ARTIKEL PANAS!!!

Rabu, 6 Jun 2012

PTPN BAGI PELEMPANG SULUNG PADA RAFIZI, NURUL IZZAH, ANWAR DAN KERAJAAN SELANGOR

Langkah PTPTN yang didakwa membekukan pengeluaran pinjaman kepada pelajar UNISEL nampaknya benar-benar menimbulkan huru-hara kepada Pakatan Rakyat (baca : PKR). Pelbagai kenyataan dikeluarkan oleh juak-juak PKR membelasah langkah PTPTN itu. 



Si Rafizi yang begitu lantang masa debat PTPTN dengan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin tempohari, hari ni meminta Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin mengesahkan arahan pembekuan itu datang darinya. Malahan, dia juga "menasihati" Khaled supaya menjadi pemimpin baik untuk mempertahankan model pendidikan tinggi yang mendahulukan swasta pada masa sekarang, bukannya bersikap kebudak-budakan yang memberi kesan kepada pelajar.
Sumber : Sinar Harian 06/06/2012 (klik sini)
Eh, kawan silap baca ke ni? Bukankah masa debat tempohari, si pakar strategi ni juga yang lantang mengatakan PTPTN dijadikan modal yang menyebabkan pendidikan tinggi telah diperdagangkan dan merosakkan rakyat? Sila lihat rakaman debat di bawah antara minit 47:25 hingga minit 47:47.

Oooo, kalau gitu, UNISEL ni pun selama 4 tahun ni pun, hidupnya bergantung kepada PTPTN lah ya? Rafizi juga nampaknya mengakui bahawa UNISEL pun sama juga seperti IPTS lain yang memperdagangkan pendidikan dan menyusahkan rakyat? Nah, peluru dah makan tuan!!!


Si Nurul Izzah ni pulak, dengan bangganya mengatakan segala pembaharuan yang dilakukan oleh kerajaan pusat BN adalah hasil dari desakan pembangkang. Betullah tu... PKR yang mula-mula keluarkan idea nak bagi pendidikan tinggi percuma dan nak hapuskan PTPTN. Kerajaan pusat kena berterimakasih kepada PR dan PKR atas desakan itu. 
Sumber : nurulizzah.com (klik sini)
Walaupun PTPTN baru saja "separuh jalan" dalam melaksanakan desakan PR dan PKR itu, tiba-tiba mereka yang mendesak ni pulak yang meroyan belasah KPT sedangkan "pembaharuan" ini dituntut oleh mereka. Jadi, sudah sewajarnyalah mereka yang memulakan memberi pendidikan percuma kepada pelajar-pelajar UNISEL, tak gitu?


Anwar pula sibuk pukul canang, kerajaan Selangor adalah yang terbaik di Malaysia dari segi pengurusan ekonomi, kemasukan pelaburan asing yang tinggi, penambahan hasil dan pendapatan negeri... Kerana apa? Kerana Selangor ada penasihat ekonomi RM1 yang pernah diiktiraf Menteri Kewangan terbaik di dunia. Jadi, langkah PTPTN ini adalah satu langkah yang amat baik bagi Anwar membuktikan kewibawaannya sebagai penasihat ekonomi terbaik dalam mencari jalan untuk memberi pendidikan percuma kepada pelajar-pelajar UNISEL. Bukan gitu?


Menteri Besar Selangor pula, yang mana UNISEL adalah di bawah miliknya, menyifatkan kerajaan pusat tidak prihatin kerana UNISEL adalah universiti tempatan yang kebanyakan pelajarnya adalah dari kawasan luarbandar. Mereka mahu belajar, kenalah dibantu dan ini bukannya soal pinjaman tetapi tanggungjawab sosial kepada rakyat (klik sini)


Ai, kenapa MB negeri yang kaya-raya seperti sebuah syarikat korporat menuntut kerajaan pusat menjalankan tanggungjawab sosialnya? Pada kawan, kerajaan pusat dahpun menjalankan tanggungjawabnya dengan memberikan pinjaman PTPTN kepada pelajar-pelajar IPTA/IPTS. Itu adalah cara kerajaan pusat.


PKR pula yang berbeza pandangan mahukan pendidikan tinggi percuma sepatutnya mendesak ketua kerajaan negeri  yang  datang dari partinya sendiri pula menjalankan tanggungjawab sosialnya pula bagi menampung pembiayaan pendidikan UNISEL yang merupakan milik kerajaan negeri. Habis, kalau wang pendapatan negeri yang dikatakan meningkat berlipat kali ganda berbanding semasa zaman BN memerintah dulu, tidak dibelanjakan untuk kepentingan rakyat, ke mana pula duit itu dibelanjakan?


Lagipun, bukannya ramai sangat pun pelajar UNISEL tu... Jumlah yang nak ditanggung baru mencecah jutaan RM sahaja, tidakpun mencecah bilion seperti yang dicanangkan oleh Rafizi tempohari. Takkan kerajaan negeri tak mampu kot? Kalau gitu, kerajaan Selangor taklah sekaya yang dicanangkan sebelum ni?     


Apapun, kawan ucapkan tahniah kepada PTPTN dan KPT kerana telah mengambil langkah drastik untuk "menguji" keupayaan PR dalam mengotakan janji untuk menyediakan pendidikan tinggi percuma. Nyata, dari kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh juak-juak PR ni, ternyata setakat ini, apa yang dicanangkan itu cuma merupakan gula-gula manis untuk meraih undi. 


Kawan bersetuju dengan kenyataan Khairy dalam debat tempohari bahawa janji-janji manis PR tidak mungkin dapat dilaksanakan sekiranya mereka memerintah negara kerana hasil yang dijana kerajaan tidak akan mencukupi untuk mengotakan janji manis mereka. 


Kesimpulan kawan ialah, PIRAH!!!! Janji menggunung tinggi tapi peringkat negeri pun tak boleh dilaksanakan, apatah lagi peringkat persekutuan!!! Porah cit!!!!            

1 ulasan:

  1. orang yg paling gembira tentulah adam adli dan sekutunya.tuntutanya dipenuhi segera.kepada yg tidak dapat pinjaman ptptn berjumpa terus dengan adam adli untuk mendapatkan sumber kewangan secara percuma.

    BalasPadam

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...