksikan apa yang berlaku. Jadi, biarlah sahabat-sahabat blogger pro BN melaporkan secara langsung dari lokasi dan kawan mengulasnya kemudian.  

Wartawan Malaysian Insider, Debra Chong dengan pantas membuat analisis yang Putrajaya telah GAGAL dalam menghalang ulangan demonstrasi jalanan Bersih 2007 yang menyaksikan pengecutan sokongan undi kepada BN dalam PRU12 Mac 2008.

Khamis, 7 Julai 2011

KJ : JANGAN BERLAGAK WIRA, BOLEH TAK?

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin mendakwa polis KL menyemarakkan ketegangan berkaitan Kotor 2 apabila mendapatkan perintah mahkamah bagi menghalang dia dan 90 orang lain dari memasuki ibukota pada Sabtu, 9 Julai ini. Dia seterusnya berkata, sekembalinya dia dari misi Gaza, "dia diharamkan dari bandaraya dia tinggal".

MP PAS KUALA SELANGOR YANG TAK SERIK-SERIK

Namanya ada gelaran Dr, tapi kenyataan yang dibuatnya lebih rendah tarafnya dari pemikiran seorang budak tadika. Tak taulah kalau dia ni keluarkan kenyataan semata-mata untuk glamor dan mendapatkan publisiti sehingga merendahkan darjat intelektual golongan Dr.

KL BAKAL LENGANG, AMAN DAN DAMAI SABTU NI

Polis telah berjaya mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang 91 orang dari berada di KL dan juga menutup jalan-jalan di ibukota pada Sabtu ini.

Antara yang dinamakan dalam perintah mahkamah itu ialah Ambiga Bebal, Khairy Jamaludin dan Datuk Ibrahim Ali serta Maria Chin Abdullah. Semua yang disenaraikan dalam perintah itu adalah 66 orang dari Kotor 2, 14 dari Perkasa dan 11 dari Pemuda Umno. Mereka yang tersenarai ini akan ditangkap jika mengingkari arahan berkenaan.

Polis berkata bahawa orang-ramai tidak digalakkan untuk masuk ke Bandaraya KL pada Sabtu ini.

Nampak gayanya, KL akan lengang pada Sabtu ni. Penduduk di tengah ibunegara akan merasai suasana tenang dan aman damai tanpa hiruk-pikuk bunyi kenderaan dan kesibukan kota yang merimaskan. Bukannya senang nak mendapat kedamaian sebegini di tengah kota kosmopolitan yang sentiasa sibuk tak kira siang mahupun malam, hatta ianya cuma sehari saja.

Itulah rahmat tersembunyi dari tindakan polis menyekat semua jalan masuk ke KL nanti. Dan golongan yang akan menyumpah-seranah nanti adalah masyarakat peniaga dan pemilik gedung membeli-belah mega yang berada di ibukota. Mana taknya, kerugian yang ditanggung akibat perniagaan yang kurang laris pada Sabtu ni mungkin mencecah angka jutaan ringgit dan boleh mencecah ke angka bilion RM.

Apapun, jangan salahkan polis yang bertindak sedemikian untuk keselamatan keseluruhan rakyat. Salahkan puak bebal  yang merasakan diri mereka kebal dari undang-undang sehinggakan semua larangan termasuk titah Tuanku YDP Agong pun hendak dilanggarnya. Dan siapakah mereka ini? Tak lain tak bukan adalah puak penjilat India Juara Murtad yang tak sedar dek untung itu....          

AMBIGA BEBAL TETAP NAK STADIUM MERDEKA JUGAK!!!

Malaysian Insider menyiarkan kenyataan yang penjilat-penjilat Kotor 2 tetap tidak berganjak dari pendirian mereka untuk mengadakan perhimpunan berkenaan di Stadium Merdeka di sebalik keputusan kabinet yang tidak membenarkan perhimpunan itu diadakan di stadium berkenaan.

Rabu, 6 Julai 2011

AMBIGA PAKSA JUGAK NAK GUNA STADIUM MERDEKA!!!

Perbadanan Stadium Merdeka telah menolak tempahan Bersih 2 untuk menggunakan stadium berkenaan pada jam 2-4 petang Sabtu, 9 Julai ini. Antara alasan penolakan berkenaan ialah ada kejohanan sukan pengurusan dalaman dan pengubahsuaian (renovation).

AMBIGA MINTAK SURUHANJAYA DIRAJA PULAK...

Sebagaimana yang kawan ulas semalam dalam artikel bertajuk "Langkah makan diri DS Najib" (klik sini), India Juara Murtad ni dah mula bersuara mintak PM membebaskan semua tahanan Bersih 2. Tak cukup dengan itu, dia mintak pulak PM menubuhkan satu suruhanjaya diraja bagi meneliti amalan-amalan pilihanraya di negara ini.

