ARTIKEL PANAS!!!

Khamis, 28 April 2011

SPRM JADI BUDAK BELASAHAN?

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abu Kassim Mohamed akhirnya mendapat peluang untuk bersemuka dengan wakil parti politik dalam sessi Wacana bertajuk "Rasuah Pemusnah Tamadun" yang diadakan di Auditorium Karangkraf semalam.


Wacana yang dihadiri oleh bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin yang juga Naib Presiden Pas, Senator Ezam Mohd Nor, Datuk Seri Abu Kassim serta Ary Ginandjar, pengasas seminar EQ nyata hangat apabila nampaknya ia telah digunakan oleh Nizar untuk menyerang SPRM.

Bagaimanapun, Datuk Seri Abu Kassim nyata sudah bersiap-sedia untuk menangkis fakta tidak tepat yang cuba diutarakan oleh Nizar. Berdasarkan jawapan Abu Kassim, ternyata PR terutamanya banyak berprasangka negatif terhadap SPRM sedangkan SPRM menjalankan siasatan tanpa mengira kerajaan BN ataupun PR serta "without fear or favour".

Kawan ingin mencadangkan supaya anda menonton keempat-empat video yang disertakan di bawah untuk memahami isu rasuah serta bagaimana SPRM berfungsi. Mungkin selama ini kita tidak didedahkan bagaimana cara SPRM beroperasi hingga menyebabkan SPRM dilemparkan dengan pelbagai tuduhan yang menjejaskan kredibiliti suruhanjaya ini.

   




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...