Prosiding penyiasatan Suruhanjaya Diraja menyiasat kematian Teoh Beng Hock nampaknya semakin menarik untuk diikuti. Banyak fakta baru yang sebelum ini menjadi rahsia simpanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini menjadi pengetahuan umum berikutan laporan keterangan saksi prosiding berkenaan dilaporkan oleh media.
ARTIKEL PANAS!!!
-
Kawan sungguh bersimpati dengan bencana yang menimpa bekas Ketua Menteri negeri kelahiran kawan, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Tiada siapa ...
-
Biarlah kawan panggil diorang ni ayam, berkokok dan berketuk tak kira masa. Kalau panggil binatang yang menyalak tu, nanti dikatanya kita t...
-
Kawan memang tak tahan nak gelak... Bila saja Uncle Samy ni bukak mulut, ada saja lawak yang dibuatnya. Pendek kata, memang tak kering gusi...
-
Anwar Ibrahim melabelkan Datuk Ibrahim Ali sebagai ahli politik Malaysia yang paling buruk. Puncanya, Tok Him didakwa melaga-lagakan orang I...
-
Biar betul!!! Tuan Hj Ruslan Kassim, Ketua Penerangan Perkasa bertanya, mengapa Nik Aziz begitu bersungguh-sungguh mempertahankan isu moral ...
Khamis, 21 April 2011
Rabu, 20 April 2011
KALAU DAH JUMUD...
Ada beberapa puak jumud yang bersorak gembira kononnya dah pasti pelaku video seks yang ditayangkan oleh "Datuk T" kepada media itu, bukannya Anwar Ibrahim. Ini ekoran pendedahan pihak polis yang membayangkan kemungkinan trio berkenaan didakwa atas kesalahan menayangkan video lucah walaupun pelakon dalam video berkenaan telah dikenalpasti.
Isnin, 18 April 2011
ANALISA KEPUTUSAN PILIHANRAYA DUN SARAWAK 2011
Pilihanraya DUN Sarawak yang sudahpun kita ketahui keputusannya melakarkan lanskap baru dalam dunia politik Malaysia. Sejarah baru telah tercatat apabila DAP hampir menyapu bersih 15 kerusi yang ditandinginya apabila menang di 12 kerusi yang majoriti pengundinya berbangsa Cina. Isyarat jelas yang dihantar dari kemenangan DAP ini ialah kaum Cina menolak BN. Walaupun kaum Cina mempunyai wakil di dalam BN seperti MCA dan Gerakan di Semenanjung dan SUPP di Sarawak, bagi mereka parti ini sudah hilang kredibiliti untuk menyampaikan suara mereka. Disebabkan itu, SUPP kehilangan pengaruh apabila cuma menang 6 dari 19 kerusi yang ditandingi yang mana cuma 2 sahaja wakil kaum Cina dalam kerajaan baru BN Sarawak.
Ahad, 17 April 2011
KEPUTUSAN PILIHANRAYA DUN SARAWAK 2011
Keputusan rasmi pilihanraya DUN Sarawak telahpun diumumkan malam tadi. Barisan Nasional (BN) telah berjaya memenangi 55 kerusi, DAP 12 kerusi, PKR 3 kerusi dan Bebas 1 kerusi. Dengan pencapaian ini, BN telah berjaya memperolehi lebih 2/3 majoriti kerusi serta membentuk kerajaan negeri yang baru. Pengerusi BN negeri, Pehin Seri Tan Sri Abdul Taib Mahmud telahpun mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri di hadapan Yang Dipertua Negeri malam tadi juga.
Kemenangan BN kali ini adalah lebih manis kerana pembangkang khususnya Pakatan Rakyat (PR) membawa masuk tokoh "heavyweight" dari negeri-negeri yang dikuasai PR di Semenanjung bagi membantu kempen DAP, PKR & Pas di Sarawak. Rakyat Sarawak yang sudah terbiasa dengan kempen berhemah, nyata menerima kejutan budaya apabila mendengar ceramah terutamanya dari PKR & Pas yang menggunakan pendekatan keras dengan adakalanya mengeluarkan perkataan kasar yang kurang sedap didengar.
Juga menarik untuk dianalisa adalah sokongan padu kaum Cina kepada calon-calon DAP yang membolehkan DAP menyapu 12 kerusi berbanding 15 yang mereka tandingi. Ia adalah peningkatan 100% berbanding 6 kerusi yang mereka menangi pada pilihanraya umum 2006.
PKR pula datang dengan hajat yang besar, bertanding di 45 kerusi, kerana tamak untuk menduduki kerusi Ketua Menteri hingga menafikan hak SNAP sebagai parti asal Sarawak yang sudah lama bertapak, memperolehi "kemenangan moral" apabila cuma memenangi 3 kerusi.
PAS pula, bertanding di 5 kerusi dan tewas kesemuanya. Yang amat malang ialah SNAP yang juga gagal memenangi satupun dari 26 kerusi yang ditandinginya. Hampir semua calonnya dilaporkan hilang wang pertaruhan termasuklah presidennya sendiri.
Di pihak BN pula, parti Tan Sri Taib, PBB menyapu bersih semua kerusi di 35 DUN yang ditandingi. SPDP dan PRS masing-masing memenangi tujuh kerusi. SUPP yang menjadi wakil kepada kaum Cina di dalam BN Sarawak mengalami nasib malang apabila cuma menang 6 dari 19 kerusi yang ditandinginya. Antara kejutan terbesar ialah Presiden SUPP sendiri, Tan Sri Dr George Chan tumbang di DUN Piasau yang telah diwakilinya selama 6 penggal kepada muka baru dari DAP.
Kawan ingin mengucapkan tahniah kepada pengundi, jentera BN baik di peringkat negeri mahupun pusat yang telah kembali berkuasa. Adalah diharapkan mandat baru yang dibe rikan rakyat Sarawak kali ini akan digunakan untuk menunaikan amanah untuk penambahbaikan taraf kehidupan dan ekonomi rakyat Sarawak khususnya di kawasan pedalaman, yang terus menjadi penyokong setia BN, yang masih dahagakan pembangunan infrastruktur seperti jalanraya, air bersih dan sebagainya. Juga rakyat Sarawak juga menantikan BN menunaikan janji pelan peralihan kuasa dari Tan Seri Taib kepada penggantinya yang dijangka bakal berlangsung dalam penggal ini. Jangan hampakan harapan mereka.
Langgan:
Catatan (Atom)