Selasa, 5 Julai 2011

LANGKAH MAKAN DIRI DS NAJIB

Puak penjilat Ambiga India Juara Murtad merayakan "kemenangan" mereka apabila dibenarkan menghadap DYMM SPB YDP Agong dan PM Datuk Seri Najib bersetuju menawarkan stadium untuk Juara Murtad mengadakan perhimpunan Bersih 2. Ikuti artikel penuh Malaysian Insider di sini.   

PEMUDA PAS SELANGOR NI TAK PERGI SEKOLAH KE?

Dalam artikel yang disiarkan Harakahdaily bertajuk "Kerajaan, polis dan SPR jangan angkuh" (artikel penuh, klik sini), Dewan Pemuda Pas Selangor mendesak 3 pihak di atas membuka semula pintu rundingan agar perjalanan program Bersih 2 itu lancar dan teratur.

Isnin, 4 Julai 2011

AMBIGA BEBAL CABAR TITAH YDP AGONG?

India Juara Murtad tu kata, dia nak menghadap YDP Agong. Keputusan samada perarakan Bersih 2 pada 9 Julai nanti akan diteruskan atau tidak bergantung kepada nasihat yang diberikan Baginda Tuanku dalam pertemuan yang sedang diaturkan itu.

PERMAINKAN TITAH TUANKU YDP AGONG : TANGKAP MEREKA NI!!

Berikut adalah beberapa komen yang kawan sifatkan mempersendakan titah DYMM YDP Agong Sultan Mizan berkenaan Bersih 2. Komen-komen ini kawan petik dari artikel berkaitan yang disiarkan oleh laman web Free Malaysia Today (klik sini).

Ahad, 3 Julai 2011

RINTIHAN PILU LIM GUAN ENG

Entah kenapa, di pagi minggu ni, kawan merasa hiba yang teramat sangat. Mana taknya, baca rintihan pilu Lim Guan Eng kat Harakahdaily (klik sini), buat dada kawan sebak. Barulah kawan tahu betapa susahnya tanggungjawab seorang Ketua Menteri. Buat baik salah, tak buat benda yang baik kena kutuk pulak.

MAT SABU ANGAU GILA KAT AMBIGA

Timbalan Presiden Pas dah naik minyak!!! Dia pertikaikan PDRM tutup pintu rundingan dengan jawatankuasa Bersih 2. Mat Sabu dakwa ini semua kerja BN yang terlalu takut pada Bersih 2. 

Sabtu, 2 Julai 2011

KHUTBAH BERSIH : AZIZ BARI JANGAN NAK PUTAR-BELIT

Professor undang-undang UIAM yang mesra PR, Aziz Bari membelasah Pengarah JAWI, Datuk Che Mat Che Ali kerana menggunakan khutbah Jumaat semalam untuk menyampaikan mesej perhimpunan Bersih 2 adalah haram. Si Aziz ni juga minta DYMM Yang Di Pertuan Agong selaku Ketua Agama Islam bertindak ke atas Datuk Che Mat kerana membawa isu politik ke dalam masjid.

HASUT KRISTIAN : APA PULAK KATA GUAN ENG KALI INI?

Pengendali blog Taikors & Taikun, Tony Yew membuat laporan polis semalam terhadap pembantu Lim Guan Eng, Chan Lilian yang menghantar mesej melalui laman Twitter, kerana menghasut penganut Kristian untuk menyertai perarakan Bersih 2 atas segala penganiayaan yang dilakukan terhadap mereka.

Jumaat, 1 Julai 2011

BERSIH : MAHASISWA OTAK UDANG DARI UM

Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) kecewa bila mimbar masjid digunakan untuk menyampaikan khutbah memberitahu tentang haramnya perhimpunan Bersih 2.

PEMUDA PAS AJAK SPR BERDEBAT DI TV1 @ TV2

Dewan Pemuda Pas nak tunjuk handal apabila ajak RTM mengadakan debat mengenai pengharaman Bersih 2 di TV1 atau TV2. Menurut Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor; debat itu hendaklah disertai wakil Bersih dan "komponen"nya dan SPR atau BN bagi membolehkan rakyat membuat penilaian terhadap tuntutan Bersih. 

AMBIGA BEBAL SURUH SPR KEKAL BERKECUALI

Juara Murtad Ambiga suruh SPR berhenti menuduh Bersih 2 hanya memperjuangkan agenda pembangkang jika mahu terus dilihat sebagai badan berkecuali.

Khamis, 30 Jun 2011

ROZAN : NAK KENCING PUN, AGAK-AGAK LA SIKIT...

