ARTIKEL PANAS!!!

Ahad, 31 Julai 2011

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1432H

Bersempena dengan ketibaan Ramadhan 1432H pada esok hari, kawan ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh pembaca blog UP4U2C yang beragama Islam.

Kawan juga mengambil kesempatan ini untuk memohon ribuan ampun dan maaf atas segala kesilapan, kesalahan dan kekasaran kawan dalam mengendalikan blog UP4U2C ini, baik yang disengajakan mahupun tidak.

Semoga Ramadhan kali ini akan kita gunakan untuk memperbaiki diri kita dan memperbanyakkan ibadah serta bermuhasabah akan kekurangan diri serta berazam untuk memperbaikinya.

Semoga semua pembaca blog UP4U2C akan tabah menjalani ibadah puasa tahun ini, memelihara diri dari melakukan perkara yang membatalkan puasa dan juga perbuatan sia-sia yang mengurangkan pahala puasa kita. Insya Allah.

       

Tiada ulasan:

Catat Komen

Sementara komen anda amat dialu-alukan, admin blog ini punya hak untuk tidak menyiarkan komen yang mengandungi perkataan yang tidak bersesuaian dengan budaya orang Timur. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...