ARTIKEL PANAS!!!

Jumaat, 3 Mei 2013

DIA DAH BOLEH KELUAR FATWA LA....

Terus-terang kawan katakan, kawan memang merasa kagum yang teramat sangat kat parti terlebih Islam ni. Sesiapapun yang menyertai parti ni, tak kira dari latarbelakang apa sekalipun, tak kira sedangkal mana ilmu agamanya pun, pasti akan menjadi suci bersih seperti bayi yang baru dilahirkan. Jika ada kekotoran ataupun dosa silam, pasti akan terampun sebaik sahaja insan berkenaan menyerahkan borang keahlian parti ini.


Kalau dulu kita boleh tengok golongan artis seperti Bob Lokman, Abby Abadi, Aishah dan Hairie Othman; semuanya menjadi bersih serta-merta dan boleh pula berceramah di pentas Pas dan mula pula keluarkan kenyataan pelik-pelik, kini tiba pula giliran seorang lagi "orang baru" untuk keluarkan fatwa yang dicedok dari fatwa tok-tok guru veteran dalam Pas.
Sumber : FMT 03/05/2013
Kawan tiba-tiba rasa ngeri bila baca "fatwa" Mat Taib yang mengatakan bahawa orang Islam yang mengundi UMNO dan sekutunya pada PRU Ahad ini, adalah BERDOSA kerana BN tidak mematuhi ajaran Islam. Menggigil rasa badan kawan mengenangkan betapa besarnya dosa kawan dan jutaan orang lain yang telah mengundi UMNO dan sekutu Perikatan serta BNnya dalam 12 PRU yang lepas. 

Masya-Allah, hiba rasa hati ni bila mengenangkan bagaimana nak menjawab soalan yang Mat Taib jangka akan ditanya oleh Allah S.W.T berkenaan parti yang disokong. Mat Taib mestilah rasa lega sebab bila dia pangkah bulan pada Ahad ini, ganjaran syurga telah menanti dirinya sebagaimana yang sering diberitahu oleh tok guru taraf hampir maksum Pas. 

Mat Taib jugak belasah slogan UMNO, 'Hidup Melayu" kerana katanya tiada ayat Al-Quran yang menyebut "Hidup orang Arab". Yang ada cumalah "wahai seluruh manusia" dan "wahai orang yang beriman". Betullah tu. Cuma kawan nak beritau, pengikut Pas pun sekarang ni dah mula mainkan agenda Melayu. Pendekkata, istilah Melayu sekarang dah tak assobiyah lagi. Tak percaya? Tengok artikel AIK, SUDAH TUKAR KA??? ini.

Kepada Mat Taib, kawan ingin berpesan, yang akan ditanya di akhirat nanti, bukan setakat mengundi parti politik mana saja. Kita juga akan ditanya, mengapa kita menyokong orang yang mempersendakan sirah Rasulullah S.A.W menyamakan kekasih Allah itu dengan mamat budak kampung. Kita juga akan ditanya mengapa kita menyokong pemimpin yang menyamakan semua agama adalah sama (pluralisme). Kita juga akan ditanya mengapa kita menyokong pemimpin yang mengatakan bahawa undang-undang liwat itu adalah undang-undang yang ketinggalan zaman sedangkan dalam Al-Quran ada dinyatakan betapa beratnya hukum liwat dan bencana yang menimpa umat Nabi Lut. Kita juga pastinya akan ditanya mengapa kita menyokong orang yang berkata bahawa orang Melayu/Islam bebas untuk memilih agamanya sendiri apabila berumur 18 tahun ke atas kerana tiada paksaan dalam Islam.

Apa kita nak jawab di Padang Mahsyar kelak jika semua jawapan kepada soalan itu adalah ya? Adakah dengan menjawab bahawa kita memangkah parti terlebih Islam dalam PRU, kita akan terlepas daripada soalan-soalan di atas? Adakah benar jika kita memangkah Pas, semua dosa kita yang lain akan terhapus? Adakah benar, jika kita memangkah Pas, kita diberi laluan terus untuk masuk ke syurga tanpa dikira amalan yang lain?

Kepada Mat Taib, kawan nasihatkan berhati-hatilah dalam mengeluarkan pendapat. Tak bermakna bila kita masuk jadi ahli Pas, semua dosa kita yang lepas akan terhapus begitu sahaja. Kawan mengalu-alukan Mat Taib yang ingin berubah untuk menjadi Muslim yang lebih baik, tetapi jangan sampai pegangan politik kita mempengaruhi pertimbangan dan pendapat kita. Mat Taib harus juga mendengar dan belajar dari ustaz-ustaz yang berkecuali tentang ajaran Islam yang menyeluruh, bukannya seperti sesetengah tok guru yang menggunakan dalil dan nas cuma untuk memenuhi kepentingan politik mereka.

Selamat berubah wahai Mat Taib...

          
           

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...