Aduh, tolong.... Kawan gelak berguling-guling tak boleh berhenti ni!!! Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Ripin mendakwa mereka tidak bertindak kasar ke atas gerombolan Patriot yang "membadai" ibupejabat PKR malam kelmarin kerana menghormati kebebasan berhimpun dan bersuara.

Rabu, 29 Jun 2011

SORANG LAGI LAWYER INDIA PKR TUNJUK LAGAK PANDAI!!!

Naib Presiden PKR, N Surendran mendakwa tindakan polis membuat penahanan pra Bersih 2 sebagai tak sah dan tahanan berkenaan boleh menyaman kerajaan. Katanya, tiada undang-undang di negara ini yang membenarkan penahanan pencegahan atau hanya kerana kemeja T yang diisytiharkan haram oleh polis hari ini.

PAS NAK BANTU UMAT ISLAM BELANDA?

Parlimen Belanda telah meluluskan usul supaya penyembelihan haiwan secara Islam diharamkan di negara itu. Usul yang dikemukakan Parti Hak Asasi Haiwan itu menyatakan, haiwan perlu berada dalam keadaan tidak sedar diri sebelum disembelih. Penyembelihan cara Islam memberikan kesakitan yang tidak patut kepada haiwan itu dan perlu dibanteras walaupun ia tuntutan agama.

ADA JUGAK GUNANYA PDRM KEPADA ANWAR IBRAHIM


Anwar Ibrahim mengamuk sakan tuduh polis tak ambil tindakan terhadap gerombolan Patriot yang terdiri dari ahli Pergerakan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan dan Selangor yang "membadai" ibupejabat PKR di Tropicana malam kelmarin.

Selasa, 28 Jun 2011

HUAZONG SERU BATAL PERHIMPUNAN HARAM 9 JULAI

Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia ataupun Huazong meminta semua pihak yang terlibat supaya membatalkan perhimpunan haram pada 9 Julai nanti. Huazong adalah badan yang mewakili 3,000 pertubuhan dan persatuan Cina seluruh Malaysia.

BN & PR AKAN ALAMI KEKALAHAN BESAR DALAM PRU13

Sebuah parti politik yang baru dijenamakan semula akan muncul mencabar penguasaan BN dan PKR dalam PRU13 nanti. Presiden parti itu, Parti Bersatu Sasa Malaysia (BERSAMA) dilaporkan berkata partinya yakin dengan kekuatan sendiri dan tidak akan bekerjasama dengan parti lain. Parti itu juga dikatakan membuat jangkaan bahawa ia akan mempunyai 1.3 juta ahli pada tahun depan.

Ahad, 26 Jun 2011

BAPAK DAP TAK RETI URUS EKONOMI...

Selama ini, DAP kerapkali mengagungkan bapaknya di Singapura, PAP. Kononnya, pemerintah Singapura adalah rejim pemerintahan yang paling cekap, bersih dan handal dalam menguruskan ekonomi hinggakan pulau kecil yang tiada hasil bumi itu muncul sebagai sebuah negara maju. Rakyat Singapura dicanangkan mempunyai pendapatan per kapita yang jauh lebih tinggi berbanding Malaysia.

NGEH KOO HAM : JANGAN CAMPUR URUSAN AGAMA ISLAM!!!!

Si kurang ajar DAP Perak ni bersuara lagi. Kali ini dia kata "DAP menggesa Putrajaya agar menyelesaikan segera masalah berkaitan tukar agama bukan Muslim dengan mengesyorkan supaya ia diselesaikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), bukannya Mahkamah Syariah". 

Jumaat, 24 Jun 2011

KHALID SAMAD : KALAU KECUT, CAKAP KECUT LA!!!

Ahli Parlimen Pas Shah Alam, Khalid Samad memutuskan untuk menarik diri dari misi kemanusiaan ke Gaza dengan mendakwa Umno cuba memonopoli misi itu.

SERUPA ANWAR, TAPI BUKAN ANWAR

Mengikut fakta kes video seks yang ditayangkan trio Datuk T, seorang pakar dari Dartmouth College, Handover, New York, Hampshire, US mengesahkan video seks berkenaan adalah tulen dan turut mengesahkan bahawa pelakunya adalah serupa dengan Anwar Ibrahim.
Petikan laporan fakta kes dari Berita Harian Online : 24/06/2011
Bagaimanapun, seperti yang terjadi dalam kes peguam V K Linggam, Anwar akan memukul canang bahawa pelakon utama video itu adalah "serupa saya, tapi bukan saya".

Sebelum ini pun, Anwar dah pertikaikan pasal perut buncit dan janggut yang dikatakan tak serupa dengan manusia anugerah tu. Yang tak dipertikaikan Anwar cuma, belalai anak gajah yang turut sama terdapat dalam tayangan tu.

