ARTIKEL PANAS!!!

Sabtu, 28 Mei 2011

EKSKLUSIF!!! USTAZ KAZIM DIGELAR ULAMA GILA

ustaz kazim
Lantaran sebuah video ceramah bertajuk "Ketuanan Melayu" yang disiarkan di Youtube, Ustaz Mohammad Kazim bin Elias kini digelarkan sebagai ulama gila yang menyebarkan kebencian antara kaum. 

Yang menyedihkan, penulis yang membuat laporan berkenaan adalah seorang Melayu yang bernama Mariam Mokhtar (yang semestinya beragama Islam) dan artikelnya disiarkan di laman web Malaysia Today.

ANWAR BERKAWAN DENGAN ARNOLD SCHWARZENEGGER?

Seorang penulis dalam laman web New Ledger, Christopher Badeaux menulis tentang "zaman kejatuhan" Anwar (klik sini). Selain menyamakan kes Anwar dengan yang sedang dialami oleh Dominique Strauss Kahn, Badeaux juga menyatakan Anwar sedang mengikuti jejak langkah bekas Gabenor California yang juga pelakon Terminator, Arnold Schwarzenegger yang kini sedang bergelut untuk menyelamatkan rumahtangganya ekoran skandal seksnya dengan pembantu rumahnya. Adakah tulisan Badeaux ini bermakna rumahtangga Anwar dan Kak Zah juga sedang bergoncang?

ANWAR IBRAHIM MEMANG ANUGERAH TERISTIMEWA

Berita Harian hari ini menyiarkan berita yang seorang warga Britain gagal dalam rayuannya dari dihukum penjara 6 minggu dan didenda SG$20,000 kerana menghina sistem kehakiman Singapura melalui sebuah buku yang ditulisnya.

Jumaat, 27 Mei 2011

CADANGAN RASIS SI KOMENG

Cina sepet tak sunat yang pandai baca Ayat Al-Quran (sepotong saja, itu pun tajuid ke laut), Nga Kor Ming nampaknya saja nak mencabar kesabaran kawan. Si Cina DAP ni fikir dia bijak bila mengutarakan cadangan untuk membolehkan kerajaan menjimatkan RM40 bilion setiap tahun yang boleh digunakan untuk meringankan beban subsidi petrol, gas dan gula  subsidi yang ditampung kerajaan. Tapi, agenda tersembunyi Cina sepet ni untuk menyusahkan orang Melayu dapat kawan hidu dan kawan akan bongkarkan pekung Cina lahabau ni.

Khamis, 26 Mei 2011

BAGUS SANGAT KE PAKATAN RAKYAT???

DAP menerusi Lim Guan Eng mendakwa penangguhan rasionalisasi subsidi petrol dan gas yang diumumkan kerajaan semalam adalah disebabkan oleh tekanan yang dikenakan oleh PR yang mendesak ianya tidak dibuat pada masa ini.

NIK AZIZ MERAPU SEMULA!!!

Baru malam tadi kawan puji Nik Aziz tinggi melangit pasal dia berani membentak DAP pasal tak nak buat pilihanraya DUN negeri PR serentak dengan Parlimen. 

ANWAR PENGADU DOMBA KEPADA US?

Artikel ini dipetik oleh laman web Malaysia Today dari catatan seorang pembaca Siasahdaily dengan nama samaran Zombi Kg Pisang. Ia menceritakan peranan Eskay dan Anwar Ibrahim sebagai penyalur maklumat kepada US melalui kabel yang dihantar oleh kaunselor politik Mark D Clark kepada Jabatan Negara US yang dibocorkan kepada Wikileaks.

Rabu, 25 Mei 2011

SYABAS TOK GURU NIK AZIZ...

Buat kali pertamanya, kawan ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Tok Guru Nik Aziz Nik Mat kerana berani membentak dan melawan kehendak DAP. Nik Aziz berkata, beliau belum bersedia menerima cadangan DAP supaya negeri pakatan pembangkang tidak mengadakan pilihanraya umum DUN negeri masing-masing serentak dengan pilihanraya umum Parlimen.

TIAN CHUA DAH MEROYAN...

