ARTIKEL PANAS!!!

Sabtu, 21 Mei 2011

MAT SABU TAK BERSIH-BERSIH LAGI?

Calon Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu mengumumkan Gabungan Pilihanraya Adil dan Bersih (BERSIH) akan menganjurkan Perhimpunan Bersih 2 pada jam 2 petang, 9 Julai nanti. Tujuan penganjuran perhimpunan kali kedua ini adalah sama juga seperti yang pertama, untuk menuntut pilihanraya yang adil dan telus.

ANWAR IBRAHIM BAKAL TERAJUI IMF?

Berita Harian hari ini menerbitkan artikel yang dipetik dari Bloomberg, mengenai calon Pengarah Urusan baru IMF setelah Dominique Strauss Kahn meletakkan jawatan ekoran didakwa melakukan serangan seksual ke atas seorang pekerja hotel di New York.  

DAP MEMERLUKAN ANDA...

DAP telah melancarkan laman Facebook berbahasa Melayu, yang mewar-warkan pelancaran laman web DAP berbahasa Melayu, Roketkini pada Isnin, 23/05/2011; dengan tujuan untuk menarik minat kaum Melayu untuk lebih memahami perjuangan mereka dan seterusnya merekrut lebih ramai orang Melayu menjadi ahli mereka.

Laman web ini bertujuan untuk mengikis pandangan masyarakat Melayu bahawa DAP adalah parti chauvinis Cina dengan menjadikan golongan muda Melayu baik di bandar mahupun luar bandar sebagai kelompok sasaran utama mereka.

Jumaat, 20 Mei 2011

KOPI DNA BABI, ANDA PERNAH MINUM?

Malaysian Insider hari ini menyiarkan berita 3 orang pengarah syarikat Rail Passion Sdn Bhd, pemilik kopitiam jenama Kluang Rail Coffee didakwa di Mahkamah Majistret Kluang kerana menjual kopi yang mengandungi DNA babi di kopitiam berkenaan.

TELUR AMK GUGUR...

Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini menunda rancangan mereka untuk mengadakan demonstrasi membantah  di hadapan ibupejabat akhbar Utusan Malaysia di Jalan Chan Show Lin, Sg Besi. Menurut Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip, penundaan itu adalah kerana ianya telah disabotaj oleh Perkasa dan Pemuda UMNO yang merancang demonstrasi pada masa yang sama untuk mempertahankan Utusan Malaysia.   

Menurut Rozan lagi, AMK khuatir sekiranya berlaku perkara yang tak diingini apabila berlaku pertembungan di antara kumpulan AMK dan kumpulan Perkasa serta Pemuda UMNO. AMK juga katanya, ingin menumpukan perhatian kepada satu lagi demonstrasi lain membantah projek loji "tanah jarang" Lynas yang dijadualkan berlangsung di KLCC pada petang ini.

TEMBELANG CHAUVINIS CINA TERBONGKAR!!!

Malaysian Insider membuat pengakuan bersiri oleh sebilangan rakyat Malaysia yang berhijrah mencari rezeki di luarnegeri sebagai jawapan kepada kajian Bank Dunia mengenai penghijrahan keluar tenaga kerja professional Malaysia (brain-drain).

Sesudah beberapa kali siri pengakuan ini diterbitkan dengan penyumbangnya adalah berbangsa bukan Melayu, hari ini sampailah giliran seorang Bumiputera untuk meluahkan rasa hatinya berkaitan dengan penghijrahannya. Kalau sebelum ini, rata-ratanya golongan yang berhijrah ini menyalahkan dasar kerajaan BN yang menyebabkan mereka merasakan peluang mereka untuk menjawat jawatan tinggi di Malaysia terhad, hari ini pembaca Malaysian Insider menerima kejutan yang amat besar.

Khamis, 19 Mei 2011

"ANAK SULUNG" RPK & WIKILEAKS!!!