Trio Datuk T dahpun mengaku salah menayangkan video berkenaan dan dijatuhkan hukuman denda. Pelakon utamanya, bila lagi? 

           

Khamis, 23 Jun 2011

HIMPUNAN BERSIH SERENTAK DI 8 BANDARAYA DUNIA

Malaysian Insider menyatakan bahawa jawatankuasa Bersih mengumumkan bahawa perarakan Bersih akan turut diadakan serentak pada 9 Julai nanti di 8 bandaraya lain iaitu Seoul (Korea Selatan), Canberra, Melbourne & Sydney (Australia), Osaka (Jepun) serta Los Angeles, San Francisco dan New York (US).

TAKUTNYA!!! SEJUTA AHLI PAS AKAN TURUN UNTUK BERSIH 2

Presiden Pas, Hj Hadi Awang telah mengarahkan semua sejuta ahli Pas seluruh negara untuk hadir ke perarakan Bersih 2 pada 9 Julai nanti.

BELIA KL : SILA BOOKING RUMAH PERTAMA ANDA SEKARANG

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak mengumumkan yang Lapangan Terbang TUDM Sungai Besi akan sebahagiannya dibangunkan dengan projek PERUMAHAN RAKYAT 1MALAYSIA.

FATWA BARU : BEKAS PEMIMPIN TAK BOLEH KUTUK PAS DAN PKR

Veteran Pas, Hj Subky Latif suruh bekas pemimpin Pas dan PKR yang meninggalkan parti itu supaya mencontohi Lee Lam Thye yang tak pernah pun memburukkan bekas partinya, DAP selepas keluar dari parti berkenaan. Anda boleh ikuti artikel penuhnya yang disiarkan Malaysian Insider di sini.

Aduh, apa nak kawan kategorikan "nasihat" Hj Subky ni? Cuma satu perkataan yang sesuai : MENGARUT! Larangan Hj Subky ni seolah-olah menampakkan Pas dan PKR ni parti yang sempurna. Macam tak ada cacat-cela. Semuanya baik belaka kat dalam Pas dan PKR tu. Sebab tu, bekas pemimpin yang meninggalkan Pas dan PKR tak boleh jentik apatah lagi kutuk Pas dan PKR.

Kawan nak tanya pula kepada Hj Subky, yang bekas pemimpin Umno, MCA, MIC dan Gerakan yang menyertai Pas dan PKR, bagaimana pulak? Adakah mereka ni pun tertakluk sama kepada "larangan" Pak Hj? Kalau ya, Pak Hj kena lah nasihatkan Anwar Ibrahim tu dulu. Dia bukannya calang-calang orang. Bekas Timbalan Perdana Menteri tu...

Pak Hj kata, bekas pemimpin yang meninggalkan Anwar Ibrahim banyak dapat rezeki dari Anwar. Bukankah rezeki datang dari Allah S.W.T? Takkan itu pun Pak Hj tak tahu? Kalau begitu, berapa banyak pula rezeki yang Anwar Ibrahim dan gerombolannya dapat masa duduk dalam kerajaan dulu? Jika itu jadi perbandingannya, Anwar langsung tak layak kutuk kerajaan yang dulu dia pernah dapat banyak nikmat dan rezeki darinya.

Sekali lagi, inilah mentaliti Pakatan Songsang ni. Kalau bab dia, semua kena cakap yang baik-baik saja. Bab orang yang tak sebulu dengan dia, boleh kutuk dan maki habis-habisan. Kalau begini, mana datangnya keadilan yang sering diperjuangkan oleh Pakatan Songsang ni? 

Bekas pemimpin yang keluar dari Pas dan PKR tu, tinggalkan Pakatan Songsang kerana melihat pakatan itu seperti kayu yang dimakan bubuk. Luarnya kelihatan mantap dan teguh, tetapi di dalamnya penuh berlubang di sana-sini. Tak payah kerajaan BN nak rasuah mereka ni supaya meninggalkan pakatan songsang, mereka sendiri nampak kehaprakan parti yang mendewakan diri mereka sebagai telus, adil, bersih dan pelbagai retorik lain.

Dan Pak Hj tuduh bekas pemimpin ni terima habuan untuk tinggalkan pakatan songsang, Pak Hj ada bukti kukuh ke? Kalau tak ada bukti, itu namanya fitnah. Pak Hj tak nak ke mintak Presiden Pas nasihatkan Pak Hj pasal hukum memfitnah? Oppsss lupa, Pas dah ada Timbalan Presiden baru yang ada lesen besar untuk belasah orang. Pak Hj pun tumpang sekaki la juga ya...      

