ARTIKEL PANAS!!!

Sabtu, 6 April 2013

MAKHLUK NI ADA MARUAH KE TIDAK?

Akhirnya, cerita sebenar di sebalik isu cincin RM24 juta yang dikatakan dibeli oleh isteri PM, Datin Seri Rosmah Mansur, terjawab jua... Malaysiakini hari ini menyiarkan kenyataan syarikat pembuat cincin itu yang mengesahkan penjelasan Rosmah bahawa cincin itu dibawa masuk untuk dipertontonkan kepada bakal besannya, Maira Nazarbayev.

ALAHAI NASIB.... SEDIHNYA!!!!

Entahlah. Rasa hiba pun ada. Rasa sayu pun ada. Tak sangka pulak, sampai begini jadinya. Dulu, dialah yang ditatang untuk diletakkan di singgahsana kuasa. Tapi bila waktunya semakin hampir tiba, singgahsana yang pernah diimpikannya, nampak semakin jauh dari jangkauannya. Kenapalah nasibnya jadi begini? Apakah salah, apakah dosa hingga dia diperlakukan sebegini? Susah sangat ke untuk dia dihargai?

Jumaat, 5 April 2013

DIA BEREBUT LAGI DA....

Tolong... Kawan tengah konpius ni... Mana satu kawan nak percaya ni? Hari tu cerita lain, hari ni pulak keluar cerita lain... Tak habis-habis diorang ni keluar cerita berebut... Dah macam perangai budak-budak pulak...

Khamis, 4 April 2013

ANWAR MENTERI KEWANGAN TERBAIK MALAYSIA? HMMM.....

Lidah rasmi parti keldai, Keldaian Daily mengeluarkan satu artikel bertajuk "Pentadbiran Najib lemah, rasuah punca ekonomi teruk" bertarikh 03/04/2012. Artikel ini memetik sedutan temuramah pemimpin anugerah Tuhan parti keldai dengan stesyen tv Al Jazeera sempena pembubaran Dewan Rakyat semalam. Yang menariknya, Keldaian Daily ni turut memuja Anwar dengan kenyataan berikut :

Rabu, 3 April 2013

PESANAN BUAT PENGUNDI...


Renung-renungkanlah pesanan Ustaz Mohd Kazim Elias dalam video ini apabila anda keluar mengundi kelak. Masa masih ada untuk anda berfikir secara rasional. Jangan sesekali membuat keputusan mengikut emosi. Fikir-fikirkanlah apa yang telah kita kecapi selama ini... Jangan nanti generasi kita yang terkemudian menyesali kesilapan yang telah kita lakukan... 

HA HA HA... TABIK SPRING KAT UNCLE SAMY...

Kawan memang tak tahan nak gelak... Bila saja Uncle Samy ni bukak mulut, ada saja lawak yang dibuatnya. Pendek kata, memang tak kering gusi bila dengar Uncle Samy ni berkata-kata. Lawak yang disampaikannya, memang numero uno (nombor satu). Dengan begitu bersahaja dan tanpa dibuat-buat. Tabik spring kat Uncle Samy... 

Selasa, 2 April 2013

BILA CALON MB NEGERI SEMBILAN BUTA GEOGRAFI

Kawan malas nak ulas panjang perihal Melayu DAP sorang ni... Tapi baru sekarang kawan tahu kenapa dia masuk DAP... Sebabnya, dia terlalu obses dengan jiran di selatan semenanjung yang merupakan bapak kepada ideologi parti kaum sepet dia tu...  

KORANG NAK JADI CALON PRU?

Anda berhajat nak jadi calon PRU13? Anda fikir dah bekerja bermati-matian untuk menonjolkan parti anda di kawasan anda? Anda dah banyak berhabis duit sendiri untuk membantu parti anda? Anda rasa, masa dah tiba untuk parti anda membalas jasa dan penat-lelah anda untuk menaikkan nama parti? Anda dah mula berangan, kalaulah aku menjadi YB?

MULUT CHANDRA MUZAFFAR NI TAKDE INSURANS KE?

Si Chandra Muzaffar ni memang nak cari pasal!!! Memang tak sayang mulut!!! Memang saja nak cari masalah!!! Tak patut betul dia mengguris hati dan perasaan ramai umat manusia yang telah mengimpikan untuk mendapat seorang Perdana Menteri baru...Ada ke patut dia kata takde sorang pun pemimpin PR layak jadi PM? Dah melampau betul si Chandra Muzaffar ni!!!

Isnin, 1 April 2013

ALAHAI... BILA MAHFUZ TUNJUK CERDIK...

Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar, hari ni keluar kenyataan, belasah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang dikatakan sebagai badan yang tidak cekap. Puncanya, pasal SPR masih belum mengumumkan tarikh pilhanraya sedangkan DUN Negeri Sembilan sudahpun terbubar secara automatik minggu lepas.

Ahad, 31 Mac 2013

SIAPALAH CIKGU MATEMATIK KAU NI???

Kawan tengok, semenjak dua menjak ni, orang-orang PR ni dah jadi macam budak sekolah rendah pulak. Asyik belajar mengira je kerjanya. Yang peliknya, pelajaran mengira dia cuma melibatkan hasil tambah (campur) dan darab aje. Yang tolak dengan bahagi, takde pulak diorang tu practice buat latihan. Takkanlah cikgu diorang tak reti ajar tolak dengan bahagi pulak? Ataupun, diorang ni tak suka buat kira-kira tolak dengan bahagi? Memang malanglah kalau cikgu dapat anak murid yang ungkal (bahasa orang Johor - maksudnya degil) cam orang-orang PR ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...