ARTIKEL PANAS!!!

Isnin, 19 September 2011

BERAPA MALAYSIAN INSIDER BAYAR TAJUDIN RAMLI?

Agensi berita nasional, BERNAMA melaporkan bahawa peguam Malaysian Insider dalam kes saman bekas pengerusi MAS, Tan Sri Tajudin Ramli, mahu membuat penyelesaian kes itu di luar mahkamah.

Tajudin memfailkan saman fitnah berjumlah RM200 juta ke atas portal pro-pembangkang itu kerana menerbitkan artikel yang memfitnah beliau.

Kawan naik hairan juga, kenapa Malaysian Insider nak buat penyelesaian luar mahkamah sedangkan mereka bertegas mengatakan yang mereka mempunyai pelbagai sumber maklumat yang berkaitan. Kalau dah ada maklumat, kenapa tak teruskan saja perbicaraan? Mungkin kalau maklumat yang ada pada Malaysian Insider tu tepat, portal itu boleh terlepas dari tuduhan Tajudin itu dan boleh "counter-claim" Tajudin pula.

Tindakan Malaysian Insider ini cuma mengundang syak di kalangan orang awam berhubung kebolehpercayaan terhadap berita dan artikel yang diterbitkan mereka. Memang selama ini pun, Malaysian Insider dikenali sebagai media yang cenderung untuk membelasah kerajaan pusat dan banyak artikel yang diterbitkan memihak kepada PR.

Kawan berpegang pada prinsip "berani kerana benar, takut kerana salah". Kita nak juga tengok sejauhmana kesahihan maklumat yang dimiliki Malaysian Insider itu. Malangnya, hasrat kawan nampaknya tidak akan menjadi kenyataan lantaran Malaysian Insider tidak berminat untuk meneruskan perbicaraan... Dah jadi semacam satu trend pulak, buat pelbagai dakwaan tapi bila sampai masa nak bicara, tak nak teruskan... Apa kes ni?

1 ulasan:

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...