Selasa, 21 Jun 2011

KESIAN, PAS JADI HAMBA LAGI....

Ketua Penerangan Pas yang baru, Tuan Ibrahim Tuan Man kata, Pas dah setuju nak gunapakai kaedah pembahagian kerusi pilihanraya 2004 dan 2008 untuk PRU13 akan datang. Kawasan majoriti Melayu akan ditandingi Pas, kawasan bercampur ditandingi PKR manakala DAP bertanding di kawasan majoriti Cina.

BILA DR PAS BERSYARAH PASAL EKONOMI....

Ahli Parlimen Pas Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad "bersyarah" kepada Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai langkah BNM menaikkan Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate - OPR) yang digunakan sebagai asas menentukan naik turun Kadar Pinjaman Asas (Base Lending Rate - BLR).

Isnin, 20 Jun 2011

BUKU JINGGA TAK CUKUP, KELUAR BUKU HIJAU LA PULAK!!!

Naib Presiden Pas, Salahudin Ayub mengumumkan Pas akan mengeluarkan BUKU HIJAU yang mengandungi perincian negara kebajikan yang dicanangkan Presidennya, Hj Hadi Awang masa muktamar Pas yang baru lepas. 

GEMPAR!!! ADA ORANG SURUH INDIA @ CINA BUNUH IBRAHIM ALI!!!


Sorang pembaca artikel Malaysian Insider ni (klik sini), berharap supaya ada bangsa lain (India atau Cina) bunuh Ibrahim Ali sepertimana yang terjadi kepada Allahyarhamah Datuk Sosilawati.

Ini betul-betul dah melampau!!! Agaknya malaun sekor ni suka kalau semua pemimpin dan ahli perniagaan Melayu yang berjaya dibunuh India atau Cina.

Lepas tu, tinggalkan pemimpin Melayu yang tunduk membabi-buta dengar cakap India dan Cina! Kemudian, serahkan habis semua milik Melayu kepada India dan Cina. Lepas tu, malaun sekor ni dengan geng-geng dia tepuk tangan suka hati pasal Malaysia dah jadi negara bebas dan adil.

Harap pihak berkuasa ambil tindakan pada malaun sekor yang tak sedar dek untung ni. Orang macam ni, harus dibuang negeri aje!!!!           

BERSIH : AMBIGA LUDAH ANWAR...

Ha ha ha... Padan muka Anwar Ibrahim!!! Pengerusi Bersih, si Ambiga tu kata, Anwar TAK BERHAK mengarahkan untuk membatalkan perarakan Bersih jika pun kerajaan BN berjanji untuk mengadakan pilihanraya yang bersih dan adil.

DAP PULAU PINANG ; NO ACTION, TALK ONLY!!!

Exco Perancang Bandar dan Desa, Perumahan dan Kesenian Pulau Pinang, Wong Hon Wai mengakui, kerajaan negeri tidak mampu untuk menampung keseluruhan kos pembaikan flet-flet daif di Pulau Pinang. Dia mengharapkan ada syarikat korporat yang tampil menyempurnakan tanggungjawab sosial (CSR) untuk menampung sebahagian kos pembaikan itu.

Jumaat, 17 Jun 2011

KOS MELEPAS (OPPORTUNITY COST), ADA YANG TAK FAHAM?


Artikel ini kawan tulis bagi menjawab kekecohan mengenai isu pengurangan subsidi yang timbul dalam 3 minggu kebelakangan ini. 

Kawan ingin memberikan ilustrasi yang mudah. Anda mempunyai RM1,000 sekarang. Anda berhajat untuk membeli sebuah i-pad yang mempunyai tanda harga yang sama. Dalam masa yang sama, isteri anda pula mendesak, wang RM1,000 itu diserahkan kepadanya bagi membuat peruntukan bagi persiapan menyambut Hari Raya Puasa yang akan menjelang dua bulan dari sekarang.

MENJUNJUNG KASIH KE ATAS DYMM SPB YDP AGONG TUANKU MIZAN

Kawan sebagai rakyat kecil di negara tercinta ini ingin menjunjung kasih dan merakamkan setinggi penghargaan kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Mizan kerana tidak memberikan perkenan baginda kepada kerajaan Pulau Pinang untuk mengadakan pilihanraya pemilihan jawatankuasa masjid kariah di negeri berkenaan. 

Tuanku Mizan diberitakan telah mengarahkan supaya pilihanraya masjid berkenaan yang dijadualkan diadakan esok dan lusa, ditangguhkan buat sementara waktu.

ISU MURTAD : KENAPA SALAHKAN PERKASA?

Naib Ketua Pemuda Pas Pusat buat kenyataan mempersoalkan pendirian Perkasa dalam isu statistik 135 umat Islam yang murtad yang didedahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Parlimen baru-baru ini.