Tian Chua kata dia akan memfailkan saman jika keahliannya sebagai Ahli Parlimen (MP) Batu dilucutkan oleh Dewan Rakyat. Dia jadi meroyan sebab Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan hukuman denda RM2,000 atas kesalahan menggigit seorang anggota polis di jalan masuk ke Bangunan Parlimen pada 11 Disember 2007.

IDRIS JALA MERAJUK???

Mesyuarat Menteri Kabinet hari ini membuat keputusan untuk menangguhkan rasionalisasi subsidi petrol RON95. Tiada jangkamasa tertentu penangguhan ini ditetapkan oleh kabinet.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasian dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa Kabinet menyedari kesusahan dan beban yang ditanggung rakyat jika rancangan pemotongan subsidi ini diteruskan. 

PR NAK SELAMAT ATAU HABISKAN DUIT RAKYAT?

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohamad Yusof lebih suka sekiranya pilihanraya umum diadakan serentak bagi Parlimen dan DUN semua negeri. Menurut Tan Sri Aziz, mengadakan pilihanraya secara berasingan menyebabkan budaya berpolitik di negara ini tidak berkesudahan. (Sumber : The Star, klik sini)

AZIZ BARI MULUT TAKDE INSURANS

Profesor undang-undang penyokong tegar Pas ni memang betul-betul tak sayang mulut! Ada ke patut dia kata Pas jangan asyik nak syok sendiri aje. Aziz macam geram semacam saja bila dia kata Pas asyik mengira berapa ramai nak letakkan lebai dalam saf kepemimpinan Pas. Aziz macam tak berapa gembira Pas lembab melaksanakan transformasi dalam parti berkenaan.

Selasa, 24 Mei 2011

DAP TELUR KECUT!!!

Lim Guan Eng mengumumkan yang DAP tidak akan membubarkan DUN di negeri yang diperintahnya jika kerajaan pusat memanggil pilihanraya umum dalam tahun ini.

INFLASI : KITA SENDIRI PENYUMBANGNYA...


Artikel ini adalah lanjutan dari artikel " Siapa Tak Faham Istilah Inflasi" yang kawan tulis 2 hari lepas.  

Ada antara komen yang menyebut, peningkatan gaji merupakan antara faktor tolakan inflasi. Memang benar, bila kita lihat dalam skop yang lebih luas, kita sebenarnya mempunyai "saham" yang besar dalam peningkatan inflasi.

Senarionya begini : anda baru memasuki alam pekerjaan. Katakan gaji permulaan anda RM1,000 sebulan. Dengan gaji yang sedemikian, anda membuat bajet perbelanjaan bulanan anda. Disebabkan anda rasa ada lebihan gaji, anda membuat keputusan untuk membeli sebuah motosikal bagi memudahkan anda berulang-alik ke tempat kerja.

Kemudian, anda ditawarkan bekerja di tempat lain yang menawarkan gaji RM1,500 sebulan. Wah, ada tambahan pendapatan bulanan RM500 lagi ni, anda membuat keputusan untuk membeli sebuah Perodua Viva atas alasan, tak tahan berhujan berpanas di atas motosikal.

Selepas 5 tahun bekerja, anda mendapat tawaran pekerjaan lain yang memberikan gaji RM3,000 sebulan. Anda mula merasai, Perodua Viva dah terlampau kecil untuk anda. Anda pun membuat keputusan untuk membeli sebuah Proton Inspira. Barulah selesa sedikit memandu, dan bergayalah sikit.

Cuba anda hitungkan semula, keperluan penggunaan petrol dari zaman anda menggunakan motosikal, Perodua Viva seterusnya kepada Proton Inspira. Tidakkah anda menyumbang kepada peningkatan penggunaan petrol? Bagaimana pula jika anda menggunakan kenderaan mewah seperti Mercedes, BMW dan lain-lain yang dikategorikan sebagai "pelahap" petrol? Itu baru anda seorang. Bayangkan ada berapa juta kenderaan yang menggunakan petrol di atas jalanraya setiap hari. Dan angka ini, makin bertambah setiap tahun. 