"Perkahwinan" di antara Raja Petra Kamarudin (RPK) dan Wikileaks telahpun melahirkan anak sulung mereka. Kawan memang dah agak, perkahwinan ini akan melahirkan "ramai" anak dalam masa yang singkat. Dan "anak-anak" itu akan melondehkan dan menjatuhkan imej Malaysia di mata dunia.



SALAHUDIN AYUB MEMENG TERER!!!

Kawan dah tak tahan lagi ni... isi perut kawan dah nak terburai keluar, dek terlampau banyak ketawa. Manakan tidak, bacalah kenyataan si Salahudin Ayub kat bawah ni :   



Katanya, RoS (Pendaftar Pertubuhan) jangan "double standard" pasal nak mengharamkan sekutu baik Salahudin & Pas, PKR. Apa punya kenyataan la yang si Salahudin ni bagi.

Selasa, 17 Mei 2011

DAP NAK SAHUT SERUAN JIHAD TOK HIM?

DAP hari ini menerusi Lim Guan Eng mengajak semua bukan ahli UMNO dalam BN untuk mengetepikan perbezaan fahaman politik dan bersatu dengan pembangkang untuk melawan musuh bersama mereka, Datuk Ibrahim Ali.

RAJA PETRA BERSATU DENGAN WIKILEAKS

Laman web Malaysia Today menyiarkan laporan yang dipetik dari Harakahdaily mengenai memorandum persefahaman yang ditandatangani oleh Raja Petra Kamarudin (RPK) dan pengasas Wikileaks, Julian Assange.

Isnin, 16 Mei 2011

RAJARETINAM AMAN YANG DUNGU

Angkatan Warga Aman Malaysia (AMAN) hari ini mengeluarkan kenyataan yang menyamakan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dengan Osama bin Laden kerana melancarkan seruan perang jihad jika ada cubaan untuk menukar agama rasmi Malaysia kepada Kristian (sumber : Malaysian Insider). Pakatan yang kononnya mewakili 200 NGO itu juga meminta Ibrahim ditahan di bawah Ordinan Darurat kerana mengeluarkan kenyataan yang berunsur hasutan dan merbahaya.

Ahad, 15 Mei 2011

KOH TSU KOON NAK JADI HERO

Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon mendesak supaya polis menyiasat amaran perang jihad yang dikeluarkan oleh Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali (sumber : Malaysian Insider).

EGO PAS KELANTAN MASIH TINGGI





Berita Harian Online petang ini mengeluarkan kenyataan Menteri Besar Kelantan yang mengakui masih memerlukan 6,364 unit rumah kos rendah di seluruh negeri itu termasuk 2,800 unit di Kota Bharu. Nik Aziz mengakui, kerajaan negeri tidak mempunyai peruntukan yang mencukupi dan tidak berkemampuan untuk menyediakan rumah mencukupi untuk golongan miskin.

AWANG SELAMAT UTUSAN MANGSA TEKANAN POLITIK?

Setiap pagi minggu, antara perkara paling awal yang mesti kawan lakukan ialah membelek akhbar Mingguan Malaysia dan Berita Minggu. Berbanding hari lain, hari Ahad adalah agak istimewa kerana kedua-dua akhbar ini menyiarkan banyak rencana dan ruangan pojok yang menyentuh pelbagai isu semasa.

ANWAR TAK PERNAH ADA KRONI?

Malaysian Insider memetik kenyataan Anwar Ibrahim yang menyifatkan bahawa orang Melayu adalah mangsa taktik momokan yang digunakan oleh media berbahasa Melayu kononnya untuk faedah Bumiputra. Kerana itu, orang Melayu dipengaruhi oleh media berbahasa Melayu yang melemparkan janji-janji palsu kepada mereka.

Anwar juga membelasah kerajaan BN kononnya nikmat kemajuan ekonomi tidak dapat dikecapi bersama oleh rakyat biasa. Dia juga menyentuh tentang cuma sebahagian kecil kaum Bumiputra yang menikmati kejayaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sambil membangkitkan ke mana perginya peruntukan ekuiti untuk Bumiputra sebanyak RM5.4 bilion kalau bukan masuk ke poket syarikat kroni dan ahli keluarga ahli politik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...