Khamis, 16 Jun 2011

DOSA UTUSAN ADAKAH SAMA DOSA NIK AZIZ?

Nik Aziz kata, karikatur bertajuk "Kekeliruan Kes Rogol" yang disiarkan Utusan Malaysia menjadikannya sebagai "Denmark Malaysia", merujuk kepada penyiaran karikatur yang didakwa Nabi Muhammad memakai serban berbentuk seperti bom.

Rabu, 15 Jun 2011

RON97 TURUN 10 SEN, KENAPA PR TAK MENYALAK?

Harga petrol RON97 akan diturunkan 10 sen kepada RM2.80 bermula tengahmalam ini. Penurunan ini adalah yang pertama sejak harga petrol RON97 diapungkan mengikut pergerakan pasaran.

ADAKAH SAMA BILA TONY BLAIR & KOMENG BACA AL-QURAN?

Harakahdaily (klik sini) mengeluarkan satu artikel bertajuk "Kalaulah Tony Blair Pemimpin DAP" yang menyentuh tentang bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair membaca Al-Quran setiap hari dan menyifatkan Al-Quran sebagai sumber rujukan.

Selasa, 14 Jun 2011

MAT SABU PUN KENCING DALAM SELUAR GAK?


Mat Sabu bengang bila Perkasa bercadang untuk "mengacau" perhimpunan "aman" Bersih 2 yang dirancang pada 09/07/2011 nanti. Mat Sabu suruh Perkasa berhimpun hari lain pasal dia dah "book" dulu tarikh tu. Sila baca artikel penuh Malaysian Insider di sini.

Isnin, 13 Jun 2011

CINA SEPET DAP, JUAL BUNGA PUN SANGGUP....

Ahli Parlimen Bakri dari DAP, Er Teck Hwa buat kerja "part time" dengan menjual bunga raya di Parlimen. Perniagaannya nampaknya laris apabila berjaya menjual 80 tangkai bunga berkenaan dan mengutip RM3,500. Kawan puji semangat Cina sepet DAP ni yang bangga menjual bunga kebangsaan. Tapi, apa tapinya???

Ahad, 12 Jun 2011

BIAR ORANG CINA PIMPIN ISLAM

Assalamualaikum. Pertama sekali, kawan ingin berterimakasih kerana blog UP4U2C ini tetap dilawati biarpun tidak mengetengahkan catatan terbaru selama seminggu. Bukannya apa, kawan balik ke Kuantan kerana ada urusan keluarga. Sambil-sambil menghirup udara segar di tepi pantai Sungai Ular, kawan memerhati dari jauh perkembangan politik tanahair. Niat kawan untuk berehat seketika rupanya tak kesampaian kerana banyak sekali isu politik timbul sepanjang seminggu cuti rehat kawan ni.

Ahad, 5 Jun 2011

ZAMBRY "LEMPANG" NIZAR?

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir memberikan tamparan yang membuatkan pipi bekas MB gila kuasa, Nizar Jamaluddin menyala merahnya!!!

Zambry ketika diminta mengulas kekalahan Nizar dalam perebutan kerusi Naib Presiden Pas oleh Utusan Malaysia, dengan selamba melahirkan rasa "terkejut" dan menyifatkan berita itu sebagai "tidak benar".

NIK AZIZ TAKBUR

Nik Aziz merapu lagi! Nik Aziz kata, Umno tidur tak lena dengan pemilihan Mat Sabu sebagai orang nombor 2 Pas. Nik Aziz puji Mat Sabu sebagai pemimpin yang berbisa dan amat dibenci oleh Umno. Nik Aziz juga pukul canang kata Mat Sabu yang bukan dari golongan ulama, lebih baik dari lepasan Al-Azhar yang berada dalam Umno.

Sabtu, 4 Jun 2011

MAT SABU MENANG, UTUSAN MALAYSIA JUGA YANG SALAH?

Tak faham, sungguh kawan tak faham!!! Blogger senior, Mohd Sayuti Omar menyalahkan Utusan Malaysia sebagai punca Mat Sabu menang jawatan Timbalan Presiden Pas. Katanya, Utusan Malaysia ada agenda tersembunyi apabila mahukan golongan ulama menang jawatan nombor 2 Pas itu. Menurut Sayuti, agenda mempertahankan ulama Utusan Malaysia mempunyai "reverse psychology" supaya perwakilan yang meluat membaca Utusan Malaysia bakal beralih arah mengundi Mat Sabu.

KEPUASAN SEKS RESIPI ELAK SUAMI CURANG

Dah beberapa hari asyik melayan cerita politik saja, kawan dah bosan juga. Kali ni, kawan nak menghirup udara segar dengan membawakan satu topik universal yang menyentuh semua pasangan yang berkahwin tak kira bangsa dan agama.