Permintaan terhadap bekalan petrol semakin bertambah setiap tahun, sedangkan kita ketahui sumber bekalan minyak semakin lama semakin berkurangan. Syarikat minyak pula terpaksa berbelanja berbilion dolar untuk meneroka lapangan minyak baru bagi memenuhi permintaan seluruh dunia.

Jadi, tolong beritahu, bagaimana kerajaan boleh mempertahankan harga petrol sepanjang masa? Berapa banyakkah subsidi minyak yang harus kerajaan tanggung?

Itu baru bercerita pasal petrol, belum lagi kita berbicara tentang bahan makanan, pakaian, rumah dan lain-lain. Kesimpulannya, PR tak boleh menuding jari kononnya kerajaan tak prihatin kepada kesusahan rakyat dengan mengurangkan subsidi kerana, sebagai individu, kawan dah buktikan, setiap orang termasuk pemimpin PR turut sama menyumbang kepada peningkatan inflasi. Entah gaya, cara hidup mewah sesetengah pemimpin PR, menyebabkan kita yang hidup biasa-biasa ni, menanggung akibat perbelanjaan mewah mereka.

Jadi, faham-fahamkanlah bebanan kerajaan sebelum pukul canang menjaja keburukan kerajaan. Kata orang tua-tua, "berat sama dipikul, ringan sama dijinjing". Barulah hidup kita aman sentosa....          

Isnin, 23 Mei 2011

MAHFUZ OMAR BAKAL GABENOR BANK NEGARA BARU?

Pelik bin hairan bin ajaib!!! Mahfuz Omar yang sebelum ni sibuk membelasah kerajaan BN berkenaan dengan ekonomi tiba-tiba berubah menjadi lembut. 

Semuanya kerana seorang wanita, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM). 

BANYAK SONGEH KAU KARPAL KARAM PUUU SINGH!!!

Karpal Singh hari ini membantah permohonan Peguam Negara untuk menangguhkan prosiding semakan kehakiman ke atas keputusan Mahkamah Koroner yang membuat penghakiman terbuka dalam siasatan kematian Teoh Beng Hock.

Ahad, 22 Mei 2011

SIAPA TAK FAHAM ISTILAH INFLASI?


Kawan terpanggil untuk mengulas isu pengurangan subsidi ke atas barangan tertentu seperti petrol RON95 dan barangan keperluan asas lain seperti gas memasak, gula dan tepung gandum. 

Sejak diumumkan bahawa nilai subsidi yang dibelanjakan tahun ini meningkat 100% kepada RM20.58 bilion berbanding tahun lepas dan kerajaan tidak boleh menampung keseluruhan subsidi itu terlalu lama, PR dengan tidak berlengah lagi terus membelasah kerajaan tanpa henti kononnya, kerajaan tidak mengambilkira kesusahan rakyat yang terhimpit dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

Memanglah isu pengurangan subsidi ini bakal menyebabkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Bagaimanapun, untuk PR menuduh kerajaan sengaja hendak menambahkan kesengsaraan rakyat adalah tuduhan yang melampau. Ini kerana Timbalan Perdana Menteri (TPM), Tan Sri Muhyidin Yasin telah memberi jaminan bahawa kerajaan tetap akan memastikan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan tidak terlalu membebankan rakyat.

Pada kawan, kenaikan harga barangan dan perkhidmatan memang tak boleh dielak. Kawan bawakan analogi berikut. Pada era 1950an, harga sebungkus nasi lemak adalah di sekitar 5 sen. Tahun 1970an, sebungkus nasi lemak berharga sekitar 20 sen sebungkus dan ianya meningkat kepada 50 sen pada hujung 1980an dan sekarang, pada tahun 2011, harga sebungkus nasi lemak sudahpun mencecah minimum RM1 sebungkus. 

Begitu juga dengan harga akhbar. Pada tahun 1985, kawan membeli akhbar pada harga 35 sen senaskah. Sejak itu, harga akhbar terus meningkat sehingga mencecah RM1.50 sekarang pada hari biasa dan RM2 pada hari minggu.

Mengapakah ini terjadi? Itulah yang dinamakan sebagai INFLASI. Bagi yang tidak faham istilah inflasi, ia dimaksudkan sebagai kenaikan harga barangan dan perkhidmatan dalam sesuatu tempoh masa. Dua contoh yang kawan sebutkan di atas adalah contoh yang paling mudah bagaimana inflasi memainkan peranan penting dalam kehidupan kita.