HAJI HADI JADI LONE RANGER

Keputusan pemilihan Pas sudahpun diketahui. Haji Hadi mengekalkan jawatan Presiden tanpa bertanding. Bagi jawatan lain, kumpulan professional menguasai pemilihan kali ini. Mat Sabu dipilih sebagai Timbalan Presiden manakala 3 kerusi naib presiden diisi oleh Salahudin Ayub, Mahfuz Omar dan Husam Musa. Manakala, bagi jawatan AJK Pusat pula, dari 18 tempat, cuma 6 sahaja diisi oleh golongan ulama.

MAT SABU DAH MENANG

Calon Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dah berjaya meraih kemenangan dalam pemilihan Muktamar Pas kali ini. Menang Timbalan Presiden? Belum, yang itu belum diumumkan lagi. Pukul 10 pagi ni baru tau untung nasib Mat Sabu dapat ke tidak jadi Timbalan Presiden Pas.     

PAS TOLAK LAMARAN UMNO SEBAB....

Perwakilan Pas menyambut baik pendirian Presiden Pas, Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang yang menegaskan bahawa Pas akan tetap bersama Pakatan Rakyat.

Jumaat, 3 Jun 2011

TAHNIAH, AKHIRNYA PAS BERJAYA KALAHKAN UMNO...

Pas dulu kutuk Umno, kata Umno ni parti keturunan. Ya lah, Allahyarham Tun Razak meninggal, anaknya Datuk Seri Najib dibawa masuk gantikan arwah bapanya di Parlimen Pekan. Allahyarham Tun Hussein Onn turun dari jawatannya, anaknya Datuk Seri Hishamuddin pula naik dan bila Tun Dr Mahathir bersara, anaknya Datuk Mukhriz pula dibawa masuk ke dalam kerajaan. 

Khamis, 2 Jun 2011

BENARKAH PAS HARAPAN RAKYAT?

Seorang penulis Harakah, Mohd Rashidi Hassan telah menulis satu artikel menarik bertajuk "Pas Harapan Rakyat". Kawan ingin mengulas beberapa isi menarik kandungan artikelnya. Artikel penuh anda boleh baca di sini.

NIK AZIZ MIMPI NAK JADI PM?

Biar betul!!! Tuan Hj Ruslan Kassim, Ketua Penerangan Perkasa bertanya, mengapa Nik Aziz begitu bersungguh-sungguh mempertahankan isu moral yang terpalit ke atas Anwar Ibrahim. Adakah kerana Nik Aziz mengidamkan kerusi Perdana Menteri jika PR memenangi PR13 nanti?

NIK AZIZ SOROK CALON PILIHAN DIA?

Nik Aziz kata dia ada calon pilihan sendiri dalam pemilihan Pas kali ini tapi tak mahu mendedahkannya kerana tak mahu kecoh. 

LIM GUAN ENG TAHU PULAK BERTERIMA KASIH...

Lim Guan Eng hari ini menyifatkan perjanjian penstrukturan bekalan air dengan Kerajaan Pusat melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sebagai perjanjian bersejarah.

Rabu, 1 Jun 2011

DULU KUTUK TUN DR MAHATHIR...

Hari ni, 1 Jun 2011, dengan rasminya, tarif elektrik dinaikkan seperti yang diumumkan pada minggu lepas. Kenaikan adalah disebabkan TNB dah tak larat nak menampung kenaikan kos arangbatu dan gas yang menjadi sumber utama penjanaan elektrik mereka.

Maka, ramailah yang mengutuk kerajaan kerana kurang prihatin terhadap kesusahan rakyat (termasuklah kawan juga). Yalah, tauke-tauke kilang bangsa sepet tu, tunggu masa saja nak pindahkan beban kenaikan tarif elektrik kepada pengguna macam kita semua ni dengan menaikkan harga barang keluaran mereka.

BIASISWA, APA SUDAHNYA?

Kebelakangan ini, banyak pihak bersuara mengenai kuota pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM tahun lepas. Diberitakan 86 orang pelajar yang mendapat minimum 8A telah tercicir dari senarai penerima biasiswa tahun ini. Akhirnya, kerajaan hari ini membuat keputusan untuk memberikan biasiswa kepada mereka ini untuk melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi swasta (IPTA) di dalam negara.

Bila isu biasiswa ini tercetus, semua pihak mahu menjadi juara kepada kepentingan kaum masing-masing. DAP, MCA dan Gerakan masing-masing menuntut pemberian biasiswa kepada pelajar Cina yang tercicir. MIC juga turut bersuara untuk kepentingan pelajar India manakala Perkasa muncul membuat cabaran supaya kaum lain jangan cuba mengusik peruntukan biasiswa untuk pelajar Melayu.

Berikut adalah jadual pembahagian biasiswa JPA 2011 yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz :

Selasa, 31 Mei 2011

IMPIAN SEMPURNA SEORANG PAS...

Seorang pembaca laman web Free Malaysia Today yang dipercayai ahli Pas, Abdul Aziz Anon melalui e-mel yang dikirimkannya, menggesa kepemimpinan Pas bersuara untuk menawarkan kepemimpinannya di dalam PR dan bukannya menjadi pak turut kepada DAP dan PKR.

PAS CUMA MENYALAK BUKIT...

Usaha Pas untuk membatalkan  konsert MTV World Stage di I-City Shah Alam nampaknya sia-sia saja. Apa tidaknya, Pas dibelasah bila dikatakan "tidak sepatutnya membawa pandangan sendiri dan keagamaan ke dalam proses membuat keputusan. Pas sepatutnya menghormati konsep berbilang kaum dan tidak menentang konsert yang akan meletakkan nama Selangor dan Malaysia di mata dunia". 

KUATNYA GUAN ENG BEKERJA...

Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCER), Datuk Redza Rafiq Abdul Razak hari ini mengumumkan NCER telah membawa masuk pelaburan swasta berjumlah RM3.3 bilion bagi tempoh 4 bulan pertama tahun ini ke negeri-negeri Kedah, Perak, Perlis dan Pulau Pinang.

KENAIKAN TARIF ELEKTRIK LEBIH TERUK DARI KENAIKAN PETROL


Kerajaan telah mengumumkan bahawa tarif elektrik akan dinaikkan sebanyak 2.23 sen/kilowatt/jam (kWj) berkuatkuasa 1 Jun 2011.

Kerajaan berkata, kenaikan ini tidak akan menjejaskan pengguna yang menggunakan elektrik kurang dari 300kWj.


Isnin, 30 Mei 2011

30 BULAN TAK BAYAR SEWA???

La, patut la bangunan nak kena lelong... Rupa-rupanya, 30 bulan tak bayar sewa. Syoknya duduk tempat orang, bayar sewa 5 bulan, lepas tu duduk free. Sewa bukan banyak pun, RM20,000 saja sebulan. Takkan tak mampu bayar. Tengok pemimpin, rumah harga juta-juta, sewa opis pulak tak boleh bayar? Pelik bin ajaib....

NURUL IZZAH BERMIMPIKAN SULTAN MELAKA....

Kawan tak tau mimpi apa yang dialami anak papa, si Nurul Izzah ni malam semalam hinggakan hari ni dia menggigau, menyebut alangkah baiknya kalau Sultan Melaka masih ada hingga hari ini.


Nurul Izzah bertanya, jika Sultan Melaka masih memerintah hingga hari ini, adakah Sultan akan membina istana dengan kos yang meningkat hingga berbilion RM, adakah pembelian kapal selam pada harga berpatutan tanpa bayaran komisen dan pelbagai pertanyaan lagi. Anda boleh rujuk "pertanyaan" yang bermain di benak Nurul Izzah di bawah ini.

TOK HIM vs ANWAR, SIAPA LEBIH BURUK?

Anwar Ibrahim melabelkan Datuk Ibrahim Ali sebagai ahli politik Malaysia yang paling buruk. Puncanya, Tok Him didakwa melaga-lagakan orang Islam dan Kristian dengan melancarkan seruan jihad lanjutan dari kes sekumpulan paderi yang berikrar untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara.

Anwar membelasah kerajaan terlalu bertolak-ansur untuk mengambil tindakan ke atas Tok Him dan seruan jihad Tok Him itu direstui oleh kepemimpinan Umno.

Ahad, 29 Mei 2011

MAZLAN ALIMAN ANAK DIPUJI MELAMBUNG...

Bukan main lagi pembelit nombor wahid ni lambung Mazlan Aliman! Pasal nak tubuhkan Universiti Felda, terus si Mazlan ni dapat tabik spring Anwar. Anwar juga kata, si Mazlanlah orang yang bertungkus-lumus bawa perubahan ke dalam Felda.

LIM GUAN ENG PERGILAH BELASAH AMERIKA!!!

Cina sepet DAP ini antara yang paling sibuk membelasah Kementerian Pertahanan dan kerajaan BN apabila Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengumumkan kehilangan 2 enjin jet F-5E pada awal tahun lepas. DAP dan PR mempersendakan Kementerian Pertahanan dan TUDM yang dikatakan tidak mampu menjaga aset strategik ketenteraan sehingga menyebabkan enjin berkenaan hilang dari simpanan TUDM.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...