Punca berlaku inflasi ada dua. Pertama, disebabkan pertambahan permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan disebabkan peningkatan perbelanjaan baik dari individu, sektor awam mahupun swasta. Contohnya, kenaikan harga topeng muka semasa krisis virus H1N1 tidak lama dulu. Permintaan yang naik secara mendadak menyebabkan topeng muka yang biasanya dijual pada harga di bawah RM1 sekeping, telah dijual sehingga ke paras RM5 sekeping.

Faktor kedua dipanggil "tolakan kos". Tolakan kos berlaku apabila berlaku kenaikan kos terhadap bahan mentah yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu produk. Dalam contoh akhbar di atas, harga kertas dan dakwat yang terus meningkat dari semasa ke semasa adalah faktor pendorong utama kepada kenaikan harga akhbar. 

Dalam contoh nasi lemak pula, kenaikan harganya adalah disebabkan oleh kenaikan harga beras, santan, lada, telur dan ikan bilis yang menjadi bahan utama penghasilan nasi lemak menjadi punca kepada kenaikan harganya.

Kebanyakan sebab inflasi yang berlaku di negara ini adalah disebabkan oleh faktor tolakan kos. Ada juga inflasi yang diimpot. Contoh yang paling senang difahami ialah petrol. Walaupun Malaysia mengeluarkan petrol sendiri, tetapi ianya tidak cukup untuk kegunaan domestik menyebabkan negara terpaksa mengimpotnya dari negara pengeluar yang lain. Dan kerana itu, Malaysia terdedah kepada risiko peningkatan harga minyak di pasaran dunia. 

Fikirkan ini, harga sebotol air mineral 1.5 liter berharga RM2.20. Ini bermakna, harga seliter air mineral ialah di sekitar RM1.47 manakala harga seliter RON95 ialah RM1.90. Secara logik, kos pengeluaran manakah yang lebih tinggi, air mineral ataupun petrol? Jawapannya tentulah petrol. Sepatutnya, harga seliter petrol boleh mencecah sehingga RM2.60-RM2.80 seliter dalam keadaan sekarang. Cuba lihat berapa banyakkah perbelanjaan yang perlu ditanggung oleh kerajaan bagi memastikan harga RON95 kekal pada harga sekarang?

PR asyik membangkitkan perihal mengurangkan bayaran subsidi sebanyak RM19 bilion yang dibayar kepada penjana kuasa bebas (IPP) yang mana penjimatannya boleh digunakan untuk menyerap kenaikan harga petrol. Bercakap memang mudah.  Bukankah ada kontrak di antara IPP dan Tenaga Nasional yang perlu dipatuhi? Untuk meminda kontrak yang telah ditandatangani, memerlukan kerajaan membayar pampasan bernilai berbilion RM kepada IPP  ini.

Dan cuba tanyakan pula kepada Anwar Ibrahim, pada zaman Menteri Kewangan manakah kebanyakan perjanjian IPP ini ditandatangani? Dan sekarang, dia pula cuba menjadi juara rakyat dalam menangani masalah subsidi IPP ini.

Kesimpulannya, walau bagaimana pun kita cuba mengelak, kenaikan harga barang dan perkhidmatan ini tetap akan berlaku. Kita kena bersedia untuk menerima hakikat inflasi. Jika sudah tahu keadaan sedemikian, kita kenalah bersedia. Mungkin kita perlu mengubah sedikit gaya hidup kita (lifestyle) bagi disesuaikan dengan pendapatan kita. Tidak ramai yang sedia berkorban sedikit kesenangan demi memastikan kelangsungan hidup kita.

Kesimpulannya, "tepuk poket, tanyalah hati"....   

       

SENANGNYA JADI KERAJAAN NEGERI SELANGOR




Pertama sekali, kawan ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh yang menimpa Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah, Madrasah At-Taqwa, Felcra Semungkis, Batu 14, Hulu Langat semalam. Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada roh semua mangsa yang meninggal dunia dan berdoa semoga roh mereka ditempatkan di kalangan roh para solihin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...